- Respon Al-Sha‘rawi Terhadap Pengkajian Saintifik Al-Qur’an.
Melalui kepelbagaian pendekatan keilmuan yang dilakukan untuk menyerlahkan aspek kemukjizatan, mencari hikmah yang tersembunyi di dalam al-Qur’an, al-Sha‘rawi menegaskan bahawa disiplin ini akan menjadi asas utama terhadap perkembangan ilmu dan menjadi pendorong kepada pengukuhan elemen kehambaan dan ketakwaan kepada Allah SWT melalui ayat-ayat saintifik al-Qur’an.
Menurut al-Sha‘rawi, tadabbur dan analisis yang dilakukan terhadap kemukjizatan al-Qur’an menerusi pengkajian saintifik akan meluaskan cakupan hakikat dari ayat-ayat al-Qur’an, mendalami makna-makna yang terkandung di dalamnya sehingga mewujudkan interaksi antara jiwa dan akal manusia melalui cara mengambil hikmah dari eksplorasi keilmuan kontemporari dalam al-Qur’an. Walaupun telah berkurun pengkajian saintifik dilakukan, namun tidak pernah ada bukti yang menyatakan kesalahan kandungan yang diisyaratkan di dalam al-Qur’an309. Hal ini kerana Allah menjadikan setiap isharat al-Qur’an sebagai metode dalam menerobos hakikat alam dan kehidupan, sekali gus menjadi salah satu faktor terpenting dalam
309 Al-Sha‘rawi, Mu‘jizah al-Qur’an, 1:9.
mengukuhkan keimanan310 serta menangkis dakwaan musuh sehingga hari kiamat sebagaimana firman Allah SWT:
َع َسٌٰ
َش ٍَْء َوأَ ْن
َخلَ َ ُ ا َّڕ ِمن
ِ َوَما
أََوََلْ َُنظ روا ِِف َملَ كي ِت ال َّس َماَوا ِت َوآَْْر
ٍث ب َ ْع َده ُ ْؤِمن ي َن
َح ِدُ
ۚ فَبِأَ ِ ي
أَن َُ كي َن قَ ِد اقْ تَ َر َب أَ َجل و ْم
Maksudnya: “Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Qur’an) itu mereka mahu beriman?”
Surah al-A‘raf (7) : 185
Rentetan daripada hal ini, al-Sha‘rawi mengemukakan argumentasi bahawa penemuan semasa juga merupakan salah satu data dan fakta kepada pentafsiran bersifat saintifik311, kerana kemukjizatan al-Qur’an akan terus berkembang pesat dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan intelektual manusia yang akan memudahkan sisi kehidupan dan keperluan. Al-Sha‘rawi menyebut dalam tafsirnya:
أن االفظ ٗ ُتصادم مع العقيل وقت نزول القرآن وٗ ُتصادم معوا بعد تقدم
العلم واكتشاف آ۶ت ڮ ِف آر
Maksudnya: Sesungguhnya lafaz-lafaz (dalam al-Qur’an) tidak bertentangan dengan akal pada zaman turunnya al-Qur’an dan tidak juga bertentangan sama ada selepas perkembangan ilmu pengetahuan dan penemuan-penemuan ilmiah berdasarkan tanda-tanda (kekuasaan) Allah di muka bumi312
310 Muhammad Kamil ‘Abd al-Samad, Mukjizat Ilmiah Dalam Al-Qur’an, 5
311 Data yang diyakini kebenarannya, bersesuaian dengan makna al-Qur’an, Al-Sha‘rawi, Mu‘jizat al-
Qur’an, 1:83.
312 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:13.
Selain itu, al-Sha‘rawi juga menjelaskan bahawa konsep sebenar al-Qur’an berbeza dengan kitab-kitab sebelumnya, iaitu Nabi sebelumnya hanya membawa manhaj menerusi kitab yang diturunkan. Sebaliknya al-Qur’an bukan sekadar meliputi manhaj, malah terkandung kemukjizatan sebagai bukti kebenaran risalah Rasul dan perbezaan inilah yang memberikan nilai yang sangat tinggi terhadap al-Qur’an sebagai sumber primer yang relevan sepanjang masa313.
Justeru perlu diketahui oleh manusia bahawa sememangnya al-Qur’an mengandungi tanda-tanda (al-Ayat) dan kaedah penyelesaian permasalahan, tetapi bukannya penyelesaian bagi masalah-masalah yang terlalu spesifik dalam bidang tertentu. Sebaliknya berperanan meletakkan prinsip-prinsip, dasar-dasar agar manusia tidak tersasar dari landasan utama walaupun menggunakan pelbagai pendekatan dalam proses tadabbur dan tafakur.
Justeru al-Sha‘rawi menyimpulkan, pengkajian saintifik al-Qur’an ini adalah bermatlamat untuk menjadikannya satu wasilah perhubungan yang lebih erat antara manusia dengan Allah SWT. Menanam keimanan terhadap kitabullah berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan perasaan yang murni terhadap ayat-ayat dalam tata susunan al-Qur’an314, dan hal ini akan berlanjutan sehingga hari kiamat selaras dengan penemuan ilmiah dan keilmuan semasa manusia315.
313 Ibid., 17.
314 Ibid., 6:85.
315 Ibid., 6:17.
3.3 KESIMPULAN
Berdasarkan perbahasan yang dikemukakan di atas menjelaskan bahawa manhaj pentafsiran al-Sha‘rawi telah membawa satu dimensi baru dalam ilmu pengajian al- Qur’an umumnya dan ilmu pentafsiran saintifik al-Qur’an khasnya. Buktinya dapat dilihat melalui beberapa pemilihan sampel ayat kajian yang menunjukkan wujudnya hubung kait harmoni yang terbentuk melalui kombinasi al-‘Ilmi, al-Naqli dan al- Ijtima‘i sesuai dengan metode beliau dalam mentafsirkan ayat-ayat terpilih. Penemuan ini sekali gus membuktikan kemampuan sarjana Islam menganalisis makna di sebalik kalimah al-Qur’an dan menyerlahkan kemukjizatan al-Qur’an melalui analisis terperinci yang dilakukan.
BAB 4 : ANALISIS ELEMEN SAINTIFIK AL-QUR’AN MENURUT PERSPEKTIF TAFSIRAN AL-SHA‘RAWI DAN HUBUNG KAIT DENGAN PENEMUAN SAINTIFIK
- PENGENALAN
Bab ini akan menganalisis data-data daripada ayat-ayat terpilih dalam setiap elemen saintifik yang telah dibincangkan oleh al-Sha‘rawi dalam tafsir beliau, meliputi ayat berkaitan Saintifik Ketuhanan (Divine Science), Saintifik Sosial (Social Science) dan Saintifik Tabii (Natural Science). Fokus analisis adalah kepada ayat-ayat dalam setiap komponen dengan melihat kepada pentafsiran al-Sha‘rawi serta memfokuskan kepada analisis pentafsiran ahli tafsir sebelumnya serta intelektual semasa. Pada masa yang sama juga, bab ini akan mengenal pasti korelasi pentafsiran ayat terpilih dengan penemuan-penemuan saintifik terkini. Analisis ini bermatlamat untuk mengidentifikasi pentafsiran saintifik al-Sha‘rawi serta mengenal pasti data-data tersebut dalam konteks penyelidikan saintifik semasa. Hasil analisis tersebut akan menghasilkan satu kaedah dan konsep baru yang dicadangkan sebagai satu alternatif dalam pentafsiran saintifik al- Qur’an khasnya dalam pentafsiran al-‘Ilmi. Sekali gus membuktikan I‘jaz dan hikmah yang tersembunyi dalam setiap ayat yang diketengahkan. Justeru secara keseluruhannya bab ini akan mendedahkan persoalan dan objektif kajian keempat seperti yang telah digariskan dalam bab pendahuluan.
- SAINTIFIK KETUHANAN (DIVINE SCIENCE)
- Saintifik Ketuhanan Pada Surah Al-‘Alaq Ayat 16.
اخا ِطئاٍة ﴿16﴾
اَن ِصياٍة اكا ِذباٍة
Maksudnya: “Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah”.
Surah al-‘Alaq (96) : 16
Isu saintifik ketuhanan (divine science) dalam ayat ini adalah merujuk kepada akibat dan implikasi daripada pendustaan perintah Allah SWT. Analisis ini akan meneliti hikmah dan korelasi saintifik yang terdapat dalam komponen ayat al-Qur’an yang berdimensi al-Uluhiyyah1 seperti yang telah dibincangkan terminologinya pada bab sebelumnya. Iaitu wujudnya elemen suruhan dalam konteks mencapai ketaatan serta kesan daripada akibat perlanggaran perintah Allah SWT. Fokus kajian adalah merujuk kepada frasa Nasiyah (َنصية), iaitu sebahagian daripada komponen anggota
badan manusia yang disebut di dalam al-Qur’an. Semantik kalimah ini ialah; kawasan tumbuh rambut pada bahagian hadapan kepala2, atau pada zon ubun-ubun3.
Kalimah Nasiyah yang disebut di dalam ayat ini adalah merujuk secara langsung kepada ‘ubun-ubun’ golongan yang melakukan pendustaan, perlanggaran terhadap perintah Allah SWT. Namun, timbul beberapa persoalan; Mengapakah Allah SWT
1 Muhammad Sa‘id Ramadhan al-Buti, Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah (Beirut: Dar al-Fikr al-
Ma‘asir, 2010), 140.
2 Ibn Manzur, Lisan al -‘Arab (Qaherah: Dar al-Ma‘arif, t.t.), 49:4312. al-Razi, Mukhtar al-Sihhah (Beirut: Maktabah Lubnan, 1968), 268. Jama’ Nasiyat, Nawasi, lihat Ahmad Mukhtar ‘Umar, Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-Mu‘asarah (Qaherah: ‘Alim al-Kutub, 2008), 4:2224. Mohd Khairi Zainuddin et al., Kamus al-Miftah (Shah Alam: al-Zahar Media Enterprise, 2007), 1803.
3 Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2007), 1754, entri “ubun”.
menggunakan kalimah Nasiyah bagi menggambarkan perilaku orang yang berdusta? Apakah signifikan utama Allah SWT menyebut secara spesifik ubun-ubun orang yang berdusta, yang bersalah (خاطئة كاذبة ناصية) secara terpisah (مفارقة) dengan ayat sebelumnya? Adakah spesifikasi ini berfungsi sebagai قبلها لما التبيين (menjelaskan ayat sebelumnya) bagi menggambarkan kekuasaan Allah SWT terhadap manusia yang ingkar? Atau terdapat suatu mesej al-Qur’an yang tersembunyi di sebalik penggunaan entri Nasiyah terhadap manusia yang bersalah dan berdusta? Adakah kedudukan komponen Nasiyah yang terletak pada bahagian kepala memiliki korelasi utuh terhadap kedudukan akal sebagai elemen terpenting dalam diri manusia dalam berfikir dan bertindak membuat keputusan? Bagi merungkai persoalan-persoalan ini, pentafsiran al-‘Ilmi dirujuk dengan menjadikan perbahasan al-Sha‘rawi sebagai landasan utama kajian.
Ketika al-Sha‘rawi membahaskan ayat ini, beliau menyebut;
“….adapun ayat ini merujuk kepada komponen bahagian kepala sebagai salah satu anggota manusia yang penting. Sesungguhnya pada kalimah Nasiyah itu terkandung makna tersirat tentang kemuliaan manusia dan boleh menjadi salah satu sebab kecelakaan bagi pemiliknya. Bergantung bagaimana ia digunakan. Selain menggambarkan satu bentuk penghinaan di hari kiamat kelak4, ayat ini juga mengandungi saranan agar manusia berfikir menggunakan akal yang sejahtera (سليم) untuk mencapai kemuliaan. Setiap kalimah al-Qur’an memiliki i’jaz yang tersendiri. Seperti ayat ini, hadir sarjana moden yang merenung ayat ini dalam konteks mengapa komponen Nasiyah ditekankan maksudnya. Hasil yang diperolehi daripada kajian terperinci dalam ilmu perubatan menunjukkan dalam kawasan Nasiyah (bahagian otak) manusia terdapat tanda-tanda negatif yang menunjukkan implikasi manusia yang melakukan keingkaran dan pendustaan pada perintah Allah SWT. Sesuai dengan kedudukan akal fikiran manusia. Maha Suci ilmu Allah SWT yang tiada batasnya. Hikmah dan kebesaran ayat-ayat Allah SWT menjangkau fikiran manusia, bukan sekadar mengkhabarkan
4 Al-Sha‘rawi menjelaskan pada ayat sebelumnya, Allah SWT telah menggunakan kalimah Nasiyah
dalam bentuk al-Jar (ِة ِصيَ
بِالنَّا…..) kerana ingin menunjukkan bentuk penghinaan. Kerana perbuatan
seperti ini tidak akan dilakukan pada manusia melainkan hanya kepada haiwan. Al-Sha‘rawi, Tafsir
Juzu’ ‘Amma (Qaherah: Dar al-Rayyah, 2008), 442.
peristiwa lalu, malah Setiap kalimah mempunyai makna tersirat yang perlu difikirkan, menjadi pengajaran pada manusia….”5
Berdasarkan analisis rencam, al-Sha‘rawi tidak menjelaskan secara terperinci korelasi saintifik dengan tafsiran ‘ilmi yang beliau kemukakan, sebaliknya mengemukakan petunjuk wujudnya i‘jaz al-‘Ilmi dalam ayat ini. Namun telahan jitu mendapati, terdapat beberapa hubung kait data korpus saintifik moden dengan isu ini khususnya menerusi kata kunci “…dalam kawasan Nasiyah (bahagian otak) manusia terdapat tanda-tanda negatif yang menunjukkan implikasi manusia yang melakukan keingkaran dan pendustaan…”. Bagi mengupas permasalahan ini, data korpus klasik dan moden dirujuk.
Berdasarkan perbandingan pentafsiran mufassir terdahulu, pengkaji menemui data yang menunjukkan perbezaan pandangan dengan pentafsiran al-Sha‘rawi. Kelompok sarjana ini mentafsirkannya dengan hanya merujuk kepada gambaran seksaan manusia di akhirat kelak6, dan perumpamaan yang disandarkan kepada manusia yang melakukan dosa meliputi aspek percakapan dan perbuatan7. Sebaliknya kelompok ketiga berdasarkan perincian sependapat dengan interpretasi al-Sha‘rawi, dengan berpandangan penggunaan frasa Nasiyah (ubun-ubun) adalah sebagai tanda atau lambang kepada pelaku dusta8. Kerana ia berkaitan terhadap pelaku kejahatan yang
5 Ibid., 442-444. Lihat juga perbahasan al-Sha‘rawi di bawah entri ‘Allah wa al-Kawn’, al-Sha‘rawi,
Mu‘jizah al-Qur’an (Qaherah: Akhbar al-Yawm, t.t.), 2:15-21.
6 Abi Hatim, al-Suyuti dan Abu Hayyan. Lihat Ibn Abi Hatim, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (Riyad: Maktabah al-‘Arabiyyah al-Su‘udiyyah, 1998), 10:3451. Al-Suyuti, al-Dur al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur (Qaherah: Markaz li al-Buhuth wa al-Dirasat al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah, 2003), 15:528,
531. Abu Hayyan, al-Bahr al-Muhit (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1993), 8:490-491.
7 Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim (Beirut: Dar al-Taybah li al-Nashr wa al-Tawzi’, 1999), 14:400. Jalaluddin al-Mahalli dan al-Suyuti, Tafsir al-Jalalayn (Beirut: Dar Ibn Kathir, t.t.), 534. Al- Zamakhshari, Tafsir al-Kashshaf (Riyad: Maktabah al-‘Abikan, 1998), 6:406.
8 Al-Razi, Tafsir Mafatih al-Ghayb (Beirut: Dar al-Fikr, 1981), 32:23-24.
mengakibatkan kesan kepada akal manusia sesuai dengan kedudukannya yang mulia sebagai tempat berfikir dan membuat keputusan9. Kelompok ketiga ini meyakini wujudnya hikmah di sebalik ayat bersifat al-Uluhiyyah ini. Petunjuk dan ulasan yang diberikan telah menjadi pendorong kepada para sarjana moden untuk mengenal pasti dan mengkaji dengan terperinci apakah maksud tersirat daripada ayat ini.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai isu ini, penemuan saintifik dirujuk. Misalnya indikasi intelektual yang dikemukakan oleh Muhammad Yusuf Sukkar10 telah menguak potensi saintifik al-Quran dalam ayat ini. Menurut beliau, menerusi penelitian al-‘Ilmi, kalimah kazibah dan khati’ah yang mengiringi kalimah Nasiyah bukan sekadar menggambarkan elemen pendustaan dan kejahatan seperti yang disebut oleh ahli tafsir, malah menunjukkan hubung kait kedudukan Nasiyah secara tabii dengan otak manusia sebagai elemen terpenting manusia berfikir untuk membuat keputusan dan melakukan sesuatu perkara. Kerana setiap manusia diberikan keupayaan untuk menilai sesuatu perkara sama ada memberikan hasil kebaikan atau keburukan. Faktual penemuan saintifik neurosains menunjukkan bahagian otak manusia yang berperanan membuat keputusan terletak pada bahagian Frontal Lobe, (Rujuk Rajah 4.1.1). Dalam kawasan Frontal Lobe ini terletaknya sebuah
9 Tafsiran ini dipelopori oleh al-Alusi, al-Maraghi, Sayyid Qutb dan al-Tha‘alabi. Lihat Al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani (Beirut: Dar Akhbar al-Turath al- ‘Arabi, t.t.), 30:187. Al-Maraghi, Tafsir al-Maraghi (Qaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1946), 30:204. Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Quran, terj. As’ad Yasin et al., (Jakarta: Gema Insani Press, 2001), XXX:310. Al-Tha‘alabi, Tafsir al-Jawahir al-Hisan fi Tafsir al-Qur'an (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, 1998), 5:609.
10 Muhammad Yusuf Sukkar adalah merupakan seorang Professor dalam bidang Fisiologi di Nile College, Khourtoum Sudan, Muhammad Yusuf Sukkar, “al-Nasiyah wa Wazifah al-Fas al-Jabhiya li al-Dumag, Dirasah I‘jaziyyah li Surah al-‘Alaq”, laman sesawang Al-Hay’ah al-‘Alami li al-‘Ijaz al- ‘Ilmi fi al-Qur’an wa al-Sunah (International Commission On Scientific Signs In Qur’an and Sunnah), dicapai pada 6 Februari 2015,http://www.eajaz.org/index.php/component/content/article/60- Second-Issue/235-Forelock-and-function-of-the-frontal-lobe-of-the-brain, laman sesawang Nile College, dicapai pada 6 Februari 2015 http://www.nileuniversityedu.com/ academicBoard.htm.
komponen yang dikesan aktif ketika seseorang melakukan kejahatan seperti pendustaan atau penipuan. Komponen ini dinamakan Prefrontal Cortex11.
Rajah 4.1.1 : Kedudukan Frontal Lobe dan Prefrontal Cortex
Prefrontal Cortex
Sumber: Centre for Neuro Skills, Frontal Lobe12
Berdasarkan analisis data saintifik neurosains, pengkaji mendapati Prefrontal Cortex (األمامي الجبهي الفص) yang terletak pada bahagian Frontal Lobe13 adalah merupakan salah satu struktur kecil yang terletak setentang dengan ubun-ubun (Nasiyah) manusia14. Berfungsi dalam membuat keputusan (decision making) sama ada baik dan buruk, menyelesaikan masalah (problem solving), perancangan (planning) dan bahagian terpenting mengekalkan ingatan dalam tempoh jangka panjang15.
11 Eksperimen ini telah dilakukan menggunakan Magnetic Resonance Imaging (fMRI). Ibid.
12 Laman sesawang, Centre for Neuro Skills, dicapai pada 10 Februari 2015, http://www. neuroskills.com/brain-injury/frontal-lobes.php.
13 (cerebral cortex terbesar; lapisan luar otak manusia yang terdiri daripada saraf).
14 De Young CG et al., "Testing predictions from personality neuroscience. Brain structure and the big five" Journal of Psychological Science 21 Issue 6 (2010), 820–8. Doi:10.1177/0956797610370159. Lihat juga Zaghlul al-Najjar, Tafsir al-Ayah al-Kawniyyah fi al-Qur’an al-Karim (Qaherah: Maktabah al-Shuruq al-Dawliyyah, 2007), 4:548-550.
15 Donald T. Stuss et al., Principles of Frontal Lobe Function (Oxford: Oxford University Press, 2013),
11. Lihat juga Kimberg DY, Farah MJ, "A unified account of cognitive impairments following frontal
263
Pelbagai penemuan daripada eksperimen yang telah dilakukan oleh saintis terhadap sukarelawan menggunakan teknologi pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetik ‘Functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI)’ untuk mengesan implikasi dan aktiviti kelenjar saraf otak terhadap ‘aktiviti’ yang memberikan nilai keburukan seperti; Pendustaan, mencari helah untuk melakukan penipuan, perbuatan buruk dan sebagainya16. Hasilnya menunjukkan komponen Prefrontal Cortex dilihat sangat aktif; iaitu otak didapati menggunakan lebih banyak tenaga ketika melakukan keburukan (dalam kes ini merujuk kepada perbuatan menipu) berbanding apabila seseorang berada dalam situasi benar. Malah Prefrontal Cortex juga dikesan berada dalam keadaan yang tidak seimbang17 (Lihat Rajah 4.1.2).
Persoalannya ialah bukankah penemuan ini menunjukkan petanda bagi manusia implikasi kejahatan dan pendustaan sejak di alam dunia sebelum menerima balasan dan penghinaan di akhirat kelak ? Adakah penemuan saintifik yang terkait dengan kalimah ubun-ubun (Nasiyah) dalam ayat ini sekadar satu kebetulan.
lobe damage: the role of working memory in complex, organized behavior", Journal of Experimental Psychology. General 122 Issue 4 (Desember 1993), 411–28. Doi:10.1037/0096-3445.122.4.411.
16 American Psychological Association, Functional Mgnetic Resonance Imaging: A New Research Tool (United States of America: American Psychological Association, Science Directorate, 2007), 2, 22. Radiological Society Of North America, "Brain Imaging With MRI Could Replace Lie Detector" , laman sesawang Science Daily, dicapai pada 13 Februari 2015. www.sciencedaily.com/releases/ 2004/11/041130235442.htm.
17 ‘Abd al-Daheem al-Kaheel, “al-Nasiyah Bayn al-‘Ilm wa al-Iman”, laman sesawang Mawqi‘ al- Kaheel li I‘jaz al-‘Ilmi, dicapai 5 Februari 2015, http://www.kaheel7.com/ modules.php?name
=news&file =article&sid=360.
264
Rajah 4.1.2 : Komponen Prefrontal Cortex (Berwarna Kuning) Dikesan Aktif Menggunakan (fMRI).
Sumber: ‘Abd al-Da’im al-Kahil18, Michael Smith19
Menurut sekumpulan penyelidik dari American Society of Neuroradiology (ASNR) Washington yang diketuai oleh Scott Faro20, dalam kes-kes tertentu Functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI) adalah merupakan teknologi baru yang mampu mengesan penipuan manusia. Imbasan fMRI terhadap komponen otak menunjukkan perbezaan signifikan terhadap corak pada bahagian Prefrontal Cortex. Malah komponen Cingulate, Limbic Lobe, dan Inferior Frontal Region dilihat aktif ketika proses penipuan berlaku (Rujuk rajah 4.1.3). Sebaliknya komponen ini tidak aktif ketika subjek eksperimen berada dalam situasi benar. Ini kerana ketika proses penipuan atau pendustaan dilakukan, komponen yang terlibat dalam Prefrontal Cortex berperanan
18 Ibid.
19 Michael Smith, “The Truth Is Out There: fMRI Uncovers Human Deception", dikemaskini 2013, laman sesawang AuntMinnie, dicapai pada 11 Februari 2015, http://www.auntminnie.com/index. aspx? sec=ser&sub= def&pag=dis&ItemID=58387.
20 Scott Faro adalah merupakan Pengarah Makmal Penyelidikan fMRI di Pusat Perubatan Universiti Drexel di Philadelphia. Ibid. Beliau juga adalah merupakan Pengarah Functional Brain Imaging Center and Clinical MRI, Diagnostic Neuroradiology di Pusat Perubatan Temple Universiti. Memiliki kepakaran yang tinggi dalam aspek neirologi dan fMRI. Malah beliau juga adalah merupakan Presiden American Society of Functional Neuroradiology. Laman sesawang School of Medicine Tample University, dicapai pada 28 April 2015. http://www.temple.edu/medicine/faculty/f/faro.asp?pms =%28faro%20SH[au%29.
265
menilai persoalan, merancang jawapan dan memanipulasi kebenaran21. Justeru, komponen yang aktif ketika penipuan berlaku dapat dikesan melalui imbasan fMRI.
Rajah 4.1.3 : Komponen Yang Aktif Dikesan Ketika Proses Penipuan Berlaku Menurut Scott Faro.
Sumber : Eric W. Dollan, 201322
Malah dapatan penelitian melalui ‘scanning’ fMRI ini ke atas personaliti subjek yang berbeza mengesan peningkatan dan tindak balas Prefrontal White Matter23 (Rujuk Rajah 4.1.4 dan Rajah 4.1.5), ketika subjek melakukan pendustaan (dalam kes ini merujuk kepada usaha penipuan)24.
21 Michael Smith, “The Truth Is Out There: fMRI Uncovers Human Deception". Lihat juga Robert T. Knight, Principles of Frontal Lobe Function (Oxford University Press, 2002), 22.
22 Laman sesawang Social Psychology Research - PsyPost, dicapai pada 11 Februari 2015, http://www. psypost.org/2013/07/teens-self-consciousness-linked-to-the-medial-prefrontal-cortex-18918. Lihat juga Leah H. Somerville et al., “The Medial Prefrontal Cortex and the Emergence of Self-Conscious Emotion in Adolescence”, Journal of Psychological Science 26 (June 2013). Doi: 10.1177/09567976 13475633.
23 Prefrontal White Matter adalah merupakan gentian saraf yang menghubungkan sel-sel saraf dalam sistem saraf otak manusia.
24 Penemuan ini dijalankan oleh sekumpulan penyelidik meliputi pakar psikologi, radiologi dan perubatan daripada Universiti Southern California dan Institut Perubatan David Geffen UCLA Los Angeles terhadap 108 subjek (sukarelawan) yang memiliki personaliti berbeza. Daripada keseluruhan subjek kajian ini, seramai 10 orang subjek terdiri daripada orang yang memiliki sifat suka berbohong (Pathological liars), 14 orang subjek yang memiliki sifat tidak suka bergaul (Antisocial controls), dan 20 orang subjek yang normal (Normal controls) didapati memberikan penemuan terhadap eksperimen yang mengesan ‘bentuk penipuan’ yang dilakukan melalui imbasan Functional Magnetic Resonance
Rajah 4.1.4 : Kedudukan Prefrontal White Matter.
Sumber: Anatomy & Physiology25
Rajah 4.1.5 : Penemuan Hasil Penyelidikan Saintifik Yaling Yang et al.
Sumber: Yaling Yang, 200726.
Rajah 4.1.5 menunjukkan ‘penipuan’ dapat dikesan terhadap ketiga kumpulan yang memiliki personaliti berbeza. Dapat dilihat bahawa, subjek kajian yang memiliki personaliti ‘pathological liars’ dikesan mengalami pertambahan dan tindak balas yang tinggi pada Prefrontal White Matter yang merupakan komponen dalam bahagian Prefrontal Cortex atau disebut sebagai Nasiyah. Hal ini menunjukkan hubung kait erat
Imaging (fMRI). Yaling Yang et al., “Localisation of increased prefrontal white matter in pathological liars”, British Journal of Psychiatry 190, Issue 2 (2007), 174-175. Doi: 10.1192/bjp.bp.106.025056. Lihat juga kajian Sean A. Spence, “Prefrontal white matter – the tissue of lies?”, British Journal of Psychiatry 187, Issue 4 (2005), 326-327, DOI: 10.1192/bjp.187.4.326.
25 Laman sesawang Open Stax CNX, dicapai pada 12 Februari 2015, http://cnx.org/contents/14fb4ad7- 39a1-4eee-ab6e-3ef2482e3e22@7.1:88/Anatomy_&_Physiology.
26 Yaling Yang et al., “Localisation of increased prefrontal white matter in pathological liars”.
terhadap pentafsiran sebahagian ulama dan menjadi bukti kebesaran Allah SWT terhadap hikmah penggunaan kalimah Nasiyah dalam ayat ini. Penemuan ilmiah ini turut disokong oleh Daniel G. Amen seorang pakar psikiatri dan neurologi melalui penyelidikan saintifik beliau yang mengesahkan bahawa pengimejan terhadap otak manusia menggunakan teknologi terkini seperti fMRI mampu mengesan visual dan implikasi buruk terhadap kemampuan otak yang berlaku akibat daripada perilaku negatif27.
Zaghlul al-Najjar menyifatkan signifikan dalam konteks ‘ilmi penggunaan kalimah Nasiyah adalah untuk menunjukkan kepada manusia bahawa larangan Allah SWT terkandung hikmah28 ; memelihara akal (tabii) dan kehidupan (sosial) daripada implikasi negatif yang dikesan pada Prefrontal Cortex29 akibat mendustakan perintah Allah SWT. Malah penemuan ini juga memberikan petanda terhadap hikmah tersirat pertanyaan daripada firman Allah SWT dalam ayat 13 dalam Surah al-‘Alaq bermaksud
27 Daniel G. Amen adalah merupakan seorang Profesor dalam bidang psikiatri dan neurologi yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau banyak melakukan penyelidikan khususnya mengenai gangguan yang berlaku dalam otak manusia, dan diiktiraf antara penulis prolifik yang berpengaruh dalam bidang kajian otak manusia. Antara karya beliau yang terkenal ialah ‘Change Your Brain, Change Your Life: The Breakthrough Program for Conquering Anxiety, Depression, Obsessiveness, Anger, and Impulsiveness’. Beliau juga merupakan Felo Kehormat di Persatuan Psikiatri Amerika dan juga merupakan Profesor psikiatri dan tingkah laku manusia di Universiti California. Beliau boleh dirujuk melalui laman sesawang rasmi di http://www.amenclinics.com/. Daniel G. Amen, “Change Your Brain, Change Your Life: The Breakthrough Program for Conquering Anxiety, Depression, Obsessiveness, Anger, and Impulsiveness Chapter 13, Hachette Digital, h. 287”, laman sesawang amenclinics.com, dicapai pada 11 Mei 2015, http://www.amenclinics.com/. Neely Tucker, “Daniel Amen is the most popular psychiatrist in America. To most researchers and scientists, that’s a very bad thing”, dikemaskini 2012, laman sesawang Washington Post Magazine. Dicapai pada 11 Mei 2015, http://www.washingtonpost.com/lifestyle/magazine/daniel-amen-is-the-most-popular-psychi atrist-in-americato-most-researchers-and-scientists-thats-a-very-bad thing/2012/08/07/467ed52c- c540-11e1-8c16-5080b717c13e_story.html. Thornton dan David Johnson, Practical Neuroscience and Brain-Based Self-Help - Brain Culture: Neuroscience and Popular Media (New Brunswick: Rutgers University Press, 2012), 64. Ann Johanson, “Can Daniel Amen Read Your Mind?”, laman sesawang The Daily Best, dicapai pada 11 Mei 2015, http://www.thedailybeast.com/articles/ 2012/12/14/can-daniel-amen-read-your-mind.html.
28 Zaghlul al-Najjar, Tafsir al-Ayah al-Kawniyyah fi al-Qur’an al-Karim (Qaherah: Maktabah al-Shuruq al-Dawliyyah, 2007), 4:550.
29 Ibid., 548.
; “Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan serta ia
berpaling ingkar?”30. Malah al-Sha‘rawi juga telah mengatakan dengan jelas bahawa kompleksiti al-Qur’an telah mendedahkan pelbagai rahsia (ghaib) yang terdapat dalam diri manusia. Pengetahuan ini tidak akan diketahui melainkan usaha memahami maksud tersirat al-Qur’an dengan kombinasi ilmu yang membantu ke arah penemuan tersebut31.
Bertitik tolak daripada penemuan saintifik menggunakan teknologi fMRI, figura intelektual turut menemui dapatan terkini bagi mengesahkan uji kaji ini. Misalnya, beberapa ujian klinikal menggunakan teknologi Transcranial Direct Current Stimulation (tDCS) telah membawa kepada penemuan isyarat gelombang yang dikesan daripada Anterior Prefrontal Cortex (aPFC). Isyarat ini dikenal pasti terhasil daripada tindak balas pengecutan pada komponen aPFC ketika eksperimen dilakukan terhadap subjek uji kaji yang didapati melakukan ‘penipuan’32. Selain itu, dua komponen kecil Prefrontal Cortex iaitu; Ventrolateral Prefrontal Cortex (yang terletak pada bahagian Inferior Frontal Gyrus) dan Dorsolateral Prefrontal Cortex33 (Rujuk Rajah 4.1.6) juga
30 Surah al-‘Alaq (96) : 13.
31 Lihat tajuk al-Qur’an Kashf Hijab al-Nafs al-Bashariyyah, Al-Sha‘rawi, al-Ghayb (Qaherah : Maktabah al-Sha‘rawi al-Islamiyyah, t.t.), 39-40.
32 Melalui kajian ini, seramai 44 sukarelawan yang sihat telah diuji melalui satu uji kaji eksperimen ‘pencurian’ dan melalui saringan ‘Guilty Knowledge Test’. Ketika eksperimen dilakukan, rangsangan dan pengesanan melalui Cathodal, Anodal, atau Sham tDCS dijalankan ke atas setiap sukarelawan. Lihat Ahmed A. Karim et al., “The Truth about Lying: Inhibition of the Anterior Prefrontal Cortex Improves Deceptive Behavior”, Oxford Journals, Medicine & Health & Science & Mathematics, Cerebral Cortex v. 20, Issue 1, Oxford: Oxford University Press (Januari 2010), 205-213. Doi: 10.1093/cercor/bhp090.
33 Penemuan ini dikesan melalui eksperimen yang berbeza yang dilakukan terhadap 15 orang sukarelawan. Sila rujuk dapatan Alberto Priori et al., “Lie-Specific Involvement of Dorsolateral Prefrontal Cortex in Deception”, Oxford Journals, Medicine & Health & Science & Mathematics, Cerebral Cortex v. 18, Issue 2, Oxford: Oxford University Press (Februari 2008), 451-455. Doi: 10.1093/cercor/bhm088.
dikesan ‘aktif’ ketika seseorang sedang melakukan penipuan. Justeru penemuan ini mengukuhkan lagi dapatan yang menggunakan teknologi fMRI34.
Rajah 4.1.6 : Ventrolateral Prefrontal Cortex dan Dorsolateral Prefrontal Cortex
“The main effect of lying revealed significant activation of ventrolateral prefrontal cortice...”.35
Sumber: Spence SA, et. al., (2008)36, Alberto Priori et. al, (2008),Simon Moss (2008)37.
Melalui perincian data korpus di atas, pengkaji menetapkan satu tesis bahawa komponen Nasiyah yang ditafsirkan oleh al-Sha‘rawi dan dikukuhkan lagi menerusi pandangan sarjana seperti al-Razi , al-Alusi, al-Maraghi, Sayyid Qutb dan al-Tha‘alabi bukan sekadar menunjukkan isu ini meliputi gambaran kisah seksaan dan kisah Abu Jahal38, sebaliknya terkait korelasi saintifik menerusi frasa ‘otak sebagai pusat terpenting akal manusia berfikir dan membuat keputusan’. Ia ditemui menerusi
34 Spence SA et al., “Speaking Of Secrets And Lies: The Contribution Of Ventrolateral Prefrontal Cortex To Vocal Deception”, NeuroImage, v. 40, Issue 3, Amsterdam: Elsevier Publishing (15 April 2008), 1411–1418. Doi:10.1016/j.neuroimage.2008.01.035.
35 Ibid.
36 Ibid. Lihat juga laman sesawang The Brain, di bawah tajuk Models Of Spoken And Written Language Functions In The Brain, dicapai pada 11 Februari 2015, http://thebrain.mcgill.ca/flash/a/a_10/a_ 10_cr/ a_10_cr_lan/a_10_cr_lan.html.
37 Simon Moss, “Dorsolateral prefrontal cortex”, laman sesawang Psych-IT, dikemaskini 2008, dicapai pada 11 Februari 2015, http://www.psych-it.com.au/Psychlopedia/article.asp?id=191.
38 Zaghlul al-Najjar, Tafsir al-Ayah al-Kawniyyah fi al-Qur’an al-Karim, 550.
penemuan tindak balas aktif pada komponen-komponen kecil pada Prefrontal Cortex, Prefrontal White Matter melalui imbasan fMRI. Malah pengesanan melalui teknologi tDCS terhadap pengecutan yang akan menjejaskan saraf dan kemampuan otak berlaku pada komponen Anterior Prefrontal Cortex, Ventrolateral Prefrontal Cortex dan Dorsolateral Prefrontal Cortex. Hal ini mengukuhkan kenyataan bahawa “Ubun-ubun (Nasiyah) orang yang berdusta, yang bersalah” yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya adalah bermaksud; perbuatan dan perkataan dusta akan memberikan implikasi negatif terhadap otak manusia khususnya pada bahagian Prefrontal Cortex seperti yang telah dijelaskan sebelumnya. Kerana komponen ini memainkan peranan penting memproses maklumat sebelum manusia membuat keputusan secara verbal dan bukan verbal. Justeru, penemuan semasa ini telah membuktikan percakapan dan perbuatan dusta juga memberikan kesan tabii pada jasad manusia.
Oleh yang demikian, sintesis ini bukan sekadar mendedahkan rahsia dan kemukjizatan leksikal pada kalimah خاطئة كاذبة ناصية, malah menjelaskan maksud di sebalik pemilihan kalimah dalam konteks implikasinya. Dalam erti kata lainnya, hikmah pada tekstual dan fungsional kalimah al-Qur’an yang difirmankan dalam bentuk ‘qawli’ mengandungi erti kebaikan dan kesan keburukan (akibat melakukan pendustaan). Ia perlu direnung menggunakan akal agar ia akan memperlihatkan pesona Ilahi sebagai pelajaran. Dengan penemuan ini manusia akan lebih memahami sebab musabab setiap arahan dan tegahan memiliki hikmah tersendiri, menepati objektif keperluan dan kemaslahatan manusia.
- Saintifik Ketuhanan Pada Surah Al-Sajadah Ayat 9.
ۚ قالِياًل َّما تا ْش ُكُرو ان ﴿9﴾
اصاار اواْْلافْئِ اداة
او اجاع ال لا ُك ُم ال َّس ْم اع اواْْلابْ
Maksudnya: “Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
Surah al-Sajadah (32) : 9
Saintifik ketuhanan ayat 9 dalam Surah al-Sajadah ini adalah merujuk kepada penelitian aspek kekuasaan Allah SWT pada kalimah al-Sam‘a (ْمع َّس ال) dan al-Absar (اصاار اْْلابْ). Iaitu sebuah penelitian kesarjanaan terhadap i‘jaz dan hikmah yang terkandung di dalam kedua-dua kalimah ini. Umum mengetahui bahawa deria pendengaran dan penglihatan adalah merupakan pancaindera terpenting dalam diri manusia, dan merupakan elemen utama untuk manusia menyempurnakan matlamat39 penciptaan di dunia.
Perincian mendapati, wujudnya falsafah al-Qur’an tersendiri apabila kalimah ini sering kali diulang secara beriringan dalam pelbagai frasa yang menunjukkan terminologi serta menjelaskan fungsional yang pelbagai. Al-Qur’an telah menyebut kalimah berkaitan ‘pendengaran’ sebanyak 182 kali40 dan kalimah mengenai
39 Lihat aspek hubungan Tuhan, manusia dan alam, Mohd Yusof Othman, Pengenalan Sains Tauhidik
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), 131-134.
40 Kepelbagaian frasa adalah seperti berikut;
السمع (12 kali), سمع (2 kali), تسمع (1 kali), سمعت sami‘at (1 kali), سمعتم (1 kali), سمعتموه (2 kali), سمعنا
(17 kali), سمعه (1 kali),سمعوا (6 kali), أسمع (1 kali), تسمع (4 kali), ولتسمعن (1 kali),تسمعوا (1 kali),
تسمعون (2 kali), نسمع (2 kali), يسمع (2 kali),يسمعها (2 kali), يسمعوا (1 kali),
يسمعون (17 kali), يسمعونكم (1
kali), اسمع (2 kali), اسمعوا (4kali), فاسمعون (1kali), أسمعهم (2kali), تسمع tusmi‘u (8 kali), يسمع yusmi‘u (1 kali), أسمع (2kali), يسمعون yassamma‘una (1 kali), استمع istama‘a (1kali), استمعوه (1kali), تستمعون (1kali), يستمع (3kali), يستمعون (6kali), استمع istami‘ (1kali), فاستمعوا (2kali), سمعا (2kali), سمعكم (2kali), سمعه sam‘ihi (1kali), سمعهم (5kali), سميع (43kali), سميعا (4kali), سماعون (4kali), بمسمع (1kali), مسمع (1kali),
penglihatan sebanyak 144 kali41 dalam pelbagai frasa yang membentuk makna dan fungsi yang tersendiri. Kedua-dua kalimah ini juga ditemui saling beriringan pada 19 tempat di dalam al-Qur’an, namun sebanyak 17 kali kalimah al-Sam‘a mendahului kalimah al-Absar42. Justeru itu, dalam bahagian ini analisis akan memfokuskan pada kalimah al-Sam‘a yang menjadi keutamaan dalam pengulangan ayat al-Qur’an. Untuk memahami ruang lingkup kajian dalam ayat ini, beberapa persoalan intelektual perlu diteliti, antaranya; Pertama, Mengapakah Allah SWT menyebut kalimah ini sentiasa beriringan di dalam al-Qur'an? Apakah signifikan dan hikmah di sebaliknya? Kedua, Apakah rahsia Allah SWT mendahulukan kalimah al-Sam‘a (ْمع َّس ال) kemudian disusuli dengan kalimah al-Absar (اصاار اْْلابْ)? Ketiga, Mengapakah kalimah al-Sam‘a disebut secara mufrad (kata tunggal) sebaliknya al-Absar dan al-Fu’ad disebut secara jama‘ (kata ganda)? Keempat, Adakah persoalan-persoalan ini memiliki hubung kait saintifik terhadap proses penciptaan pancaindera manusia? Sekali gus akan membuktikan bahawa keindahan retorik laras bahasa al-Qur’an dalam ayat berdimensi al-Rububiyyah ini terkait elemen ke arah kepatuhan yang meraikan ‘fitrah dan tabii’ manusiawi.
Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, analisis perbandingan data korpus dalam kalangan mufassir klasik dan moden dengan menjadikan pentafsiran al-Sha‘rawi sebagai model utama terhadap kerangka analisis. Selain itu, rumusan hubung kait yang
مستمعهم (1kali), مستمعون (1kali). Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi, al- Mu‘jam al-Mufahras li al-Faz al- Quran al-Karim (Beirut: Dar al-Ma‘rifah, 1996), 440-443, Bab “al-Sin”.
41 أبصر (1kali), أبصرنا (1kali), تبصر (1kali), تبصرون (9kali), يبصر (1kali), يبصرون (12kali), أبصر absir (3kali), أبصرهم (1kali), بصير (36kali), بصيرا (15kali), بصيرة (2kali), بصائر (5kali), تبصرة (1kali), مبصرا (3kali), مبصرون (1kali), مبصرة (3kali), مستبصرين (1kali), البصر (8kali), فبصرك (1kali), بصره (1kali), أبصار (18kali), أبصارا (1kali), أبصاركم (2kali), أبصارنا (1kali), أبصارها (1kali), أبصارهم (14kali), أبصارهن (1kali). Ibid., 148-150.
42 Mohammad Reza Rajabnejad, “A Study on the Value of Ear and Eye Based on Quran and Nahjolbalaghe Verses, and the Priority Philosophy of Hearing Sense Over the Vision”, Quran & Medicine Official Journal of Ministry of Health and Medical Education Iran, (2012), 9. Doi: 10.5812/quranmed.8958.
terdapat di dalam penemuan-penemuan intelektual moden juga akan diteliti. Hal ini sekali gus akan mendedahkan kemukjizatan dan rahsia yang terkandung pada kedua-dua frasa.
Perincian mendapati, pentafsiran al-Sha‘rawi dalam isu ini turut ditemui menerusi perbahasan yang beliau ketengahkan dalam Surah al-Mu’minun ayat 13 dan 1443 ketika memperincikan hikmah fasa penciptaan manusia. Pentafsiran beliau adalah seperti berikut;
“…. telah jelas dalam ayat ini (Surah al-Sajadah ayat 9) dalam kalangan para ulama dan ahli ilmu moden mengenai rahsia di sebalik penyusunan kalimah al-Sam‘a (ْمع َّس ال) dan al-Absar (اصاار اْْلابْ) dari aspek tempoh penciptaan dan waktu ia berfungsi. Kalimah pendengaran yang didahulukan berbanding penglihatan menunjukkan keutamaan pada fungsinya dan perkaitannya dengan kehidupan manusia, kerana penemuan ilmiah juga telah menemukan bahawa deria pendengaran adalah pancaindera terawal yang dicipta sejak di alam rahim dan berfungsi ketika bayi keluar dari perut ibunya. Sebaliknya penglihatan terbentuk dan berfungsi dalam tempoh beberapa hari selepas itu. Kepentingan dan fungsi pendengaran tidak terhenti sehingga manusia dalam keadaan tidur. Situasi ini dapat direnung pada kisah Ashab al-Kahfi, Allah SWT ‘menutup’ (هللا ضرب) pendengaran mereka daripada gangguan agar pemuda al-Kahfi dapat ‘ditidurkan’ dalam tempoh yang lama. Kerana secara tabii, suasana sekeliling pasti mengganggu proses mereka ‘ditidurkan’. Malah wujud juga persoalan mengapakah al-Sam‘a disebut secara mufrad manakala al-Absar disebut dalam bentuk jama’? Inilah yang disebutkan sebagai keindahan bahasa al-Qur'an; gambaran secara teks menyerlahkan rahsia pada fungsinya sekali gus.44…”45
Berdasarkan pentafsiran di atas, pengkaji mendapati al-Sha‘rawi mengemukakan rahsia kekuasaan Allah SWT disebalik ayat penciptaan sebahagian anggota badan
43 Al-Sha‘rawi, Mu‘jizah al-Qur'an (Qaherah: Akhbar al-Yawm, t.t.), 1:93-95.
44 Lihat Surah al-Kahfi ayat 11. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi (Qaherah: Akhbar al-Yawm, 2008), 19:11808.
45 Ibid., 11807-11813.
manusia. Beliau meyakini bahawa kalimah al-Sam‘a yang didahulukan memiliki hikmah dan makna leksikal sekaligus menjelaskan fungsinya secara tabii. Melalui frasa “....Kalimah pendengaran yang didahulukan berbanding penglihatan menunjukkan keutamaan pada fungsinya dan perkaitannya dengan kehidupan manusia....”, analisis akan dilakukan dengan melihat perincian mufassir klasik serta idea kontemporari daripada sarjana moden terpilih untuk menyokong dan membuktikan korelasi yang dikemukakan seperti dalam pentafsiran di atas.
Ketika merujuk pandangan kesarjanaan mufassir dan beberapa tokoh terpilih mengatakan, susunan kalimah ini jelas mendedahkan i‘jaz al-Qur’an menerusi pengamatan pada ilmu munasabat al-Qur’an seperti yang diketengahkan oleh al- Biqa‘i46 dan ilmu nazm al-Qur’an yang turut diperincikan oleh Ahsan Islahi47, kerana terdapat keserasian dengan ayat sebelum dan selepasnya48 dan kesesuaian pada fungsinya.
Malah hikmah pada kalimah al-Sam‘a di dahulukan49 berbanding kalimah al- Absar menunjukkan fungsi dan keutamaan al-Sam‘a adalah lebih besar50 yang perlu
46 Abu al-Qasim al-Husayn bin Muhammad al-Raghib al-Asfahani, Mu'jam Mufradat al-Alfaz al-Qur’an (Beirut: Dar al-Fikr, 2009), 371. Lihat juga al-Imam Badr al-Din Muhammad bin Abd Allah bin Bahadar al-Zarkashi, al-Burhan fi 'Ulum al-Qur'an (Qaherah: Dar al-Turath, t.t.), 1:35.
47 Beliau adalah Amin Ahsan Islahi, seorang ulama' dari benua India. Beliau dilahirkan pada tahun 1904 di sebuah kampung kecil bernama Bamhur di Azamgargh, Uttar Pradesh, India dan wafat pada tahun 1997. Beliau terkenal dengan karya tafsirnya Tadabbur al-Qur’an, berasaskan kepada idea gurunya Hamid al-Din Farahi. Tafsir tersebut selesai ditulis pada 2 Ogos 1980, setelah 22 tahun. Lihat Shehzad Saleem, "A Brief Biographical Sketch of Islahi," laman sesawang Renaissance, dicapai 9 Mac 2015, http://renaissance.com .pk/ jafel iwo98 . html.
48 Al-Suyuti, Tanasuq al-Durar fi Tanasub al-Suwar (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.), 58.
49 Dalam al-Qur’an, sebanyak 20 tempat السمع mendahului البصر, contohnya dalam Surah al-Baqarah ayat 7, 11 tempat dalam al-Qur’an السميع mendahului البصير, misalnya Surah al-Insan ayat 2.
50 Idea ini turut dipelopori oleh al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani (Beirut: Dar Akhbar al-Turath al-‘Arabi, t.t.), 21:124. Al-Razi, Tafsir Mafatih al-Ghayb (Beirut: Dar al-Fikr, 1981), 25:125-126. Abu Hayyan, al-Bahr al-Muhit (Beirut: Dar al-Kutub al-
direnungkan sesuai dengan perkembangan intelektual manusia51. Ibn Qutaybah menjelaskan keutamaan ini dengan mengatakan; العقل ذهاب السمع ذهاب ; jika hilang pendengaran hilanglah akal (kefahaman)52 . Sebaliknya Ibn al-Qayyim menyifatkan kedua-dua kalimah ini memiliki fungsi tersendiri, akan tetapi al-Sam‘a itu sifatnya lebih luas dan menyeluruh (وأشمل أعم)53.
Menyentuh aspek ini, al-Razi mengkhususkan bahawa pada kebiasaan tabii manusia, deria pendengaran memainkan fungsi utama dan pertama dalam memahami sesuatu maklumat sebelum wujudnya interpretasi yang menghasilkan sudut pandangan (basirah) yang membawa kepada penilaian akal (af’idah) untuk memahami hal tersebut dengan lebih mendalam54.
Keutamaan deria pendengaran ini juga dapat dilihat melalui hubung kait komponen pendengaran dengan akal manusia yang telah disebut di dalam Surah al- Mulk ayat 10 yang bermaksud; “Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar (نسمع) dan memahami (نعقل) (sebagai orang yang mencari kebenaran),
tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”55. Kombinasi ini menunjukkan korelasi erat deria pendengaran sebagai wasilah memahami sesuatu
‘Ilmiyyah, 1993), 7:194. Ibn ‘Ashur, al-Tahrir wa al-Tanwir j. 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.), 1:151. Al-Samarqandi, Bahr al-‘Ulum (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.), 2:297.
51 Al-Alusi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, 124, Abu Hayyan, al-Bahr al-Muhit, 194. Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim (Beirut: Dar al-Taybah li al- Nashr wa al-Tawzi’, 1999), 11: 92.
52 Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur'an (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2006), 13:220-221.
53 Al-Imam Badr al-Din Muhammad bin Abd Allah bin Bahadar al-Zarkashi, al-Burhan fi 'Ulum al- Qur'an, 1:35.
54 Al-Razi, Tafsir Mafatih al-Ghayb, 125-126.
55 Surah al-Mulk (67) : 10.
perkara56. Pakar psikologi juga mengesahkan bahawa deria pendengaran memberikan impak yang lebih besar berbanding deria penglihatan dalam proses pembelajaran dan pemahaman57.
Malah peristiwa Ashab al-Kahf yang ‘ditidurkan’58 oleh Allah SWT terkait hikmah pada kalimah al-Sam‘a, serta menyerlahkan hubungan manusia dengan alam sekeliling, kerana secara logik tabii manusia, bagaimanakah Ashab al-Kahf mampu ‘tidur’ dalam tempoh yang lama sedangkan pada masa yang sama terdapat gangguan persekitaran? Malah menafikan fungsi telinga sebagai deria yang sentiasa berfungsi menerima audio sekalipun dalam keadaan tidur59. Dalam hal ini Allah SWT membuktikan kekuasaannya melalui firman-Nya; 60عددا سنين الكهف في آذانهم على فضربنا. Kalimah ‘daraba’ dalam ayat ini bermaksud menutup, menahan dan menghalang pendengaran daripada mendengar bunyi sekeliling61. Sekiranya Allah SWT tidak ‘menutup’ pendengaran pemuda al-Kahfi yang dirakamkan kisahnya secara terperinci dalam Surah al-Kahfi, maka matlamat utama kisah ini tidak akan tercapai kerana fungsi tabii deria pendengaran manusia sentiasa berfungsi sepanjang masa (The ear can hear
56 Lihat juga Surah al-Nur ayat 51 yang menyebut al-Sam‘a bermaksud al-Fahm wa al-al-Tadabbur.
57 Bushra Akram et al., “Scientific Concepts of Hearing and Deaf Students of Grade VIII”, Journal of Elementary Education v. 23, Issue. 1, University of The Punjab (2013), 4-7. Anne Mette Rekkedal, “Assistive Hearing Technologies Among Students With Hearing Impairment: Factors That Promote Satisfaction”, Journal of Deaf Stud. Deaf Educ. (2012), Doi: 10.1093/deafed/ens023.
58 Lihat Surah al-Kahfi ayat 9-18.
59 Berdasarkan kajian saintifik, ‘…deria pendengaran sentiasa berfungsi tanpa henti, sebaliknya deria penglihatan terhenti apabila apabila berada dalam keadaan gelap (tanpa cahaya) dan dalam keadaan tidur…’. Mohammad Reza Rajabnejad, “A Study on the Value of Ear and Eye Based on Quran and Nahjolbalaghe Verses, and the Priority Philosophy of Hearing Sense Over the Vision”, 10. Lihat juga Al-Sha‘rawi, Mu‘jizah al-Qur'an, 56-57.
60 Surah al-Kahfi (18) : 11.
61 Seperti yang pernah disebut dalam riwayat al-Zujaj dan Ibn ‘Abbas. Al-Maraghi, Tafsir al-Maraghi (Qaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1946), 15:121-124. Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al- Qur’an (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2006), 13:220-221. Al-Sha‘rawi, Mu‘jizah al-Qur’an, 94.
the sound in sleep or even when one is unconscious)62. Dalam hal ini al-Sha‘rawi mengatakan:
“…penekanan pada deria pendengaran jelas menunjukkan kepentingannya. Deria yang sentiasa berfungsi setiap masa berbeza dengan deria penglihatan, kerana kewujudan kelopak mata memberikan manusia pilihan sama ada untuk melihat atau tidak. Sebaliknya Peristiwa Allah SWT ‘menutup’ deria pendengaran pemuda al-Kahfi menjadi bukti ia sudah memadai untuk memisahkan manusia dengan alam dunia, tanpa perlu menghilangkan deria penglihatan hatta mencabut nyawa…”63
Selain itu, cakupan pentafsiran ‘ilmi pada persoalan taqdim al-Sam‘a ‘ala al- Absar menemui hikmah lain antaranya; Pertama, dengan meneliti fasa penciptaan pancaindera pendengaran dan penglihatan. Kedua, pengamatan terhadap kedudukan komponen otak yang mengawal selia fungsi pendengaran. Kerana kedua-dua penemuan ini memiliki perkaitan pada susunan kedua-dua kalimah yang menjadi fokus kajian.
Berdasarkan penemuan ahli fisiologi dan embriologi terhadap fasa kejadian manusia menemui deria pendengaran (sense of hearing) adalah merupakan komponen terawal yang terbentuk berbanding deria penglihatan (sense of seeing)64. Proses kejadian ini bermula di alam rahim, iaitu pada akhir fasa pembentukan ‘alaqah (segumpal darah) dan di awal perkembangan mudghah (seketul daging), iaitu sekitar hari ke- 25 dari usia janin. Pada minggu ke-4, proses pembentukan ‘الوسطى األذن - middle ear’. Manakala proses pembentukan ‘الخارجية األذن - external ear’ berlaku pada minggu ke-
5. Ketika berusia 6 hingga 8 minggu, pembentukan األذن صيوان (auricle), األذن قوقعة
62 Mohammad Reza Rajabnejad, “A Study on the Value of Ear and Eye Based on Quran and Nahjolbalaghe Verses, and the Priority Philosophy of Hearing Sense Over the Vision”, 10.
63 Al-Sha‘rawi, Mu‘jizah al-Qur’an, 57.
64 Antara signifikan Taqdim al-Sam‘a ‘ala al-Absar.
(cochlea), والتوازن السمع (hearing and balance) dan pada minggu ke-10 komponen الشعيرات السمعية (audio capillaries) terbentuk65.
Proses penyempurnaan kejadian deria pendengaran ini akan berterusan sehingga membentuk deria pendengaran yang sempurna, iaitu kira-kira sebelum bayi berusia 4 bulan di dalam kandungan. Ini kerana, pendengaran manusia mula aktif ketika bayi berusia 4 bulan66 apabila setiap komponen penting yang terdapat dalam inner ear, middle ear dan external ear sempurna. (Lihat Rajah 4.1.7) berbeza dengan deria penglihatan yang terbentuk agak lambat dan hanya aktif dalam beberapa hari selepas bayi dilahirkan67. Dalam tempoh ini bayi dalam kandungan mampu mendengar bunyi degupan jantung ibunya dan bunyi sekeliling68. Oleh sebab itu pendedahan bunyi yang mampu merangsang tumbesaran fizikal dan mental bayi amat sesuai pada waktu ini69. Justeru, dapatan ini menyerlahkan hikmah deria pendengaran didahulukan berbanding penglihatan.
65 Zaghlul al-Najjar, Tafsir al-Ayah al-Kawniyyah fi al-Qur’an al-Karim (Qaherah: Maktabah al-Shuruq al-Dawliyyah, 2007), 3:71. Esmalizadeh Mahdi et al., “Developmental biology in Holy Quran”, Journal of Physiology and Pathophysiology v. 3, Issue 1 (2012), 2. Doi: 10.5897/JPAP11.023.
, “Holy Quran, New Sciences and Development of Human Embryo”, Webmed Central Embryology v. 2, Issue 9 (2011), WMC002260.
66 Penemuan ini turut diperakui oleh Muhammad Jamil al-Hibal. Beliau adalah merupakan seorang doktor pengamal perubatan yang berkhidmat di Hospital Malik Fahd Arab Saudi. Lihat Muhammad Jamil al-Hibal, “al-Sam‘a al-Absar al-Af’idah – Dirasah Qur’aniyyah Tibbiyyah”, laman sesawang International Institute for Quran Miracle, dikemaskini 2008, dicapai pada 10 Mac 2015, http://iiquran.com/view _article.php?newsnumber=7&title=,واالفئدة واالبصار السمع.
67 Ibid. lihat juga Ahmad Sonhadji Mohamad, ‘Abr al-Athir : Tafsir al-Qur’an di Radio (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, t.t.), 19: 3985-3986.
68 Muhammad Jamil al-Hibal, “al-Sam‘a al-Absar al-Af’idah – Dirasah Qur’aniyyah Tibbiyyah”.
69 Montazer, Islamic Medicine, Health Treasure (Tehran: Nasl eNikan, t.t.), 182. Mohammad Reza Rajabnejad, “A Study on the Value of Ear and Eye Based on Quran and Nahjolbalaghe Verses, and the Priority Philosophy of Hearing Sense Over the Vision”, 10.
Rajah 4.1.7 : Struktur Deria Pendengaran Manusia
Sumber: Mawsu‘ah Tibbiyyah ‘Arabiyyah70
Menurut Muhammad Jamil al-Hibal, hikmah taqdim al-Sam‘a ‘ala al-Absar terangkum petunjuk dalam ilmu neurologi. Kerana penemuan semasa mengesahkan kedudukan komponen otak yang mengawal selia fungsi pendengaran manusia terletak pada bahagian hadapan (Temporal Lobe), manakala bahagian yang mengawal penglihatan manusia terletak pada bahagian belakang (Occipital Lobe), (Lihat Rajah 4.1.8). Daripada dapatan ini timbul pernyataan; Pemilihan kalimah dalam al-Qur’an bukan sekadar memberikan erti tertentu secara harfiah, sebaliknya mengandungi perkaitan mengenai aspek kedudukan antara makna teks, konteks dan fungsi71.
70 Laman sesawang Mawsu‘ah Tibbiyyah ‘Arabiyyah, dicapai pada 9 Mac 2015, http://www.123esaaf. com/Atlas/Ear_08.png.
71 Kenyataan yang hampir sama juga pernah dikemukakan oleh Toshihiko Izutsu ketika beliau mengkaji hubungan Tuhan, Manusia dan Alam dalam al-Qur’an menerusi perspektif semantik kalimah al- Qur'an. Toshihiko Izutsu adalah merupakan seorang ilmuan tersohor berasal dari Jepun, menguasai lebih daripada 20 bahasa asing dan individu pertama yang diiktiraf oleh Sayyed Hossein Nasr sebagai sarjana ulung yang mengkaji tentang Islam dari sudut pandang bukan Islam dan bukan Barat. Ahmad Sahidah Rahem, Tuhan, Manusia dan Alam dalam Al-Qur'an: Pandangan Toshihiko Izutsu (Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2014), 28.
Rajah 4.1.8 : Struktur Otak Yang Mengawal Deria Pendengaran Manusia
Sumber: The Brain72
Selain itu, perbezaan pada struktur dan frasa kedua-dua kalimah juga menyerlahkan i‘jaz pada ayat ini, kerana kalimah al-Sam‘a (yang berbentuk masdar dan mufrad) dan al-Absar (berbentuk isim dan jama‘) telah menjelaskan fungsional organ deria ini dalam perspektif ilmu saintifik73. Menurut Shaykh ‘Assam Soleh al- ‘Uwayd74, wujudnya keserasian pada kalimah makna dalam ayat ini, contohnya; al- Absar dan al-Af’idah (penglihatan dan hati/akal fikiran) fitrahnya kembali kepada ‘Ikhtiyar al-Insan’ atau pilihan manusia. Kerana manusia diberikan pilihan untuk melihat dan memikirkan sesuatu perkara tanpa wujudnya paksaan. Sebaliknya al-Sam‘a (pendengaran) pula merupakan pancaindera yang tiada pilihan (La Iradiyah) dalam aspek bagaimana ia berfungsi75. Hal ini juga berkaitan dengan hikmah yang terdapat
72 Laman sesawang Dynamic Brain Solution, dicapai pada 10 Mac 2015, http://www.brainbased behaviorcenters.com/.
73 Muhyiddin Darwish, I‘rab al-Qur’an wa Bayanihi (Suriyyah: Dar Irshad li Shu’un al-Jami‘ah, t.t.), 1:29. ‘Ali al-Najdi Nasif, Ma‘a al-Qur’an al-Karim fi Dirasah [Fasl bayn al-Sam‘a wa al-Basar] (Beirut: Dar al-Ma‘arif, t.t.), 61.
74 Shaykh ‘Assam Soleh al-‘Uwayd, “Limaza Ata al-Sam’ Mufaradan wa al-Absar Jam’an fi al-Qur'an”, lihat laman sesawang Multaqa Ahl al-Tafsir, dikemaskini 2010, dicapai pada 2 Mac 2015, http://vb.tafsir.net/tafsir 19851/#.VOrEuS5zujZ.
75 Ibid. lihat juga Al-Sha‘rawi, Mu‘jizah al-Qur'an, 1: 93-95.
pada ayat 30 Surah al-Nur dan hadith Rasulullah SAW yang menyeru menundukkan pandangan76.
Manakala dalam konteks penerimaan maklumat, deria pendengaran akan mampu mengakses dengan baik satu sumber audio sahaja. Sekiranya wujud pelbagai sumber audio dalam satu-satu masa, maka pendengaran manusia tidak akan mampu mengakses sumber tersebut dengan baik. Situasi ini berlaku dalam interaksi individu dengan individu atau kumpulan tertentu77. Hal ini berbeza dengan keupayaan penglihatan manusia untuk mengakses pelbagai sumber dalam satu-satu masa. Oleh sebab itu wujudnya gesaan daripada Rasulullah SAW untuk mendengar ucapan seseorang dengan bersungguh-sungguh apabila berlakunya interaksi dua hala78, kerana wujudnya hikmah dan munasabat dengan ayat ini. Malah apabila diteliti, pendengaran akan mampu memberikan kesan yang lebih mendalam kepada diri dan akal manusia79, Ibn ‘Ajibah membawa analogi bukti lisan Rasulullah SAW menjadi legasi ampuh pada awal perkembangan dakwah Islam80.
76 Allah Berfirman: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Surah al-Nur (24) : 30.
Lihat hadith mengenai seruan menjaga pandangan. Imam Muslim, Sahih Muslim (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, t.t.), 3:1675 (Kitab al-Adab, Bab al-Nahy al-Julus fi al-Tariqat).
77 Aspek ini juga telah diperincikan dalam sebuah kompilasi kajian berjudul Basic Aspect of Hearing, Moore B.C.J et al., Basic Aspect of Hearing: Physiology and Perception (New York: Springer- Verlag, 2013), 82. Doi. 10.1007/978-1-4614-1590-9. Lihat juga Stig Arlinger, “The emergence of Cognitive Hearing Science”, Scandinavian Journal of Psychology, v. 50, Issue 5 (2009), 371–384. Doi: 10.1111/j.1467-9450.2009.00753.x
78 Al-Nawawi, Riyad al-Solihin, “Kitab Adab, Bab Istihbab Tayyib al-Kalam wa Talaqah al-Wajh ‘inda
al-Liqa” (Beirut: Maktabah al-Islami, 1992), 299.
79 Al-Zindani dan ‘Adil al-Sa‘di, “al-I‘jaz al-‘Ilmi fi Taqaddum al-Sam’ ‘ala al-Basar”, lihat laman web rasmi Universiti al-Iman, Yaman Jami‘ah l-Iman, dikemaskini pada 2013, dicapai pada 6 Januari 2015, http://www.jameataleman.org/main/articles.aspx ?article_no=1670.
80 Ibn ‘Ajibah, Tafsir al-Bahr al-Madid fi Tafsir al-Qur’an al-Majid (Qaherah: Tubi‘a ‘ala Nafaqah
Hasan Zaki, 1999), 7:388-389.
Melalui analisis al-‘Ilmi mengenai kekuasaan Allah SWT yang tersurat di sebalik kalimah al-Sam‘a dan al-Absar di atas, menunjukkan penemuan terhadap kemukjizatan makna teks al-Qur’an dan perkaitan terhadap fungsinya. Fenomena yang turut diakui oleh sarjana lalu seperti al-Alusi, al-Razi, Ibn ‘Ashur, Abu Hayyan dan dikembangkan oleh al-Sha‘rawi menerusi perspektif i‘jaz ‘bayani dan i‘jaz ijtima‘i telah membuka laluan terhadap penelitian yang lebih rencam khususnya korelasi dengan penemuan moden. Hasilnya, penemuan mendapati hikmah susunan keutamaan komponen pendengaran dalam bentuk harfiah dalam ayat ini menunjukkan kepentingannya menerusi hubung kait dengan akal yang berhubung dengan kefahaman. Malah dibuktikan dengan senario interaksi antara Tuhan, manusia dan alam menerusi peristiwa Ashab al-Kahfi. Selain itu, penelitian pada fasa penciptaan deria pendengaran dan penglihatan menunjukkan keserasian pada turutan teks dan keutamaan pada fungsi, serta diperkukuhkan dengan korelasi dalam ilmu neurosains seperti yang dikemukakan pada rajah 4.1.8. Justeru itu, penelitian yang serius terhadap ayat al-Qur’an khususnya ayat berbentuk al-Rububiyyah akan mendedahkan rahsia kekuasaan ciptaan Allah SWT, hubungan harmoni dengan alam sekeliling dan keserasian terhadap tabii dan fitrah manusia.
No comments:
Post a Comment