4.1.3 Saintifik Ketuhanan Pada Surah Al-Ra‘d Ayat 28.
أااٗ بِ ِذْكِر ا َِّڕ تاطْ امئِ ُّن الُْقلُي ُب ﴿9﴾
Maksudnya: “Ketahuilah dengan zikr Allah itu, tenang
tenteramlah hati manusia”.
Surah al-Ra‘d (13) : 28
Saintifik ketuhanan pada Surah al-Ra‘d ayat 28 ini adalah tertumpu kepada aspek ketaatan sebagai asas ketenangan dan kecemerlangan. Isu ketiga dalam elemen ini merujuk kepada proses atau amalan ketaatan sebagai asas ketenangan dan kecemerlangan yang dikaitkan melalui amalan zikr Allah, kerana amalan ini telah
diberikan jaminan secara pasti oleh Allah SWT menerusi ayat ُب
ْط َمئِ ُّن ا ْلقُلُو
تَ ; iaitu jaminan
ketenangan hati. Untuk mengenal pasti hubung kait ini, perlu diteliti terlebih dahulu persoalan-persoalan berikut, kerana huraian daripada persoalan inilah yang akan menjadi hujah dan bukti bahawa implementasi zikr Allah yang membentuk nilai ‘itmi’nan al-Qalb’ sebagai amalan ketaatan menjadi tonggak kecemerlangan individu.
Persoalan Pertama, Apakah definisi zikr Allah dalam ayat ini sehingga dikaitkan dengan elemen kecemerlangan dan ketenangan? Kedua, Mengapakan amalan zikr Allah dikaitkan dengan al-Qalb (hati)? Ketiga, Adakah amalan zikr Allah merupakan salah satu kaedah alternatif yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah semasa? Dan bagaimanakah sudut pandang intelektual dalam hal ini? Keempat, Mengapakah pendekatan pada amalan zikr Allah masih tidak mendapat tempat untuk diimplementasikan dalam pelbagai aspek di pelbagai sektor semasa? Bertujuan untuk menghasilkan impak positif dan kondusif yang melibatkan aspek nilai dan etika pada hubungan kemanusiaan dan alam sejagat?
Berdasarkan sorotan literatur81 mendapati, data korpus penyelidikan semasa menunjukkan amalan spiritual seperti meditasi, ayurveda, yoga, relaksasi82 untuk mencari ketenangan lebih mendapat tempat dalam kalangan penyelidik bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian dan resolusi terhadap pelbagai isu dan masalah dalam rangkaian sosial. Malah pelbagai pendekatan lain turut dilakukan seperti melihat hubung kait manusia dengan alam sekitar dan sekeliling untuk meraih ketenangan83 dan mencari ‘sumber’ positif yang mampu memberikan kesan terhadap cara berfikir sekali gus kepada fisiologi tubuh manusia. Sedangkan dalam ajaran Islam telah wujud kaedah yang lebih holistik dan komprehensif menerusi frasa zikr Allah yang nyata memberikan kesan positif terhadap rohani dan jasmani. Hanya timbul persoalan ‘apakah’ dan ‘bagaimanakah’ konsep zikr Allah diimplementasikan dalam kehidupan seharian sehingga mampu membentuk ketenangan?
Ketika al-Sha‘rawi mengulas ayat ini, didapati beliau menterjemahkan frasa zikr Allah dalam konteks sebuah proses ketaatan, kerana proses ketaatan ini berkait rapat dengan elemen akal sebagai pusat berfikir yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman pengamalnya. Pentafsiran beliau adalah seperti berikut:
81 Seperti penggunaan alunan muzik, regangan otot dan sebagainya. Lihat Procelli, D. E, “The Effects Of Music Therapy And Relaxation Prior To Breastfeeding On The Anxiety Of New Mothers And The Behavior State Of Their Infants During Feeding”, (Tesis Kedoktoran Florida: College Of Music The Florida State University, 2005), 463. http://diginole .lib. fsu.edu/etd/463. Purwanto, S, “Pengaruh Pelatihan Relaksasi Religius untuk Mengurangi Gangguan Insomnia”, (Disertasi Fakultas Psikologi Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, 2006). Segal ZV et al., “Mindfulness-Based Cognitive Therapy For Depression: A New Approach To Preventing Relapse”, Journal of Consulting and Clinical Psychology v. 68, Issue 4 (2000), 615-623. http://dx.doi.org/10.1037/0022-006X.68.4.615. Lehrer, P. M, Biofeedback training to increase heart rate variability: In Principles and Practice of Stress Management, ed. ke- 3 (t.tp, 2007), 227-248. Burleson BR, “The experience and effects of emotional support: What the study of cultural and gender differences can tell us about close relationships, emotion, and interpersonal communication”, Pers. Relatsh v. 10, Issue 1 (2013), 1-23.
82 Antaranya relaksasi muzikal dan regangan.
83 Mohd Zuhdi Marzuki et al., Etika Alam Sekitar Daripada Perspektif Islam Timur dan Barat (Kuala Lumpur: PTS Publications, 2002), 22. Lihat juga David H. Barlow, Anxiety and Its Disorders, The Nature and Treatment of Anxiety and Panic (New York: The Guilford Press, 2012), 67.
“….Amalan zikr Allah yang memberikan impak ketenangan kepada individu Muslim bukanlah dimaksudkan hanya diterjemahkan sebagai amalan berzikir84 semata-mata, tetapi merujuk kepada pelbagai makna antaranya; Pertama, penghayatan terhadap inti pati ajaran al-Qur'an (Surah al-Hijr ayat 9 dan Surah al-Zukhruf ayat 44). Kedua, memerhati hikmah dan iktibar setiap ajaran agama (Surah al-Furqan ayat 18). Ketiga, mengingati Allah SWT melalui amalan kebaikan (Surah al-Baqarah ayat 152). Pengertian ini dapat difahami bahawa ketenangan itu amat berkait rapat dengan hati dan akal manusia. Akal yang sejahtera bermula daripada hati yang penuh dengan keimanan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menggunakan analogi hati sebagai seketul daging (mudghah) yang mempengaruhi seluruh jasad85. Misalnya amalan pensyariatan solat dan puasa, orang Mukmin meyakini bahawa kewajipan ini bukan sekadar satu bentuk pengabdian dan melambangkan hubungan antara al-Khaliq dan al- Makhluq, malah membuktikan secara teori (bayani)86 dan tabii (‘ilmi) pensyariatan ini mengandungi hikmah yang memenuhi keperluan rohani dan jasad manusia. Ini kerana setiap amalan zikr Allah itu bukan sekadar memberikan ketenangan kepada pengamalnya, malah melengkapkan perhubungan manusia dengan Allah SWT. Dalam aspek keilmuan moden, beberapa amalan zikr Allah telah terbukti memberikan kesan positif terhadap proses berfikir dan sudut pandang manusia terhadap sesuatu perkara. Malah menjadi penawar kepada masalah tertentu. Pentafsiran ‘ilmi terhadap ayat 23 Surah al-Zumar menggambarkan hubung kait ini. Keruntuhan nilai kemanusiaan, hilangnya ketenteraman akan berterusan sekiranya manusia tidak menghayati amalan zikr Allah, kerana Allah SWT telah memberikan jaminan bahawa itulah jalan terbaik menuju ketenangan dan kecemerlangan…”87
Al-Sha‘rawi melalui pentafsirannya di atas dapat difahami bahawa, beliau telah mengemukakan satu gagasan terhadap kepentingan amalan ketaatan melalui konotasi
84 Perbuatan mengingati Allah dengan menyebut kalimah seperti astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dengan lidah (zikir jali/jahri), atau dalam hati (zikir sirri/khafi). Kamus Dewan, ed. ke-4, 1816, entri “zikir”.
....أٗ وإن يف اجلسد مضغة إذا صلحت صلح اجلسدكله، وإذا فسدت فسد اجلسدكله، أٗ وهَ القلب..... 85
Maksudnya: “....Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat seketul daging, apabila daging tersebut baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila daging tersebut buruk maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah daging tersebut ialah hati...”.
Al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al-‘Aziz al-Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 6 (Kitab al-Iman, Bab Fadl Man Istabra’a li dinihi, no. hadis 25).
86 Keindahan laras bahasa yang digunakan di dalam al-Qur'an.
87 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 12:246-249.
zikr Allah. Ayat ini didapati mengandungi unsur i‘jaz al-Ilahi dan i‘jaz al-Ta’thiri, iaitu wujudnya elemen kemukjizatan melalui amalan ketaatan yang memberikan kesan terhadap orang mukmin. Walaupun al-Sha‘rawi dalam pentafsiran beliau tidak memperincikan elemen i‘jaz yang terdapat dalam ayat ini, namun analisis mendapati frasa “….dalam aspek keilmuan moden, beberapa amalan zikr Allah telah terbukti memberikan kesan positif terhadap kaedah berfikir dan sudut pandang manusia terhadap sesuatu perkara. Malah menjadi penawar kepada masalah tertentu….”, telah membuka ruang pengkajian yang lebih mendalam mengenai hubung kait dengan keilmuan moden. Malah hujah pentafsiran ‘ilmi ayat 23 Surah al-Zumar menjadi pengukuh terhadap penemuan ini88. Bagi menjelaskan isu ini, pandangan intelektual klasik dan moden dirujuk.
Melalui analisis beberapa pentafsiran mufassir, majoriti berpandangan bahawa pengamalan zikr Allah yang disertai dengan keyakinan tanpa ragu akan menghasilkan ketenangan89. Walaupun terdapat perbezaan pandangan dari aspek kaedah perlaksanaan, namun matlamatnya tetap sama iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Umpamanya, ketika Hamka membahaskan isu ini, beliau berpandangan tatacara zikr Allah tidak terhad kepada aspek tertentu, sebaliknya meliputi kesemua proses atau
88 Lihat juga ulasan beliau mengenai isu ini pada bab al-Dalil al-Ghaybi dalam karyanya berjudul al- Ayah al-Kawniyyah wa Dilalatuha ‘ala Wujud Allah Ta‘ala. Al-Sha‘rawi, “al-Ayah al-Kawniyyah wa Dilalatuha ‘ala Wujud Allah Ta‘ala”, ed. Ahmad al-Raghbi, laman sesawang Islammi8m, dicapai 5 April 2014, http://www.islammi.8m.com/.
89 Abu Hayyan, al-Bahr al-Muhit, 5:380. Al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, 13:149-151. Al-Maraghi, Tafsir al-Maraghi, 30:204. Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Quran, XXX:310. Hamka, Tafsir al-Azhar (Jakarta: Pustaka Pinjamas, 1988), 13:93. Al-Razi, Tafsir Mafatih al-Ghayb, 19:50-51. Al-Zamakhshari, Tafsir al-Kashshaf, 3:351. Ibn Kathir, Tafsir al- Qur’an al-‘Azim, 8:141. Al-Sa‘di, Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir al-Kalam al-Mannan (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2012), 729. Al-Baghawi, Tafsir al-Baghawi – Ma‘alim al-Tanzil (Riyad: Dar al-Taybah, 1990), 13:315-317. Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 12:65-67. Ibn ‘Ashur, al- Tafsir wa al-Tanwir (Tunis: al-Dar al-Tunisiyyah li al-Nashr, 1984), 13:37-138.
perbuatan yang membawa kepada peningkatan aras keimanan90, hal yang sama turut dikemukakan oleh al-Alusi91 dalam tafsir beliau. Sebaliknya al-Baghawi, al-Sa‘di, al- Qurtubi, Abu Hayyan dan Ibn ‘Ashur memperincikan amalan tersebut melalui amalan berzikir, mendalami ayat-ayat al-Qur’an dan disertai dengan keyakinan yang mendalam92.
Manakala al-Maraghi mentafsirkan, pengamatan terhadap alam sekeliling yang terangkum pelbagai bentuk keajaiban dan kekuasaan menjadi dalil keesaan Allah SWT yang mampu menguatkan dan menenangkan hati manusia93, yang menjadi asas kepada kecemerlangan hidup di dunia. Sebaliknya Sayyid Qutb menyifatkan manusia yang terhalang daripada memperoleh ketenangan tersebut adalah merupakan suatu kecelakaan, kerana daripada penelitian terhadap penyelidikan moden mendapati, wujudnya implikasi meliputi kesannya pada akal dan fisiologi manusia94.
Justeru, proses pelbagai yang wujud daripada frasa zikr Allah akan mewujudkan keimanan dan memberikan ketenangan seterusnya menghasilkan nilai fokus dan kesungguhan yang tinggi. Situasi ini mampu memberikan nilai tambah terhadap kemampuan akal dan fisiologi tubuh dalam menyempurnakan sesuatu kerja, malah menjadi resolusi terhadap pelbagai masalah yang timbul95. Menyentuh aspek ketaatan menerusi implementasi zikr Allah dan korelasinya dengan tabii manusia dikukuhkan
90 Hamka, Tafsir al-Azhar, 13: 93.
91 Al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, 13:149-151.
92 Abu Hayyan, al-Bahr al-Muhit, 5:380. Al-Sa‘di, Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir al-Kalam al- Mannan, 729. Al-Baghawi, Tafsir al-Baghawi – Ma‘alim al-Tanzil, 13:315-317. Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 12:65-67. Ibn ‘Ashur, al-Tafsir wa al-Tanwir, 13:137-138.
93 Al-Maraghi, Tafsir al-Maraghi, 30:204. Al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, 13:149-151.
94 Ibid.
95 Hamka, Tafsir al-Azhar, 13:93. Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Quran, XXX:310.
melalui huraian al-Alusi yang membuktikan wujudnya kesan terhadap tubuh badan (khususnya kulit manusia) seperti yang dijelaskan dalam Surah al-Zumar ayat 2396.
Berdasarkan perincian pentafsiran al-Sha‘rawi dan mufassir terpilih di atas memberikan petunjuk terhadap hubung kait secara langsung amalan ketaatan (zikr Allah) terhadap rohani dan jasmani manusia. Bagi melihat dengan lebih rinci korelasi ini, data-data saintifik dirujuk.
Analisis mendapati, implementasi amalan-amalan yang berunsurkan kerohanian seperti zikir, bacaan al-Qur’an memberikan kesan positif terhadap subjek uji kaji atau responden khasnya dalam menangani masalah-masalah sosial yang membelenggu segelintir masyarakat. Misalnya ujian klinikal yang dilakukan sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) terhadap pelajar yang memiliki masalah rekod disiplin menggunakan terapi zikir mendapati, wujudnya perubahan dari aspek minda, emosi dan tingkah laku. Penemuan ini direkodkan menerusi ‘Heart Rate Variability’ (HRV)97. Kajian rintis ini mendapati bahawa teknik ini amat berkesan dan dapat membantu pelajar khasnya dalam membuat perubahan diri dan meningkatkan pencapaian akademik98. Rajah 4.1.9 di bawah menunjukkan perubahan psikologi yang
96 Al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, 13:149-151.
97 “…Heart Rate Variability (HRV) is the physiological phenomenon of variation in the time interval between heartbeats. It is measured by the variation in the beat-to-beat interval…” B.M Appelhans and L.J. Lueccken, “Heart rate variability as an index of regulated emotional responding”, Review of General Psychology, v. 10 (2006), 229-240.
98 Kajian ini dilakukan terhadap 6 orang pelajar lelaki yang mempunyai rekod masalah disiplin, berusia 17 tahun di Sekolah Menengah yang berbeza. Ujian ini dilakukan selama 4 minggu, meliputi 3 sesi setiap hari dan setiap sesi mengambil masa 15 minit. Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat sejauh mana penerapan elemen zikir (rohani) mampu memberikan tindak balas positif terhadap psikologi pelajar bermasalah. Mohd Rozali Senik et al., “A Pilot Study of The Effect of Zikir on The Performance Psychology Using Heart Rate Variability (HRV)”, (Makalah 4th International Graduate Conference on Engineering, Science & Huminities (IGCESH ) Universiti Teknologi Malaysia, Johor,
berlaku terhadap responden yang dikesan melalui HRV setelah melalui ujian pelaksanaan zikir berdasarkan metode dan tempoh yang telah ditetapkan.
Rajah 4.1.9 : Hasil Kajian Ujian Klinikal Menggunakan Terapi Zikir
Sumber: Mohd Rozali Senik et. al99
Selain itu, kajian mendapati elemen ketaatan berunsurkan kerohanian (religious spirituality) seperti taubat, zikir dan bacaan al-Quran juga memberikan manfaat dan tindak balas positif kepada pesalah juvana yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah100. Respon positif yang dikesan menggunakan peranti tindak balas biologi Galvanic Skin Response dan Heart Rate Variability (GSR & HRV). Hasil eksperimen yang dilakukan terhadap responden menunjukkan bahawa tahap kepercayaan beragama dan amalan kerohanian individu adalah berkait rapat dengan orientasi hidup positif,
- April 2013), 1-3, laman sesawang Universiti Malaysia Pahang Institutional Repository , dicapai pada 1 April 2015, http://umpir.ump.edu.my/3548/.
99 Ibid., 3.
100 Kajian ini meneroka kesan kepercayaan agama, kerohanian dan biofeedback dalam 36 pelajar sekolah yang ketagihan dadah (berumur sekitar 13-19 tahun) daripada Kuantan, Pahang Malaysia. Urme Salam et al., “Drug addiction intervention for adolescents with religious spirituality and biofeedback”, Psychophysiology Today – The E-Magazine for Mind Body Medicine, v. 9, Issue 1 (Biofeedback Federation of Europe , 2014), 1-10. ISSN 1999-9879.
kurang berisiko menghidapi masalah sosial, psikologi dan tekanan hidup101. Terapi ini juga terbukti berhasil apabila mampu mengurangkan masalah ketagihan dadah dan meningkatkan kadar endorphin102 dalam tubuh penagih, sekali gus membantu dalam proses pemulihan103 (Lihat Jadual 4.1). Hasil kajian ini mengesahkan bahawa penerapan unsur ketaatan dalam beragama memiliki hubung kait dengan perubahan fisiologi manusia104. Tindak balas positif ini adalah merupakan bukti ilmiah fasa perubahan individu ke arah kecemerlangan melalui pengamalan elemen zikr Allah seperti yang diungkapkan oleh al-Alusi di dalam pentafsirannya.
101 Ibid.
102 Endorphin adalah bahan kimia yang bersifat analgesik (menghilangkan kesakitan) semula jadi dalam badan. Ia merupakan opium paling mujarab dalam meredakan kesakitan. Lihat entri endorphin, laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, dicapai pada 2 April 2015, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=endorfin, entri “endorphin”.
103 Terapi ini telah digunakan oleh Pondok Pesantren (Ponpes) Inabah XIX Surabaya dalam usaha memulihkan masalah ketagihan dadah dalam kalangan penagih yang beragama Islam. Inisiatif ini terbukti melalui peningkatan perubahan ke arah yang lebih positif penagih yang pernah menjalani rawatan di puasat ini. Penemuan ini adalah berdasarkan penyelidikan yang dilakukan terhadap 9 orang penagih tetap di pusat ini. Data kemudian dianalisis menggunakan Paired T-Test, Wilcoxon Signed Ranks Test, dan Spearman’s Rho. Lihat Indriana Noor Istiqomah, “Reduced Addiction In Drugs Abusers Undergoing Dhikr At Ponpes Inabah Xix Surabaya”, Folia Medica Indonesiana v. 49 Issue 1 (January-March 2013), 8-11. ISSN 0303-7932, laman sesawang Jurnal Universitas Airlangga, dicapai pada 2 April 2015, http://journal.unair.ac.id/article_7391_media3_category3.html.
104 Lihat juga Payne, I. R. et al., Review of Religion and Mental Health: Prevention and The Enhancement of Psychosocial Functioning (t.tp. : t.p., 1991), 9, 11. Koenig, H. G. et al., “Modeling The Cross - Sectional Relationships Between Religion, Physical Health, Social Support, and Depressive Symptoms”, American Journal of Geriatric Psychiatry v. 5 (1997), 131-144.
291
Jadual 4.1 : Rekod Peningkatan Kadar Endorphins dan Pengurangan Masalah Ketagihan Responden di Ponpes Inabah XIX Surabaya.
Sumber: Indriana Noor Istiqomah 2013105.
Dalam aspek yang lain, pendekatan solat yang diketengahkan sebagai wasilah kepada agen perubahan menjadi bukti bahawa amalan yang memberikan unsur ketenangan pada spiritual dan fizikal memberikan impak positif terhadap gerak kerja dan produktiviti individu. Kerana kombinasi elemen rohani dan jasmani dalam pelaksanaan solat lebih berkesan berbanding penggunaan teknologi terkini seperti Electromyography dalam mengurangkan tekanan dan implikasi fisiologi disebabkan bebanan kerja106. Amnya, kefahaman, penghayatan dan keyakinan terhadap setiap
105 Indriana Noor Istiqomah, “Reduced Addiction In Drugs Abusers Undergoing Dhikr At Ponpes Inabah Xix Surabaya”, 9-10.
106 Wang Jing, Muhammad Nubil Abdul Wahab et al., “The Influence of Relaxation with Electromyography and Islamic Prayer Programs for Female Muslim”, International Journal of Physical Sciences v. 7, Issue 22 (June 2012), 2897-2904. Doi: 10.5897/IJPS11.1671, ISSN 1992 - 1950 © 2012, laman sesawang Academic Journals, dicapai 3 April 2015, http://www. academicjournals.org/IJPS.
komponen rukun Iman dan Islam telah terbukti secara saintifik meningkatkan kemampuan berfikir, mengurangkan masalah sosial107, dan agen perubahan sosial.
Selain itu, pendekatan spiritual dalam Islam juga memberikan kesan positif terhadap psikofisiologikal manusia. Misalnya ujian klinikal yang dilakukan terhadap 18 responden menggunakan peranti Galvanic Skin Response dan Heart Rate Variability (GSR & HRV) mendapati terdapat perubahan luar biasa dikesan daripada peratusan GSR dan skor koheren HRV pada keseluruhan responden108. (Lihat Rajah 4.1.10). Berdasarkan Rajah 4.1.10 menunjukkan peratusan GSR responden dalam eksperimen yang dilakukan. Didapati berlakunya peningkatan peratusan GSR bagi responden yang terlibat dalam aktiviti spiritual Islam (Lihat Rajah 4.1.10 ‘a’). Sebaliknya, responden dalam kelompok ‘control group’ yang tidak melalui ujian spiritual Islam dikesan tidak mengalami sebarang perubahan peratusan GSR (Lihat Rajah 4.1.10 ‘b’). Peningkatan arah aliran GSR dari aspek tahap tindak balas memberikan petunjuk positif terhadap perubahan emosi akibat aktiviti kerohanian109. Dapatan kajian ini menyimpulkan, perubahan positif terhadap psikofisiologikal individu menerusi aktiviti kerohanian yang dikesan menerusi HRV dan GSR membuktikan pendekatan ini mampu memberikan impak ke arah menghasilkan kecerdasan spiritual, intelektual dan emosi.
107 Penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap 600 orang (300 lelaki dan 300 wanita) terdiri dalam kalangan remaja berumur 19-23 tahun terhadap kefahaman dan kepercayaan rukun Iman mendapati penekanan aspek ini bukan sahaja mengurangkan sikap negatif dalam kalangan remaja, malah menjadi agen perubahan sikap ke arah yang lebih positif. Lihat Fazilah Idris et al., “A Path Analysis Approach on the Effects of Faith Based Behavior on Religious Delinquent Behavior Among Youth”, Research Journal of Applied Science v. 8, Issue 1 (2013), 89-95. ISSN: 1815-932X.
108 Muhammad Nubli Abdul Wahab, “The Effects of Islamic Spiritual Activities on Psycho- Physiological Performance”, Journal of Educational, Health and Community Psychology, v. 2, Issue 2 (2013), 1-10. ISSN : 2088-3129.
109 Ibid.
Rajah 4.1.10: Dapatan Korelasi Amalan Kerohanian Terhadap Psikofisiologikal Manusia.
- (b)
Sumber: Muhammad Nubli Abdul Wahab, 2013110
Dalam konteks ilmu perubatan, amalan-amalan ketaatan yang mengandungi elemen zikr Allah dikesan mempunyai hubung kait tabii. Sebagai contoh, Yucel dalam kajian beliau mengesahkan bahawa, apabila seorang pesakit Islam melaksanakan ibadah (solat, doa, membaca al-Quran dan berzikir), ia akan membantu pesakit dalam menghadapi kesakitan (the pain), kerunsingan dan ketakutan (worry and fear), kebimbangan (anxiety), serta meningkatkan keselesaan dari aspek psikologi dan kemahiran berhadapan dengan situasi (increases psychological comfort and enhances coping skills)111. Penemuan ini dikukuhkan lagi dengan kajian terperinci berjudul ‘Effects of Holy Quran Listening on Physiological Stress Response of Mechanically Ventilated Muslim Patients in Intensive Care Unit’112 yang mengkaji kesan alunan suci al-Qur’an terhadap pesakit Muslim yang menggunakan alat pernafasan mekanikal
110 Ibid., 7.
111 Salih Yucel, “The Effects of Prayer on Muslim Patients' Well-Being”, (Ph.D Thesis, Boston University: School of Theology, 2007), h. x, laman sesawang Boston University Library, dicapai pada 2 April 2015, https://open.bu.edu/handle/2144/40.
112 Siti Awa Abu Bakar, “Effects of Holy Quran Listening on Physiological Stress Response of Mechanically Ventilated Muslim Patients in Intensive Care Unit”, (Ph.d Thesis, International Islamic University College Selangor, 2014), 6-9.
seperti endotracheal tube, tracheostomy dan mask. Data yang diperolehi menggunakan ‘Physiological Stress Response’113 mendapati pesakit berada dalam keadaan yang lebih tenang dalam aspek emosi, psikologi dan fisiologi. Penemuan yang sama juga ditemui apabila pendekatan relaksasi menggunakan terapi zikir membantu mengatasi perasaan cemas wanita mengandung ketika tempoh bersalin. Hal ini bukan sekadar memudahkan proses melahirkan anak, malah mengurangkan kadar kematian akibat perasaan cemas dan kecelaruan emosi ketika tempoh mengandung sehingga melahirkan anak114.
Melalui perincian analisis data di atas, pandangan kesarjanaan ahli tafsir bersetuju bahawa elemen ketaatan yang diimplementasikan menerusi pelbagai konsep mampu membentuk kecemerlangan spiritual, emosional dan intelektual berdasarkan kepada pengertian ‘ketenangan’ yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam ayat 28 Surah al-Ra‘d. Hal ini dikukuhkan berdasarkan penemuan ahli sains yang mendedahkan wujudnya korelasi erat pendekatan spiritual Islam terhadap fisiologi manusia. Malah penjelasan ilmiah di sebalik makna kondisi struktur kulit manusia yang digambarkan dalam dua keadaan yang berbeza; disebabkan ketakutan dan ketenangan115, dalam Surah al-Zumar ayat 23116 menjadi dalil berdasarkan sudut pandang saintifik. Oleh itu,
113 Heart rate (HR), Systolic BP (sBP), Diastolic BP (dBP), SaO2, PaO2, Serum Cortisol, Blood Glucose.
114 Berdasarkan kajian sehingga tahun 2011, Indonesia mencatatkan kematian tertinggi di Asia Tenggara akibat komplikasi ketika mengandung sehingga melahirkan anak. Annisa Maimunah, “Pengaruh Pelatihan Relaksasi Dengan Dikir Untuk Mengatasi Kecemasan Ibu Hamil Pertama”, Jurnal Psikologi Islami (JPI) v. 8, Isu 1(2011), 1-22.
115 Al-Zindani dan ‘Adil al-Sa‘di, al-I‘jaz al-Ta’thiri li al-Qur’an al-Karim, lihat laman web rasmi Universiti al-Iman, Yaman, dikemaskini 2013, dicapai pada 5 April 2015, http://www.jameataleman. org/main/articles.aspx?selected_ article_no=1207. Lihat juga ‘Abd al-Daheem al-Kaheel, al-Jild Yasma‘, laman sesawang Mawqi‘ al-Kaheel li I‘jaz al-‘Ilmi, dicapai 5 februari 2015, http://www.kaheel7. com/ar/index.php/2010-02-02-22-17-58/533-2012-11-14-21-51-3.
116
ۚ َٰذالِ اك ُه ادى ا َّڕِ ُ ا ْو ِد بِِه
ُجلُيُُ ُه ْم اوقُ لُيب ُ ُو ْم إِاََٰ ِذ ْكِر ا َّڕِ
ُجلُيُُ الَّ ِذُ ان اَيْ اشْيان ارب َّ ُو ْم ُُثَّ تالِ ُن
ا َّڕُ ن اَّزال أا ْح اس ان ا ْْلا ِدُ ِث كِتااا۲ ُّمتا اشاِِباا َّمثااِنا تا ْق اشعُِّر ِمنْهُ
ۚ اوامن ُُ ْضلِِل ا َّڕُ فااما لاهُ ِم ْن اها ٍُ
امن ُا اشاءُ
pengkaji berpandangan pentafsiran al-‘Ilmi yang dikemukakan secara teori oleh al- Sha‘rawi dalam isu ini telah membuka pengkajian yang lebih luas melalui penemuan- penemuan yang telah disebutkan di atas. Justeru kewujudan pelbagai pandangan terhadap kaedah zikr Allah akan terus berkembang berdasarkan interpretasi kesarjanaan yang sentiasa berubah mengikut faktor masa dan perkembangan intelektual manusia dan sudah pasti akan mendedahkan wujudnya nilai kemukjizatan yang perlu diterokai bertujuan mengukuhkan keimanan dan mendedahkan kebenaran.
Maksudnya: “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah SWT memberi hidayah petunjuk dengan Al- Qur’an itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah SWT (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya”. Surah al-Zumar (39) : 23.
- SAINTIFIK SOSIAL (SOCIAL SCIENCE)
- Saintifik Sosial Pada Surah Al-Hujurat Ayat 10.
ۚ اوات َُّقيا ا َّڕا لااعلَّ ُك ْم ت ُْراَحُي ان ﴿10﴾
ْصلِ ُحيا باْ ان أا اخايُْ ُك ْم
إََِّّناا الْ ُمْؤِمنُي ان إِ ْخايةٌ فاأا
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah kedua saudaramu dan bertakwalah kamu kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat.
Surah Al-Hujurat (49) : 10
Saintifik sosial ayat 10 Surah al-Hujurat pada bahagian ini adalah merujuk kepada konsep Modal Sosial (Social Capital) yang terkandung di dalam frasa ‘Ikhwah’. Ayat ini menerangkan tentang konsep ukhuwah (persaudaraan) yang merupakan hal mendasar bagi terbentuknya sebuah modal sosial dalam institusi masyarakat. Dari ukhuwah tersebut akan terbentuknya beberapa elemen modal sosial iaitu norms, network, trust dan reciprocity117, yang menjadi kerangka utama terhadap terbentuknya institusi sosial.
Pemilihan ayat ini adalah merujuk kepada hubung kait yang terkandung dalam konteks perbahasan modal sosial menerusi penelitian terhadap usaha membangunkan kerangka hierarki sosial dalam sebuah komuniti masyarakat. Ini kerana konsep modal sosial itu memiliki hubung kait dengan hasil yang diinginkan dalam pelbagai bidang kehidupan termasuk pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Situasi ini dapat dilihat dengan jelas menerusi perspektif sesebuah komuniti yang memiliki pencapaian positif
117 Abdul Wahid al-Faizin et al., “Social Capital Dalam Al-Qur'an”, dalam Tafsir Ekonomi Kontemporer: Kajian Tafsir al-Qur'an tentang ekonomi Islam, ed. Nashr Akbar (Jakarta: Madani Publishing House, 2010), 133.
297
hasil daripada korelasi dengan apa yang ingin dicapai seperti kualiti kesihatan, tempat tinggal, pendidikan, pekerjaan sehingga membangunkan sebuah negara118. Berdasarkan penelitian terhadap beberapa karya penulisan al-Sha‘rawi, beliau menekankan aspek hubungan sosial (al-‘Alaqah al-Ijtima‘iyyah)119 sebagai salah satu gagasan utama pembentukan modal sosial yang membawa kepada masyarakat majmuk dan negara yang diberkati sejajar dengan maksud firman Allah SWT ayat 15 dalam Surah Saba’ yang bermaksud: “... negara yang baik (aman dan makmur) di bawah pengampunan Tuhan”120.
Modal sosial merupakan satu disiplin baru yang dilihat sebagai investasi dalam merangka sumber daya baru dalam masyarakat. Oleh sebab itu modal sosial diiktiraf sebagai salah satu komponen utama dalam menggerakkan kebersamaan, mobiliti idea, saling mempercayai dan saling menguntungkan untuk mencapai kemajuan. Mutakhir ini, pembangunan sosial sesebuah negara bukan sekadar di pacu berdasarkan modal fizikal, modal kewangan dan modal insan, sebaliknya pendekatan modal sosial mula diketengahkan, kerana ia berperanan menstrukturkan kehidupan masyarakat moden121. Sama ada dalam konteks pembangunan manusia, kemajuan ekonomi, kestabilan politik dan sebagainya122.
118 Kate Sankey et al., Social Capital, Lifelong Learning and the Managemnet of Place, An Interntational Perspective (Oxon: Routlendge, 2007), op. cit., h. 15.
119 Al-Sha‘rawi, Haza Dinuna: Ma Yajib an Ya‘rifuhu al-Muslim ‘an al-Islam al-Iman al-I‘tiqad al- Yawm al-Akhir (Qaherah: Dar al-Rawdah, 2004), 473. Al-Sha‘rawi, al-Fadilah wa al-Razilah (Qaherah: Maktabah al-Sha‘rawi al-Islamiyyah, t.t.), 50-61.
120 Al-Sha‘rawi, al-Fadilah wa al-Razilah, 50-61. Lihat Surah Saba’ (34) : 15, Surah Ibrahim (14) : 35, Surah al-Baqarah (2) : 126 dan Surah al-Tin (95) : 3.
121 Fukuyama dan Francis, The End of History and The Last Man: Kemenangan Kapitalisme dan Demokrasi Liberal, terj. (Yogyakarta: Penerbit Qalam, 1999), 56.
122 Inayah, “Peranan Modal Sosial dalam Pembangunan”, Jurnal Pengembangan Humaniora v. 12, Isu 1 (April 2012), 43.
Perbahasan modal sosial dalam kerangka pengkajian al-Qur’an tidak banyak dibahaskan. Sama ada perincian meliputi aspek pemurnian, kaedah pelaksanaan dan potensi pada masa depan. Telahan mendapati isu ini sentiasa diketengahkan menerusi perspektif sarjana Barat dalam merekonstruksi konsep, sehingga kepada pembentukan modul pembangunan sosial, politik, ekonomi123 dan sebagainya. Justeru, tidak menghairankan sekiranya isu ini dipelopori oleh intelektual Barat dari aspek konsep dan praktikalnya. Oleh yang demikian, melalui idea-idea kesarjanaan yang sedia ada, bahagian ini akan menjelaskan korelasi dan refleksi al-Qur’an terhadap isu ini berdasarkan pentafsiran al-Sha‘rawi menerusi frasa Ra’s al-Mal al-Ijtima‘i ( املال رأس
إجتماعَ) dan argumentasi sarjana terpilih.
Berdasarkan Jadual 4.2124, definisi modal sosial umumnya merujuk kepada kepercayaan (trust), norma sosial dan rangkaian (network) iaitu berdasarkan idea yang
123 Lihat Jadual 4.2.
124 Jadual 4.2 Definisi Modal Sosial
Penulis/Pengkaji
|
Definisi
|
Coleman (1988, m/s:95)
|
“jangkaan dan pematuhan, saluran-saluran informasi dan norma sosial ”
|
Coleman (1990,m/s;304)
|
“organisasi sosial yang akan membantu pencapaian matlamat-matlamat yang tidak mungkin dicapai tanpanya atau mungkin boleh dicapai tetapi melibatkan kos yang lebih tinggi ”
|
Putnam et al. (1993, m/s;167)
|
“ciri-ciri organisasi sosial seperti kepercayaan, norma-norma dan rangkaian yang
akan memperbaiki kecekapan masyarakat”
|
Fukuyama (1997, m/s:378-379)
|
“…set peraturan atau norma tidak formal tertentu yang dikongsi di antara ahli- ahli sesuatu kumpulan yang akan membenarkan kerjasama berlaku antara mereka. Perkongsian nilai dan norma tidak semestinya menghasilkan modal sosial …norma yang menghasilkan modal sosial mesti mengandungi ciri seperti berkata
benar, menunaikan tanggungjawab dan saling bekerjasama”
|
Knack dan Keefer (1997, m/s;1251)
|
“kepercayaan, norma kerjasama dan persatuan di dalam kumpulan”
|
Narayan dan Pritchett (1999, m/s:872)
|
“kuantiti dan kualiti hubungan manusia dengan persatuan dan norma sosial lain yang berkaitan”
|
Putnam (2000, m/s;19)
|
“hubungan antara individu – rangkaian sosial dan norma kerjasama dan
kepercayaan yang wujud dari hubungan tersebut”
|
Ostrom (2000, m/s:176)
|
“pengetahuan, pemahaman, norma, peraturan dan jangkaan yang dikongsi
mengenai amalan corak perhubungan sesuatu kumpulan,
|
Woolcock dan Narayan (2000, m/s:225)
|
“norma dan rangkaian yang membolehkan manusia untuk bertindak secara kolektif”
|
Bowles dan Gintis (2002, m/s:2)
|
“kepercayaan, perhatian …kesanggupan untuk hidup berdasarkan norma
masyarakat dan untuk menghukum mereka yang tidak mematuhinya”
|
dikemukakan oleh Putnam125. Idea Putnam (terutamanya norma dan rangkaian) telah digunakan dalam kebanyakan definisi yang diberikan oleh para pengkaji. Definisi yang diberikan oleh Durlauf dan Fafchamps126 pula dianggap sebagai antara yang terbaik bagi menerangkan modal sosial. Walaupun setiap pengkaji mempunyai takrifan tersendiri bagi menerangkan modal sosial, sebahagian besar daripada mereka tidak menolak definisi yang mengambil kira elemen kepercayaan, rangkaian (keanggotaan dalam persatuan) dan norma hidup127. Justeru, pendefinisian modal sosial wajar mengguna pakai idea yang diterima oleh kebanyakan pengkaji walaupun sehingga kini masih belum ada persetujuan bersama berhubung standard definisi yang perlu diguna pakai.
Dalam erti kata lain, modal sosial merujuk kepada tingkat kepercayaan, komunikasi, hubungan, kerjasama (والتعاون والع٘قة والتياصل الثقة) dan norma hidup baik yang dipupuk, dibentuk, dan dikongsi oleh sekurang-kurangnya dua orang individu atau kumpulan tertentu dalam rangkaian sosial. Hubungan yang dijalin dan dipupuk atas
Lin (2001, m/s:24-25)
|
“sumber-sumber terkandung dalam rangkaian sosial…terdiri dari dua komponen penting iaitu (1) ianya mewakili sumber-sumber yang terkandung dalam hubungan sosial dan (2) akses dan penggunaan sumber tersebut terkandung dalam diri individu-individu terbabit”
|
Knack (2002, m/s:42)
|
“modal sosial umum meliputi nilai, norma, rangkaian tidak formal dan
keanggotaan dalam persatuan yang akan memberi kesan kepada
keupayaan individu untuk bekerja bagi mencapai matlamat umum”
|
Sobel (2002, m/s:139)
|
“…situasi di mana individu boleh menggunakan keanggotaan dalam persatuan dan rangkaian untuk memperoleh manfaat”
|
Durlauf dan Fafchamps (2004, m/s:5)
|
“(1) modal sosial menghasilkan eksternaliti positif kepada individu yang menyertai sesuatu persatuan, (2) eksternaliti ini dicapai melalui perkongsian kepercayaan, norma dan nilai dan kesannya terhadap jangkaan dan tingkah laku anggota (3) kepercayaan, norma dan jangkaan yang dikongsi ini dibentuk dari organisasi tidak formal berasaskan rangkaian sosial dan persatuan”
|
Bank Dunia (2005)
|
“norma dan rangkaian yang membolehkan tindakan secara kolektif dilakukan”
|
Sumber: Knowles, S., “The Future Of Social Capital In Development Economics Research”, Makalah WIDER Jubilee Conference (Thinking ahead: The future of development economics) Helsinki (June 2005), 17–18.
125 Putnam, R. D., Making Democracy Work: Civic Institutions in Moden Italy (Princeton, New Jersey: Princeton University Press, 1993), 17.
126 Fafchamps, M. dan Minten, B., “Property Rights in a Flea Market Economy”, Economic Development and Cultural Change 49 (2001), 229-268.
127 Knowles, S., “The Future Of Social Capital In Development Economics Research”, 17-18.
dasar kepercayaan dan nilai baik akan mewujudkan ruang kepada perkongsian maklumat dan pembentukan rangkaian yang akan menghasilkan manfaat kepada individu/kumpulan yang terlibat128. Modal sosial memerlukan masa dan tenaga untuk dibangun, dikekal dan ditingkatkan. Kebolehupayaan seseorang individu atau kumpulan untuk berjaya pada masa kini bukan hanya bergantung kepada faktor pemilikan modal fizikal (aset kewangan dan aset fizikal) dan modal insan (tingkat pendidikan dan kemahiran)129 tetapi turut ditentukan oleh faktor hubungan sosial sesama manusia yang semakin diiktiraf sebagai modal keempat dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara amnya130.
Isu ini lebih difahami dengan melihat konsep modal fizikal (Physical Capital) dan modal insan (Human Capital). Sebagaimana situasi modal fizikal terhasil melalui proses perubahan bahan sehingga terhasilnya alat tertentu yang mampu di produksi, demikian juga mengenai ‘modal insan’ iaitu menghasilkan dan membentuk kemahiran manusia sehingga mampu bertindak dengan cara baru dan lebih produktif. Modal fizikal adalah nyata dan wujud dalam bentuk material yang mampu diamati. Modal insan tidak nyata, ia wujud dalam bentuk kemahiran dan pengetahuan dalam diri seseorang. Manakala modal sosial lebih tidak nyata kerana ianya dapat diketahui menerusi perhubungan antara manusia yang wujud dalam kerangka sosial.
Sebagaimana peri pentingnya modal fizikal dan modal insan, begitu juga peranan yang dimainkan oleh modal sosial. Sebagai contoh, sebuah institusi yang
128 Lihat perbincangan di bawah entri ‘Mujtama‘ al-Jasad al-Wahid’ dan ‘al-Siyasah wa al-Din’. Al- Sha‘rawi, Anta Tas’al wa al-Islam Yujib (Qaherah: Dar al-Quds li al-Nashr wa al-Tawzi‘, 2003), 216, 635.
129 Abu Sufian Abu Bakar dan Anizah Md. Ali, “Kepentingan Modal Sosial Dalam Pertumbuhan Ekonomi”, International Journal of Management Studies 11 (special issue) (2004), 197-212.
130 Ibid.
mempunyai jaringan sosial yang baik dan nilai kepercayaan yang tinggi antara setiap individu mampu mencapai hasil gerak kerja yang cemerlang berbanding kelompok yang kurang rasa kepercayaannya terhadap sesama anggota131.
Pada dasarnya gagasan serta kepentingan modal sosial seperti yang telah dijelaskan di atas telah lama diperkenalkan oleh Islam dan dipraktikkan sejak dari awal lagi. Salah satu teori ajaran Islam yang menjadi dasar utama terciptanya modal sosial (Social Capital) adalah berlandaskan konsep ukhuwwah (persaudaraan). Antara ayat al- Quran yang menerangkan tentang konsep ukhuwwah ini ialah daripada surah al-Hujurat ayat 10. Oleh yang demikian, komponen-komponen yang terkandung di dalam perbahasan modal sosial akan diketengahkan menerusi kefahaman daripada ayat ini melalui pentafsiran al-Sha‘rawi. Ini kerana korelasi elemen saintifik sosial yang terjalin berdasarkan perincian pada ayat ini adalah penemuan yang mampu menguak prospek kepada pelaksanaan modal sosial. Malah dalam masa yang sama merekayasa dan mengetengahkan gagasan al-Qur’an terhadap prinsip pembentukan modal sosial.
Dalam perbahasan berikutnya, kajian ini akan memperincikan sudut pandang al- Qur’an terhadap isu modal sosial yang dibincangkan sekali gus sebagai refleksi intelektual terhadap permasalahan dan krisis yang timbul khususnya dalam institusi sosial. Perbincangan ini adalah berlandaskan kepada pentafsiran al-Sha‘rawi sebagai kerangka utama perbahasan, diikuti pandangan kesarjanaan korpus klasik dan moden. Selain itu, analisis ini akan mengenal pasti hubung kait elemen saintifik sosial yang terdapat di dalam al-Qur’an berdasarkan idea Putnam yang menjadi kerangka asas
131 James S. Coleman, The Foundation of Social Theory (United State of America: Harvard University Press, 1990), 304.
perbahasan modal sosial iaitu; norms (nilai-nilai sosial), network (jaringan), reciprocity
(hubungan timbal balik), dan trust (kepercayaan).
Nasahiddin Kamal menerusi kajian beliau menyebut beberapa punca utama susutnya nilai dalam sebuah institusi sosial antaranya ialah; berlakunya krisis rohaniah (iman), krisis ibadah, krisis etika, krisis ukhuwwah132. Kesemua aspek ini jika tidak ditangani akan membentuk satu dimensi negatif dalam pelbagai mandala sosial seperti hilangnya fungsi utama sesebuah keluarga yang menjadi agen utama pembentukan kelompok sosial yang lebih besar. Selain itu ia akan mewujudkan persekitaran yang tidak aman, yang akan mengganggu gugat prospek penggemblengan modal sosial yang lebih mapan.
Krisis rohaniah yang utama yang menjadi penyebab kepada kehancuran iman kepada Allah SWT dan menghilangkan martabat manusia sama ada di sisi Allah SWT dan manusia ialah; mengikut hawa nafsu, ketamakan yang melampau dan kekaguman terhadap diri sendiri133. Manakala krisis ibadah yang disebut sebagai antara punca utama susutnya nilai sosial difahami sebagai satu ekspresi keingkaran manusia terhadap perintah Allah SWT. Punca utama yang menjadi penyebab krisis ini dijelaskan berdasarkan firman Allah SWT dalam tiga ayat yang berbeza134.
132 Nasahiddin Kamal, “Metodologi Al-Qur’an Dalam Menangani Krisis Moral Dan Penyakit Sosial : Satu Kajian Manhaj Qurani Dalam Mengubati Krisis Moral Dan Penyakit Sosial Semasa”, (Disertasi, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004), 123, 127, 132, 134.
133 Muhammad al-Ghazali, Khutbah Pilihan Muhammad al-Ghazali, terj. Ibn Abdullah Saleh (Bandung: Gema Risalah Press, 1988), 68.
134 Ahmad Yani, Faktor Penyebab Kemungkaran Manusia, Lembaga Pengkajian Dan Pengembangan Dakwah (Jakarta:Khairu Ummah, 1997), 63. Pengkaji juga mendapati krisis ini turut dibahaskan oleh al-Sha‘rawi dalam pelabagai tajuk ketika menerangkan prinsip asas Islam dalam konteks perhubungan sosial (Mu‘amalat wa Ijtima‘iyyat). Al-Sha‘rawi, al-Fatawa: Kullu Ma Yahmu al-Muslim fi Hayatihi wa Yawmihi wa Ghadihi, edt. Sayyid al-Jamili (Qaherah: Maktabah al-Tawfiqiyyah, t.t.), 349-402.
303
Pertama: Ilmu yang dimiliki tidak menjadikan seseorang semakin tawaduk atau rendah hati, malah semakin angkuh dan sombong. Situasi ini dirakam dengan jelas oleh Allah SWT dalam Surah al-Jathiyah ayat 23135. Kedua: kesombongan yang terpancar melalui sikap, ucapan dan perilaku. Sifat ini akan menjadikan manusia menolak kebenaran yang datang daripada Allah SWT, seperti mana firman Allah SWT dalam Surah al-Naml ayat 14136. Ketiga: Golongan yang jahil dan tidak mengendahkan segala suruhan dan larangan Allah SWT, malah menafikan keimanan mereka yang menyembah Allah SWT. Situasi ini Allah SWT telah gambarkan menerusi firman-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 13137.
Ketika Malik Bennabi menjelaskan krisis dan masalah hubungan sosial dalam hierarki kemasyarakatan, beliau mengatakan asas utama yang menentukan perkembangan dan kualiti hubungan sosial ialah melalui hubungan kerohanian yang wujud antara manusia dengan Tuhan. Kerana hubungan inilah yang mencipta dan menentukan hubungan sosial yang mengaitkan setiap individu dengan manusia lain138.
135
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ِ ِِ ِ
َّ َِٰ
ۚ أافاا٘ تااذَّكُرو ان
اَسْعه اوقا لْبِه او اج اع ال اعلا ٌَٰ با اصِرِِ ِ اشااوةا فاامن ُ ا ْودُه من ب ا ْعد ا َّڕ
أافا ارأاُْ ات ام ِن اَّتااذ إاَلاهُ اهاياُِ اوأا اضلَّهُ ا َّڕُ اعلا ٌَٰ علٍْم او اختاام اعلا ٌَٰ
Maksudnya: “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang
menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” (Surah al-Jathiyah (45) : 23)
136
َعاقِ َبةُ ا ْل ُم ْف ِس ِدي َن
َكا َن
َك ْي َف
ُظ ْر
َو ُعلُ ًّوا ۚ فَان
ُظ ْل ًما
ُس ُه ْم
َوا ْستَ ْيقَ َنتْ َها أَنفُ
َو َج َح ُدوا بِ َها
Maksudnya: “Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka
meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan
kerosakan.” (Surah al-Naml (27) : 14)
137
ََّّ يَ ْعلَ ُمو َن
َو لَ ِكن
ُه ُم ال ُّسفَ َهاُُ
َك َما آ َم َن ال ُّسفَ َها ُُ ۗ أَ ََّ إِنَّ ُه ْم
ُس قَالُوا أَنُ ْؤ ِم ُن
َك َما آ َم َن النَّا
َوإِذَا قِيل لَ ُه ْم آ ِمنُوا
Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Naml (27) : 14)
138 Pandangan beliau dipetik berdasarkan terjemahan dan penjelasan dalam buku versi Bahasa Inggeris oleh Mohamed el-Tahir el-Mesawi. Malik Bennabi, Asal Usul Masyarakat Manusia: Rangkaian Hubungan Sosial ‘On The Origins of Human Society’, terj. (Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara, 2007), 69.
Beliau menegaskan, semakin kuat hubungan kerohanian (keagamaan), maka semakin sempitlah kekosongan sosial139 dan semakin tinggi nilai yang terhasil dalam setiap unit sosial. Ketelitian beliau memahami hubungan ini bukan sekadar melihat kepada aspek hubungan kerohanian sahaja, malah meneliti dengan kritis kewujudan asal usul manusia melalui prospek moral, psikologi, pendidikan serta sejarah manusia140.
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya, surah ini mengandungi konsep Social Capital yang sangat berguna bagi proses pembangunan sesebuah negara dan refleksi terhadap krisis-krisis di atas. Perincian dapat dilihat melalui pecahan berikut;
- Lafaz : ْخايةٌ إِ ان ُمْؤِمنُي الْ إََِّّناا. Lafaz ini mengandungi asas awal bagi mewujudkan
sebuah modal sosial (social capital). Di atas nilai yang terkandung dalam lafaz tersebut, modal sosial dapat dibangunkan dengan kukuh.
b) Lafaz : َّڕا ا ُقيا اواتَّ ۚ
ْم ُك اخايُْ أا ان اْ ب ُحيا ْصلِ فاأا. Lafaz yang kedua ini ialah sebuah metode
yang memelihara keutuhan sebuah modal sosial yang telah wujud di dalam masyarakat.
c) Lafaz:
ت ُْراَحُي ان
ْم ُك لااعلَّ. Manakala lafaz yang terakhir ini merupakan sebuah
hasil yang akan diperoleh dari penerapan modal sosial dalam institusi masyarakat.
139 Ibid., 70.
140 Ibid., 27, 59, 81, 93.
a. Pentafsiran Lafaz ( ْخَوة إِ َن ُمْؤِمنُو الْ إِمَّنَا )
Dalam bahasa Arab, terdapat perbezaan antara lafaz اخيان (ikhwan) dan اخية (ikhwah) meskipun keduanya dalam bentuk plural (jama’) dari kalimah اخ – akh (yang bererti saudara atau sahabat). Dalam hal ini, lafaz اخية digunakan dalam bentuk plural dari lafaz singular اخ yang bererti saudara (saudara yang memiliki hubungan darah atau nasab). Manakala lafaz اخيان merupakan bentuk plural dari kalimah singular اخ yang bererti sahabat (hubungan yang terbentuk atas dasar persaudaraan dan bukannya melalui nasab)141.
Menariknya dalam ayat ini, Allah SWT memilih kalimah اخية (ikhwah) untuk menggambarkan hubungan yang wujud di antara orang mukmin. Sedangkan hubungan yang wujud di antara mereka bukanlah hubungan berasaskan nasab. Dalam konteks ilmu Balaghah, situasi ini diistilahkan sebagai ‘tashbih al-Baligh’142. Walaupun hubungan sesama Muslim bukan berasaskan kepada hubungan nasab, tetapi gambaran yang Allah SWT kemukakan menunjukkan perhubungan ini disamakan dengan perhubungan nasab kerana ia dibangunkan atas keimanan kepada Allah SWT (Islam). Bahkan hubungan ini dikatakan lebih utuh berbanding hubungan kekeluargaan kerana ia berterusan sehingga hari kiamat143. Oleh sebab itu dalam hal ini nilai iman dan Islam
141 Al-Razi, Tafsir Mafatih al-Ghayb, 14:183. Al-Zamakhshari, Tafsir al-Kashshaf, 5:573.
142 Iaitu hubungan yang berasaskan keturunan atau nasab. Wahbah al-Zuhayli, Tafsir al-Munir fi al- ‘Aqidah wa al-Shari‘ah wa al-Manhaj (Beirut: Dar al-Fikr, 1998), 26:235. Al-Alusi, Tafsir Ruh al- Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, 19:275.
143 Al-Qurtubi, Jami’ li Ahkam al-Quran, 16:322. Al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al- ‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, 19:275.
mengatasi nilai nasab sehingga al-Sha‘rawi menyifatkan hubungan ini dengan frasa
ikhwah al-Nasb wa al-Iman144.
Penggunaan lafaz ini jelas menunjukkan satu legitimasi Islam adalah agama Rahmah li al-‘Alamin, tidak membezakan antara ras, suku dan budaya sebaliknya disatukan di bawah satu ikatan erat dalam Islam. Allah SWT berfirman:
ۚ إِ َّن
لِتا اعاارفُيا
اوقا باائِ ال
ُشعُيا۲
او اجاعْلناا ُك ْم
اوأُنثا ٌَٰ
ِمن ذااكٍر
اخلاْقناا ُكم
إَِّ۵
ا۶ أاُ ُّاوا النَّا ُس
اخبِيٌ
اعلِِ ٌم
ۚ إِ َّن ا َّڕا
ِعن اد ا َِّڕ أاتْ اقا ُك ْم
أا ْكارام ُك ْم
Maksundya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah al-Hujurat (49) : 13
Senada dengan ayat di atas, Rasulullah SAW bersabda:
اعلاٌ أا ْع اج ِم ٍ َ اواٗ
ْض ال لِاعارٍِ ب
ُس أااٗ إِ َّن اربَّ ُك ْم اوا ِح ٌد اوإِ َّن أاا۲ ُك ْم اوا ِح ٌد أااٗ اٗ فا
ا۶ أاُ ُّاوا النَّا
ِ۲لتَّ ْقايى
اعلاٌ أا َْحاار إَِّٗ
اعلاٌ أا ْساياُ اواٗ أا ْساياُ
اعارٍِ ب اواٗ ِٓا َْحاار
اعلاٌ
لِاع اج ِم ٍ َ
144 Pentafsiran ayat ini dirujuk melalui rakaman video kuliah al-Sha‘rawi yang diperolehi menerusi laman sesawang rasmi koleksi kuliah dan karya beliau yang boleh dicapai di http://www.elsharawy.com/. Lihat entri Surah al-Hujurat ayat 6 hingga ayat 12. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, Min al-Ayah 6 Ila al-Ayah 12 Min Surah al-Hujurat, laman sesawang elsharawy.com, dicapai pada 7 April 2015, http://www. elsharawy.com/sharawy.aspx?p_name_english=s49. Al-Zamakhshari, Tafsir al-Kashshaf, 5:573. Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 13:152-153. 1. Manakala al-Suyuti pula berpandangan kehebatan nilai ukhuwah dalam Islam bukan sekadar digambarkan sebagai asas utama utuhnya nilai hubungan sosial, malah menjadi penyatu utama dalam segenap peringkat sosial masyarakat. Hal ini digambarkan sebagai satu-satunya agama yang memiliki sistem sebegini. Beliau telah menukilkan riwayat daripada Ibn Marduwayh dan Bayhaqi dalam isu ini. Al-Suyuti, al-Dur al-Manthur fi al- Tafsir bi al-Ma’thur, 13:559.
307
"Wahai manusia! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan begitu juga dengan nenek moyang kamu juga satu (Nabi Adam). Ketahuilah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang ‘ajam (bukan Arab) dan begitulah sebaliknya. Dan tidak ada kelebihan bagi orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, bagi orang berkulit hitam atas orang berkulit merah dan sebaliknya melainkan dengan ketakwaan”145.
Dengan wujudnya hubungan ukhuwwah ini, Islam mendidik umatnya untuk sentiasa menjalinkan hubungan harmoni, saling mengasihi dan tolong-menolong sesama Muslim146. Dan turut mengecam perbuatan yang merosakkan hubungan tersebut. Hubungan ukhuwwah seperti yang telah dijelaskan di atas adalah merupakan asas kukuh terhadap pembinaan social capital bagi sebuah masyarakat. Berteraskan hubungan ukhuwwah inilah menjadi legitimasi empat elemen utama seperti yang dijelaskan oleh Putnam iaitu norms, network, trust dan reciprocity akan wujud.
Berikut akan dijelaskan secara rinci beberapa ajaran Islam yang wujud berdasarkan landasan ukhuwwah yang mampu mewujudkan elemen utama social capital seperti yang disebutkan di atas. Oleh sebab secara implisit147 elemen norms sudah terangkum di dalam ajaran Islam pada elemen utama social capital tersebut, maka perbahasan dalam kajian ini memfokuskan pada elemen network, trust dan reciprocity.
145 Hadith riwayat Ahmad, Imam Ahmad, Musnad Ahmad (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1993), (Kitab Baqi Musnad Ansar, Bab Hadith Rajulun Min Ashab al-Nabi SAW, no. hadith 22978).
146 Sayyid Qutb, Nahwa Mujtama‘ Islami (Qaherah: Dar al-Shuruq, 2008), 11.
147 Secara tidak langsung, Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2007),
571, entri “implisit”.
308
- Network (Jaringan)
Modal sosial akan dapat dibangunkan dengan baik apabila wujudnya kecenderungan untuk membangunkan sosialisasi di antara setiap kelompok dalam sesebuah institusi sosial. Dan kekuatan sesebuah institusi sosial adalah bergantung pada kapasiti yang wujud dalam kelompok tersebut untuk menguak setiap kemampuan dalam merekayasa dan membangunkan jaringan sosial.
Dalam hal ini, ukhuwwah yang sedia terbina di antara umat Islam menuntut untuk saling berhubung dan berinteraksi antara satu dengan yang lainnya. Kerana, di antara justifikasi penciptaan manusia ialah bukan hanya sekadar beribadah kepada Allah SWT sahaja, malah mewujudkan rangkaian sosial, berinteraksi antara satu sama lain sebagai satu legitimasi ‘Muslim itu bersaudara dengan Muslim yang lain….’148. Interaksi ini juga tidak hanya terhad sesama Islam sahaja, malah bersifat global iaitu sesama manusia seluruhnya. Justeru, dalam hal ini Islam mendidik umat manusia saling mengenal satu sama lain tanpa wujudnya batasan ras dan budaya atau sifat rasisme149. Dari sifat interaksi inilah asosiasi150 dan jaringan akan mula terbentuk. Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu
148 Frasa ini berasal daripada sabda Rasulullah SAW; (…املسلم أخي املسلم …). Hadith riwayat al-Bukhari, Al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al-‘Aziz al-Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 192, 580 (Kitab al-Mazalim, Bab La Yuzlim al- Muslim Wa La Yuslimuhu, no. hadith 2442, Kitab al-Ikrah, Bab Yamin al-Rajul li Sahibihi, no. hadith 2951).
149 Juga disebut sebagai rasialisme bermaksud; i. layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya, atau satu kaum mendapat layanan yang lebih istimewa daripada kaum yang lain, ii.fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Kamus Dewan, ed. ke-4, 1292, entri “rasisme”.
150 Perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan, pertalian. Kamus Dewan, ed. ke-4, 85, entri
“asosiasi”.
309
dari kalangan lelaki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-
suku, supaya kamu saling kenal mengenal”151.
Dalam Islam, istilah silaturahim diperkenalkan bagi mewujudkan satu jalinan sosial yang paling utuh dan sebagai wadah untuk melahirkan hubungan kasih sayang sesama Muslim152. Situasi ini secara tidak langsung telah menjadi asas dan indikasi utama sebuah jaringan sosial yang produktif153. Seperti mana sabda Rasulullah SAW:
….منكان ُؤمن ۲هلل والِيم اّخر فلِصل رَحه.....
Maksudnya: ….barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat maka hendaklah menyambung silaturahim…154
- Reciprocity (Timbal Balik)
Pengertian umum daripada komponen reciprocity ialah satu hubungan timbal balik yang wujud di antara masyarakat. Hubungan ini timbul dalam kalangan masyarakat adalah hasil daripada kecenderungan dan minat untuk saling melakukan kebaikan sama ada dalam kalangan individu atau dalam kelompok besar. Pola hubungan harmoni bukan sahaja bersifat jangka pendek, sebaliknya dalam tempoh jangka panjang bergantung pada aspek altruisme155.
Dalam sebuah masyarakat yang memiliki hierarki modal sosial yang tinggi, sifat altruisme juga akan terserlah dari aspek kepedulian dalam kalangan masyarakat untuk
151 Surah al-Hujurat (49) : 13.
152 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, Min al-Ayah 6 Ila al-Ayah 12 Min Surah al-Hujurat.
153 Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Quran, XXXI:408.
154 Hadith riwayat al-Bukhari, Al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al- Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al-‘Aziz al-Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 517, 448 (Kitab al- Adab, Bab Ikram al-Dayf Wa Khidmatihi, no. hadith 6138, Kitab al-Nikah, Bab al-Wasah bi al-Nisa’, no. hadith 5185).
155 Semangat untuk membantu dan mementingkan kepentingan orang lain. Kamus Dewan, ed. ke-4, 40,
entri “altruisme”.
310
saling membantu antara satu dengan yang lain. Kesepaduan yang wujud ini bukan sahaja mampu mengatasi isu kemiskinan, malah isu sosial yang lain. Ini kerana, apabila masalah sosial dapat dikurangkan, pembangunan negara lebih mudah dilaksanakan156.
Mengulas isu ini, Hamka dalam tafsirnya mengatakan bahawa kewujudan ukhuwah di antara umat Islam adalah disebabkan pengamalan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, saling mengasihi dan bersatu padu dalam hal kebaikan dan mencegah kemungkaran157. Rasulullah SAW bersabda:
....إن املؤمن للمؤمن كالبنِان ُشد بعضه بعضا....
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang saling menguatkan”158.
Dalam hadith di atas, Rasulullah SAW mengibaratkan ukhuwah dalam Islam seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan. Sekiranya perumpamaan sebuah negara seperti sebuah bangunan, maka pembangunan sesebuah negara akan berjalan dengan baik ketika elemen masyarakat yang membentuknya saling memperkukuh nilai harmoni dalam merealisasikan pembangunan tersebut. Sejajar dengan hal ini, Allah SWT berfirman;
156 M. Mawardi J, “Peranan Sosial Dalam Pemberdayaan Masyarakat”, Jurnal Pengembangan Masyarakat Islam v. 3, Isu 2 (Jun 2007), 13. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, Min al-Ayah 6 Ila al- Ayah 12 Min Surah al-Hujurat.
157 Malah menurut beliau, ikatan iman adalah kunci kepada kekuatan ini. Hamka, Tafsir al-Azhar, 26:199.
158 Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, Al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al-‘Aziz al-Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 40 (Kitab al-Solah, Bab Tashbik al-Asabi‘ fi al-Masjid wa Ghayrih, no. hadith 481). Muslim, “Sahih Muslim”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al-‘Aziz al-Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 1130 (Kitab al-Bir wa al-Sillah wa al-Adab, Bab Tarahum al-Mu’minin wa Ta‘atufihim wa Ta‘adudihim, no. hadith 6585, 6586).
311
ۚ اوات َّقيا ا َّڕا
ۚ اواٗ ت اعااونيا علاٌ إُِِْْث اوالْعُداوا ِن
اوت اعااونيا علاٌ الِِْب اوالتَّ ْقاي َٰى
ا ُ ا ْ ُ
ا ُ ا
اش ِدُ ُد الْعِاقا ِب
ۚ إِ َّن ا َّڕا
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam
membuat kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu tolong- menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.
Surah al-Ma’idah (4) : 2
Berdasarkan leksikal bahasa Arab, lafaz ta‘awun (تعاون) merupakan lafaz yang mengikut wazan (bentuk kata) dari lafaz tafa‘ul. (تفاعل). Sedangkan bentuk kata tafa‘ul dalam kaedah bahasa Arab memiliki erti فأكثر إثنن بن املشاركة (adanya hubungan timbal balik antara dua orang atau lebih). Oleh yang demikian, jelas ayat tersebut memerintahkan agar manusia melakukan hubungan timbal balik (saling membantu) dalam melakukan kebaikan dan ketakwaan159. Dalam konteks bernegara, ia diimplementasikan melalui kerjasama, bantu-membantu dalam mewujudkan sebuah negara maju, aman dan diberkati160.
- Trust (Kepercayaan)
Umumnya, trust adalah merupakan sebuah kepercayaan. Dalam konteks social capital, Piotr Sztompka mendefinisikannya sebagai satu daya usaha untuk berdepan dengan risiko dalam hubungan sosialnya berdasarkan kepercayaan terhadap individu mahupun kelompok tertentu161. Manakala Fukuyama menjelaskan konsep trust sebagai
159 Al-Razi, Tafsir Mafatih al-Ghayb, 14:184.
160 Sayyid Qutb, Nahwa Mujtama‘ Islami, 53-55.
161 Piotr Sztompka, Trust: A Sociological Theory (United Kingdom: Cambridge University Press, 2003), 25-26.
312
satu sikap saling mempercayai dalam kalangan masyarakat yang membawa kepada sifat saling membantu dalam membangunkan modal sosial162.
Kepelbagaian tindakan kolektif yang lahir dari sikap saling mempercayai dalam sesebuah organisasi sosial akan membawa kepada peningkatan penglibatan masyarakat dalam konteks membangunkan sebuah usaha sama dalam mana-mana institusi sosial. Ini kerana, nilai kepercayaan adalah merupakan prasyarat kejayaan ekonomi mahupun politik sesebuah negara kerana ia terkandung elemen kesatuan yang berkompetensi163 memakmurkan sosio negara164. Manakala apabila nilai kepercayaan dalam kalangan komuniti sosial telah susut, ia sekali gus akan mengundang pelbagai masalah sosial. Kerana masyarakat yang menghadapi masalah sosial akan menghadapi kesukaran ketika mendepani realiti sosial dan situasi ekonomi yang tidak stabil. Hal ini sekali gus memberikan kesan hiliran terhadap semangat kolektif dan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan sebuah suasana kondusif dalam membangunkan negara165.
Berkenaan dengan konsep trust seperti yang dijelaskan di atas, konsep ukhuwwah yang diterapkan dalam Islam juga menuntut penganutnya untuk saling mempercayai satu sama lain. Dalam Islam, sikap saling mempercayai adalah merupakan hal mendasar, kerana Islam beranggapan fitrah manusia adalah ke arah kebaikan. Allah SWT berfirman; “maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama hanifah
162 M. Mawardi J, “Peranan Sosial Dalam Pemberdayaan Masyarakat”, 17.
163 Berkemampuan. Kamus Dewan, ed. ke-4, 511, entri “kompetensi”.
164 Seth Keplan, “Identity in Fragile States: Social Cohesion and State Building”, Development 52, Isu 4 (2009), 466–472. Doi:10.1057/dev.2009.57. Lihat juga laman sesawang palgrave-journals.com, dicapai pada 20 April 2015, http://www.palgrave-journals.com/development/journal/v52n4/abs/dev 200957a. html.
165 Robert D Putnam, Making Democracy: Civic Tradition in Modern Italy (New Jersey: Princeton University Press, 1993), 183.
(Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah SWT yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu”166. Al-Alusi berpandangan, fitrah dalam ayat ini ialah menerima kebenaran serta membuat persiapan untuk mengetahui kebenaran167. Ayat tersebut sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:
….ميجسانه أو ُنصرانه أو ُويُانه فأبياِ الفطرة، علٌ ُيلد إٗ ميليُ من ما…. Maksudnya: “….setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci). Kedua orang tuanya-lah yang menjadikan
dia seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi….”168.
Manakala Ibn Kathir pula mengaitkan elemen kepercayaan antara sesama Muslim itu dengan nilai berprasangka baik (husnu al-Zan) terhadap orang lain. Beliau mengutarakan kalimah al-Zann menerusi Surah al-Hujurat ayat 12 dengan menjelaskan konsep tersebut adalah berkait rapat dengan menjauhi sifat berprasangka buruk kepada keluarga, kaum kerabat dan masyarakat amnya169. Ibn Kathir menukilkan kata-kata Saidina Umar r. a:
وٗ تظنن بكلمة خرجت من أخِك املسلم إٗ خيا، وأنت جتدَلا يف اخلي محم٘
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menyangka terhadap ucapan atau kalimah yang keluar dari saudara Muslim kamu melainkan dengan prasangka yang baik selagi kamu menemui cara dan jalan untuk mengalihkannya kepada yang baik” 170.
166 Surah al-Rum (30) : 30.
167 Al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, 15:361.
168 Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, Al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al-‘Aziz al-Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 405 (Kitab Tafsir al-Qur’an Surah al-Rum, Bab La Tabdil li Khalq Allah, no. hadith 4775). Muslim, “Sahih Muslim”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al-‘Aziz al- Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 1141 (Kitab al-Qadr, Bab Ma‘na Kullu Mawludun Yuladu ‘ala al-Fitrah, no. hadith 6755).
169 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 7:377.
170 Ibid.
b. Pentafsiran Lafaz ( مّللَ ا ُقوا َواتم ۚ
) فَأَ ْصلِ ُحوا بَ ْ َْي أَ َخَويْ ُك ْم
Seperti mana yang telah dijelaskan sebelumnya, ukhuwwah yang dibawa oleh Islam mampu membangunkan hubungan holistik dalam kalangan masyarakat yang akhirnya akan membentuk sebuah modal sosial yang mempunyai legasi kukuh. Namun, dalam usaha membangunkan prospek modal sosial ini, ia terdedah kepada beberapa konflik yang sering membelenggu masyarakat. Justeru, menerusi telahan inilah kalimah seterusnya dalam Surah al-Hujurat ayat 10 ini menjadi panduan khusus dalam penyelesaian171 konflik yang terjadi di antara masyarakat. Berkenaan dengan resolusi penyelesaian tersebut, terdapat beberapa perkara penting untuk diketengahkan menerusi
ayat
ۚ اواتَّ ُقيا ا َّڕا
iaitu; ini, فاأا ْصلِ ُحيا ب اْ ان أا اخايُْ ُك ْم
Pertama, melalui ayat ini, pengkaji mendapati Islam menuntut penganutnya untuk menyelesaikan sebuah konflik melalui kaedah sulh (perdamaian) berbanding menggunakan kaedah tahkim (penghukuman)172. Selaras dengan firman Allah SWT; “berdamai itu adalah hal yang lebih baik”173. Melalui kaedah perdamaian, ia bukan sahaja memberikan hak bagi kesemua pihak yang terlibat malah membentuk keadilan sosial yang lebih kondusif. Berbeza halnya dengan kaedah penghukuman, yang akan mewujudkan persepsi negatif pada sesetengah pihak terutamanya apabila ketidakadilan mendominasi keadaan174. Justeru, walaupun Islam menyarankan penggunaan metode islah dalam menyelesaikan isu tertentu, ini tidak bermakna kaedah ini menjadi asas
171 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, Min al-Ayah 6 Ila al-Ayah 12 Min Surah al-Hujurat.
172 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, Min al-Ayah 6 Ila al-Ayah 12 Min Surah al-Hujurat. Hamka, Tafsir al-Azhar, 26:199-200. Al-Maraghi, Tafsir al-Maraghi, 13:6497-6498.
173 خير الصلح . Surah al-Nisa’ (4) : 128.
174 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, Min al-Ayah 6 Ila al-Ayah 12 Min Surah al-Hujurat.
315
utama dalam menyelesaikan konflik, sebaliknya melihat kepada keadaan yang memerlukan kaedah perdamaian yang sejajar dengan landasan syariat.
Kedua, dalam aspek yang lain, pengkaji mendapati Allah SWT menggunakan kalimah ُحيا ْصلِ فاأا yang secara literalnya diterjemahkan dengan kata damaikanlah. Adapun
dari perintah perdamaian ini adalah kepada seluruh masyarakat amnya. Dalam hal ini Sayyid Tantawi berkata; “Ketika terdapat dua pihak dari umat Islam terlibat dalam konflik, maka tuntutan kepada umat Islam yang lain untuk mencari resolusi perdamaian dan mengajak untuk kembali kepada hukum Allah SWT ”175.
Ketiga, penyelesaian masalah atau konflik perlu diteliti bermula dari akar umbi pihak yang terlibat. Dalam situasi ini, Sayyid Tantawi mengulas, al-Qur’an mewajibkan agar umat Islam mendamaikan konflik yang berlaku dalam kalangan kelompok Muslim sama ada melibatkan dua pihak atau lebih. Kerana menurut beliau, semakin ramai masyarakat yang terlibat dalam konflik maka semakin besar implikasi negatif yang akan berlaku176.
Keempat, kaedah penyelesaian masalah haruslah berteraskan indikasi takwa kepada Allah SWT. Hal ini berdasarkan pendapat ulama yang mentafsirkan kalimah
اواتَّ ُقيا ا َّڕا
dengan perintah untuk bertakwa ketika proses islah (perdamaian) di antara pihak
yang berkonflik177. Dalam hal ini, pihak yang berperanan sebagai pendamai haruslah bertindak secara adil dan saksama. Iaitu tidak wujud sebarang konspirasi mahupun
175 Muhammad Sayyid Tantawi, al-Tafsir al-Wasit li al-Qur’an al-Karim (Beirut: Dar al-Fikr, t.t.), h. 3937.
176 Ibid.
177 Al-Razi, Mafatih al-Gahyb, 16:183.
316
kecenderungan kepada sebelah pihak sahaja. Sudah tentu hasil yang diputuskan membawa kepada solusi kesemua pihak178.
c. Pentafsiran Lafaz ( َن ََحُو ْر تُ ْم ُك لََعلم )
Menurut Ibn Kathir, kalimah di atas adalah merupakan janji dan anugerah Allah SWT kepada orang yang bertakwa179. Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, peranan takwa mampu memacu kesejahteraan dan kejayaan dalam sesebuah institusi sosial. Konklusi mikro ialah modal sosial yang dipacu berlandaskan takwa merupakan salah satu faktor turunnya rahmat Allah SWT. Di antara realisasi rahmat tersebut ialah lahirnya ketenteraman dan kesejahteraan dalam masyarakat sehingga membawa kepada terbentuknya istilah yang dinyatakan dalam Surah Saba’ ayat 15 iaitu;
بلدة طِبة ورب ِفير
Maksudnya: “... negara yang baik (aman dan makmur) di bawah pengampunan Tuhan”.
(Surah Saba’ (34) : 15)
Menurut Ibn Manzur, kalimah tayyib memiliki pelbagai makna sesuai dengan penggunaan lafaz. Dalam konteks bernegara, kalimah tayyib ini terkandung makna آمنة
178 Terdapat juga sebahagian para ulama yang mentafsirkan kalimah َّّللاَ
َواتَّقُوا
dengan perintah untuk
bertakwa dalam segenap hal. Justeru dalam hal ini dapat difahami elemen takwa bukan sahaja mampu menjadi indikasi utuh penyelesaian konflik, malah menguak prospek positif dalam segenap hal masyarakat Muslim. Beberapa alasan kukuh dikemukakan mengapa sifat takwa mampu mencegah terjadinya konflik dalam kalangan masyarakat, antaranya;
- Rasa takwa yang tinggi mampu mencegah seseorang untuk menyakiti atau mengganggu orang lain sama ada dalam bentuk lisan atau perbuatan, hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al- Quran-Hujurat ayat 11.
- Takwa juga memainkan peranan mengurus emosi dan bersifat qanaah dalam segenap hal. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah ali-‘Imran ayat 133-134.
- Sifat takwa juga mampu menjadi motivasi memajukan diri dan tidak terlibat dalam hal yang tidak bermanfaat.
Lihat Wahbah al-Zuhayli, Tafsir al-Munir fi al- Aqidah wa al- Shari’ah wa al-Manhaj, 16:248. Al- Suyuti, al-Dur al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur, 13:559.
179 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 7:376.
اخلي كثي bermaksud; negara yang aman, tenteram serta terkandung banyak kebaikan180. Dan inilah puncak kesejahteraan masyarakat yang diperoleh dari modal sosial yang berteraskan elemen takwa. Kehidupan aman dan tenteram serta minimumnya krisis sosial. Justeru, daripada penelitian kesarjanaan dan analisis terhadap isu ini, keseluruhan perbahasan dapat difahami menerusi rajah berikut:
Rajah 4.2.1 : Kesimpulan Konsep Modal Sosial Dari Surah Al-Hujurat Ayat 10181.
.
Berdasarkan analisis dan penelitian di atas menjelaskan bahawa metode yang diketengahkan melalui idea pentafsiran ayat 10 Surah al-Hujurat adalah lebih menyeluruh dalam perlaksanaan modal sosial. Kerana perincian kandungan seperti yang dikemukakan menerusi idea intelektual klasik dan moden bukan sahaja menyerlahkan
180 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 1:563.
181 Konsep asal pernah dikemukakan oleh Abdul Wahid al-Faizin dan dikembangkan oleh pengkaji. Abdul Wahid al-Faizin et al., “Social Capital Dalam Al-Qur'an”, 133.
fungsi dan kaedah Putnam, malah memurnikan idea tersebut sesuai dengan fitrah dan aturan sosial manusia berlandaskan al-Qur’an dan al-Sunnah. Malah dalam masa yang sama menyerlahkan kemukjizatan al-Qur’an terhadap isu ini dan korelasinya terhadap perkembangan pengetahuan modal sosial semasa.
Kesimpulan lain yang dapat dibuat ialah, modal sosial tidak seharusnya dilihat terpisah dari landasan agama seperti mana kecenderungan dalam kalangan sarjana Barat yang meletakkan kekuatan akal semata-mata dalam merekonstruksi idea pembangunan sosial malah mensekularkan konsep tanpa mengikatnya dengan agama. Selain itu, wujudnya kecenderungan yang kuat di Barat untuk melihat modal sosial sebagai suatu sumber yang bersifat duniawi, zahir dan terputus dari aroma kudus kerohanian. Malah dalam tradisi intelektual Barat moden, setelah lahirnya James Coleman melalui idea popular dalam karyanya yang berjudul Social Capital in the Creation of Human Capital182 yang mengandaikan bahawa persoalan yang menyangkut pembangunan sumber dan modal sosial dapat digarap hanya melalui kekuatan akal manusia yang tinggi. Malah gagasan ini diteruskan oleh Putnam, maka dapat dilihat faham modal sosial mereka terus kelam dari dimensi spiritual. Oleh sebab itu, kajian terhadap isu ini dan refleksinya melalui spektrum al-Qur’an dan al-Sunnah bukan sahaja memurnikan idea-idea kesarjanaan Barat, malah meletakkan dasar perbahasan di atas neraca keseimbangan dengan tuntutan kehidupan duniawi dan ukhrawi, serta menyerlahkan hikmah pensyariatan dalam Islam.
182 James Coleman, Social Capital in the Creation of Human Capital (The University of Chicago Press, 1999), 95.
319
No comments:
Post a Comment