Tuesday, July 2, 2019

ELEMEN SAINTIFIK DALAM TAFSIR AL- SHA‘RAWI

0 Comments

  1. BAHAGIAN  KEDUA:
  2. ELEMEN  SAINTIFIK DALAM 
  3. TAFSIR  AL-SHA‘RAWI

  1. Pengenalan


Pada bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan metode al-Sha‘rawi dalam pentafsiran saintifik al-Qur’an selain mengidentifikasikan elemen-elemen saintifik menerusi ayat-ayat terpilih yang dibahaskan oleh al-Sha‘rawi menerusi tafsir beliau.



  1. Metode Al-Sha‘rawi Dalam Pentafsiran Saintifik Al-Qur’an


Istilah metode dalam bahagian ini adalah merujuk kepada kaedah atau cara yang digunakan untuk memahami dan mencapai sesuatu tujuan131, atau juga diterjemahkan sebagai suatu sistem yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan132. Dalam erti kata lain, dapat dihuraikan sebagai suatu cara yang boleh menyingkap hakikat dalam suatu ilmu menerusi kaedah tertentu



130  Ibrahim ‘Abd al-‘Aziz, al-Sha‘rawi: al-Da‘iyah al-Mujaddid (Qaherah: Dar al-Diya’, 1992), 1.
131  Lihat Kamus Dewan, ed. ke-4, 1030, entri “metode”.
132  Zainal Abidin Safarawan, Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (Kuala Lumpur: Utusan Publication,


bertujuan melindungi perjalanan akal dan membatasi proses penggunaannya sehingga dapat mencapai hasil tertentu133.


Justeru apabila metode dikaitkan dengan mufassir, maka ia diterjemahkan oleh para ulama sebagai cara atau kaedah yang digunakan oleh pentafsir untuk menjelaskan dan menerangkan makna yang tersurat dan tersirat di dalam al-Qur’an, melalui pelbagai kaedah berdasarkan keilmuan seorang pentafsir. Dengan membuat kesimpulan, menghubung kait antara ayat-ayat al-Qur’an dengan kepelbagaian ilmu, mendatangkan riwayat, mengidentifikasikan mesej utama dan hikmah serta perkara-perkara yang melibatkan elemen ketuhanan, manusia dan alam sesuai dengan kecenderungan pemikiran pentafsir tersebut dan pengetahuan yang dimilikinya134.


Berdasarkan analisis rinci pengkaji, al-Sha‘rawi telah menggunakan metode “al- ‘Ilmi al-Naqli al-Ijtimaidalam berinteraksi dengan pentafsiran saintifik al-Qur’an. Walaupun beliau tidak pernah menyebut penggunaan metode ini secara khusus dalam tafsir beliau, namun berdasarkan kecenderungan kaedah yang beliau gunakan jelas menunjukkan al-Sha‘rawi telah mengaplikasikan metode ini135. Dan metode ini sekali gus mendedahkan secara rinci kredibiliti al-Sha‘rawi dalam menjelaskan ayat-ayat al- Qur’an yang mengandungi elemen saintifik.








133  ‘Abd al-Wahbah Abu Sulayman, Kitabah al-Bahth al-‘Ilmi (Jeddah: Dar Shuruq, 2000), 60.
134  Fadl Hassan ‘Abbas, al-Tafsir Asasiyyatuhu wa Ittijahatuhu (‘Amman: Maktabah Dandis, 2005), 33,
44. Muhammad Bakri Ismail, Ibn Jarir wa Manahijuhu fi al-Tafsir (Qaherah: Dar al-Manar, 1991), 3.
135 Situasi yang sama juga diungkapkan oleh Husayn al-Zahabi ketika meneliti metode para mufassir terdahulu. Kerana sebahagian mufassir yang menghasilkan karya tafsir tidak menyatakan metode yang digunakan secara khusus dalam penulisan mereka. Ia diketahui selepas analisis rinci yang dilakukan oleh ulama selepas mereka. Lihat Husayn al-Zahabi, al-Tafsir wa al-Mufassirun (Qaherah: Maktabah Wahbah, 2000), 1:147, 205, 275.


  1. Pengertian Perkataan al-‘Ilmi.



Perkataan “al-‘Ilmi” atau “saintifik”136 adalah merujuk kepada proses berfikir yang terhasil daripada penggunaan akal menerusi pembelajaran, pemerhatian, penaakulan, uji kaji dan sebagainya137. Dalam erti kata lain kalimah “al-‘Ilmi” mempunyai hubungan yang rapat dengan perkataan “’aqliyyah” atau “rasional” yang merujuk kepada pemahaman dengan menggunakan akal yang dipandu berdasarkan asas sesuatu ilmu pengetahuan138 yang membawa kepada terbentuknya pandangan  alam (world view)139.


Dalam hal ini, al-Sha‘rawi memiliki pandangan tersendiri mengenai akal, iaitu kebolehan memahami dan menguasai secara matang selepas terbentuknya pancaindera secara sempurna, kerana pembentukan kebolehan berfikir itu menurut beliau tidak akan terhasil dalam tempoh yang singkat, sebaliknya melalui suatu proses yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hal ini dikuatkan dengan melihat proses kejadian dan






136 Mohd Khairi Zainuddin et al., Kamus al-Miftah: Mu‘jam ‘Asri , c. 2 (Shah Alam: Al-Azhar Media Enterprise, 2008), 1208. Lihat entri “ علمي dan علمية”.
137 Perkataan al-‘Ilmi juga berasal daripada akar kata ‘ain-lam-mim’ yang diambil daripada perkataan ‘alamah, iaitu “tanda, petunjuk, atau petunjuk yang dengannya sesuatu atau seseorang dikenali; kognisi atau label; ciri; ciri; petunjuk; tanda”. Dengan demikian, ma‘lam (jamak: ma‘alim) bererti “tanda jalan” atau “sesuatu yang dengannya seseorang membimbing dirinya atau sesuatu yang membimbing seseorang”. Hal ini telah diperincikan oleh pengkaji dalam Bab 1 di bawah tajuk ‘Definisi Elemen Saintifik”.
138 Hal ini dapat diperhatikan secara rinci menerusi perbahasan yang dikemukakan oleh pengkaji dalam Bab 1 di bawah tajuk definisi ilmu dan definisi saintifik. Lihat juga Osman Bakar, Tawhid and Science Islamic Perspectives on Religion and Science, c. 2 (Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd., 2008), 52-53, Ehsan Masood, Science & Islam: A History (United Kingdom: Icon Books, 2009), 2, Hairudin Harun, Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, c. 3 (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2007), 5.
139 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam (Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2007), 42. Lihat juga Alparslan Acikgenc, Scientific Thought and Its Burden ; An Essay in the History and Philosophy of Science (Istanbul : Fatih Universiti Yyinlari, 2000), 26.
209


tumbesaran manusia yang unik melalui proses melihat, mendengar dan bergerak dan akhirnya terbitnya dalam diri sifat akal140.


Tambahan daripada itu, al-Sha‘rawi menyatakan manusia yang berakal (يعقلون) memiliki kedudukan yang istimewa berbanding manusia yang hanya sekadar mengetahui (يعلمون), kerana orang yang berakal adalah mereka yang menginterpretasikan kemampuan akal menerusi pemerhatian, tadabbur dalam setiap perkara dan menghasilkan natijah tertentu, berbeza halnya dengan mereka yang sekadar mengetahui, boleh jadi pengetahuannya itu berasal daripada orang lain yang telah berjaya membuat kesimpulan141. Justeru, jelas menunjukkan gerak kerja saintifik itu juga bukan hanya sekadar bersifat uji kaji, sebaliknya meliputi semua aspek proses berfikir142 seperti yang telah dibahaskan pada bab satu sebelumnya.


Oleh itu, definisi “al-‘Ilmi” atau “saintifik” yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah suatu proses tertentu menggunakan kaedah tertentu berdasarkan kefahaman khusus yang mendalam tentang kandungan ayat suci al-Qur’an, mengetahui maksud dan tujuannya berdasarkan kandungan nas dan apa-apa yang diterangkan oleh nas serta diperkuatkan menerusi penemuan ilmiah yang diakui kebenarannya dan tidak bertentangan dengan makna dan tujuan sebenar al-Qur’an143.




140  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 2:708-709.
141  Ibid.
142 Turiman et al., “Fostering the 21st Century Skills through Scientific Literacy and Science Process Skills.” Procedia - Social and Behavioral Sciences 59 (2012), 110–116. doi:http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro. 2012.09.253.,h.726. Laman sesawang Science Direct, dicapai pada 8 Ogos 2014, http://www. sciencedirect.com/science/article/pii
/S1877042812036944\nhttp://ac.els.cdn.com/S1877042812036944/1-s2.0-S1877042812036944main. pdf?_tid=4424a9aa-9bf0-11e2-9ee0. 00000aab0f01&acdnat=1364946881
_3bf4afb5b8dbd5df4ea11eb9ba344c05.
143 Fadl Hassan ‘Abbas, I‘jaz al-Qur’an al-Karim, 239. Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, I‘jaz al-Qur’an al-Bayani wa Dalailu Masdarahu al-Rabbani, 395-396


Perlu diambil perhatian, elemen “al-‘Ilmi” atau “saintifik” ini bukan hanya sekadar pentafsiran terhadap alam tabii semata-mata seperti yang difahami oleh sebahagian umat Islam, sebaliknya mencakupi pentafsiran ayat-ayat  al-Qur’an mengenai tema ketuhanan, alam semesta dan manusia. Justeru pentafsiran yang bersifat “al-‘Ilmi” atau “saintifik” dapat diterima apabila dilakukan oleh pentafsir yang telah memenuhi syarat-syarat sebagai ahli tafsir.


Sememangnya terdapat perselisihan di kalangan para ulama dan sarjana terhadap keharusan penggunaan elemen “al-‘Ilmi” atau “saintifik” dalam memahami al- Qur’an. Namun perselisihan tersebut hakikatnya meliputi aspek penyebutan sahaja dan tidak pada sisi kandungan maknanya. Ironinya, tidak wujud perselisihan pendapat tentang penggunaan akal atau hujah saintifik dalam mentafsirkan al-Qur’an apabila yang dimaksudkan adalah akal yang digunakan dengan benar; iaitu menepati kaedah bahasa Arab, sejajar dengan konteks al-Qur’an dan al-Hadith, memenuhi semua syarat dalam pentafsiran al-Qur’an serta hujah saintifik yang diakui kebenarannya berdasarkan disiplin ilmu144. Dalam hal ini, al-Qaradawi menjelaskan, walaupun penggunaan akal adalah diharuskan, sebaliknya sandaran kepada al-Naql (al-Qur’an dan al-Hadith) dalam setiap perbahasan perlu dititikberatkan145. Sekiranya akal digunakan dengan kaedah yang betul, sudah pasti tidak akan berlaku pertentangan antara al-‘Aql dan al-Naql146. Kendatipun sekiranya berlaku pertentangan (التعارض) antara konteks pemahaman bi al- ‘Aql dan bi al-Naql, sudah pasti keutamaan harus diberikan kepada pentafsiran bi al- Naql.



144 Musthafa Umar, “Metode “Aqliyyah Ijtimai‘yyah: Kajian Terhadap Tafsir al-Sha‘rawi” (Tesis Kedoktoran, Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009), 75. Lihat juga Al-Sha‘rawi, Mu‘jizat al-Qur’an, 1:22. Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al- Qur’an, 1:37-38.
145  Yusuf al-Qaradawi, al-Marji‘iyyah al-‘Ulya fi al-Islam (Qaherah: Maktabah Wahbah, 1992), 34.
146  Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Qur’an, 4:97.


  1. Pengertian Perkataan al-Naqli



Kalimah “al-Naqli” atau “dalil-dalil primer” bermaksud sumber-sumber sahih yang diperoleh daripada al-Qur’an dan al-Hadith. Ahli tafsir seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir dan Imam al-Suyuti menyatakan selain bersumberkan al-Qur’an dan al-Hadith, riwayat sahabat (athar)147 juga tergolong dalam aspek ini memandangkan para sahabat adalah orang yang paling mengetahui tentang al-Qur’an al-Karim selepas kewafatan Rasulullah SAW, atau sesuatu yang dikatakan oleh tabi‘in besar kerana biasanya mereka menerima perkara tersebut daripada sahabat148. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir dalam kalangan ulama tidak bersetuju memasukkan aqwal al-Tabi‘in di dalam pengertian ini149.


Adapun terminologi al-Naqli yang digunakan dalam kajian ini ialah merujuk kepada sandaran pentafsiran utama yang digunakan oleh al-Sha‘rawi dalam mentafsirkan al-Qur’an; iaitu walaupun perbahasan “al-‘Ilmi” atau “saintifik” mempelopori metode tafsiran beliau, manhaj al-Naqli tetap menjadi asas utama dalam setiap perbincangan, tunjang kepada setiap perbezaan pendapat khasnya dalam isu kontemporari serta penguat utama dalam pentafsiran bercorak saintifik, berbeza dengan segelintir pentafsir yang kadang kala mencampuradukkan riwayat yang lemah dan tidak konsisten dalam manhaj ma’thur. Seiring dengan hal ini, al-Qaradawi menegaskan




147 Al-Zahabi berpandangan, selain daripada riwayat sahabat yang bersumberkan kepada Rasulullah SAW, juga meliputi riwayat-riwayat sahabat daripada tafsir karangan mereka sendiri dan juga apa yang mereka ambil daripada ahli-ahli kitab dan ijtihad, kerana menurut beliau ia adalah metode terbaik dalam mentafsirkan al-Qur’an. Lihat Hussin al-Dhahabi, al-Tafsir wa al-Mufassirun, 1:35.
148 Ibn Taimiyyah, Muqaddimah fi Usul al-Tafsir, 41, Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, 5:15, al-Suyuti, al- Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an, 4:221, al-Naysaburi, al-Wasit fi Tafsir al-Qur’an al-Majeed (Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah, 1994), 1:7.
149  Mahmud Basyuni Fawdah, al-Tafsir al-Mawdui wa Manhaj al-Haq fi Hidayah al-Khalq (Qaherah:
Jami’ah al-Azhar, 1987), 52.


bahawa  metode yang  paling ideal dalam  mentafsirkan al-Qur’an  ialah menjadikan sumber al-Naqli sebagai rujukan utama150.


Manakala al-Sha‘rawi menyatakan, perekayasaan151 dalam elemen i‘jaz menyerlahkan lagi kemukjizatan al-Qur’an dengan syarat pemahaman adalah bersumberkan dalil-dalil al-Naqli, kerana dari sisi inilah membuktikan al-Qur’an sebagai kalam Allah yang thabit sehingga hari kiamat152.


  1. Pengertian Perkataan al-Ijtimai


Kalimah “al-Ijtimai” atau “kemasyarakatan” bermaksud himpunan atau ummah153, dan juga disiplin yang berkaitan dengan sistem, organisasi sesuatu masyarakat154. Ianya juga difahami sebagai suatu disiplin ilmu yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari pola tingkah laku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia yang memiliki kepentingan bersama155. Adapun secara istilah yang digunakan dalam kajian ini ialah sebagai satu metode, corak atau aliran dalam tafsir al-Qur’an yang menunjukkan penumpuan pentafsiran yang dilakukan menjurus kepada masyarakat, khususnya umat Islam; Iaitu suatu pendekatan untuk memandu manusia memahami makna sebenar al-Qur’an, memperbaiki keadaan




150 Iaitu menjadikan sumber al-Qur’an dan al-Hadith sebagai penelitian sumber, solusi dalam setiap perselisihan dan tidak menjadikannya sebagai penguat hujah semata-mata, tetapi sebaliknya; iaitu al- Qur’an sebagai asas yang wajib diikuti bukannya bersifat mengikut (bertujuan menguatkan hujah). Al-Qaradawi, Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Qur’an, terj. Abdul Hayyie al-Kattani (Jakarta: Gema Insani Press, 1999), 372.
151  Proses merekayasa ; penerapan unsur-unsur ilmu, budaya masyarakat dalam sesuatu gerak kerja.
Kamus Dewan, ed. ke-4, 1305., entri “rekayasa”.
152  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:13-17.
153  Lihat kalimah جمع . Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 6:678.
154  Lihat kalimah  اإلجتماع . Majma’ al-Lughoh al-‘Arabiyyah, al-Mu‘jam al-Wasit (Qaherah: Maktabah al-Shuruq al-Dawliyyah, 2004), 137.
155  Musthafa Umar, “Metode “Aqliyyah Ijtimai‘yyah: Kajian Terhadap Tafsir al-Sha‘rawi”, 77.


mereka dengan petunjuk al-Qur’an, sebagai resolusi terhadap permasalahan umat, mengemukakan sunnatullah156 tentang kemasyarakatan untuk tujuan memajukan dan mensejahterakan manusia157.


Menurut Muhammad ‘Abduh158, Rashid Reda159, Mustafa  al-Maraghi160, Tantawi al-Jawhari161, al-Qaradawi162, metode ini adalah merupakan pemahaman ayat al-Qur’an dalam pelbagai pendekatan bertujuan untuk kemaslahatan dan kepentingan masyarakat, dan setiap pentafsiran yang dilakukan meliputi tema-tema163 tertentu bermatlamat sebagai solusi dan untuk menyelesaikan masalah umat dan sebagai jalan kebenaran.



  1. Pengertian Metode al-‘Ilmi al-Naqli al-Ijtimai



Apabila kalimah metode, al-‘Ilmi, al-Naqli dan al-Ijtimai digabungkan menjadi satu, maka wujudnya suatu argumentasi yang membawa maksud; suatu metode yang digunakan dalam mentafsirkan al-Qur’an menerusi perspektif saintifik bersumberkan dalil-dalil  yang sahih dan bermatlamat untuk memperbaiki dan membangunkan



156  ‘Abd Karim Zaydan, al-Sunan al-Ilahiyyah (Beirut: Muassasah al-Risalah, 1994), 13.
157  Musthafa Umar, “Metode “Aqliyyah Ijtimai‘yyah: Kajian Terhadap Tafsir al-Sha‘rawi”, 77.
158  Fadhl Hassan ‘Abbas, al-Mufassirun Madarisuhum wa Manahijuhum, 30, 60.
159  Ibid., 97.
160  Ibid., 97. 243.
161  Ibid., 308
162  Al-Qaradawi, Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Qur’an, 554.
163 Dalam hal ini, Khairuddin Said menyimpulkan bahawa al-Ijtimai adalah merupakan salah satu matlamat utama pendekatan islah atau tajdid dalam memperbaiki kepincangan di dalam masyarakat Islam, da ianya perlu menyeluruh meliputi ; i) Hubungan dengan Tuhannya melalui akidah tawhid yang benar, ii) Hubungan kemanusiaan atau kemasyarakatan dengan sentiasa menjaga setiap hak, dan
iii) Hubungan dengan alam sekitar dengan tidak melakukan kerosakan dan memanfaatkan setiap sisi untuk manfaat umat. Lihat Khairuddin Said, “Pentafsiran Al-Qur’an Dalam Karya Yusuf Ahmad Lubis : Satu Analisis Dari Perspektif Islah” (Tesis Ph.D Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2009), 75.


kehidupan umat manusia. Penggabungan dua jenis metode atau lebih sehingga menjadi satu metode yang baru164 adalah merupakan suatu interpretasi untuk menjelaskan metode sesuatu tafsir yang telah dihasilkan. Biasanya ketika membahaskan klasifikasi metode-metode tafsir, para ulama mengidentifikasikan satu persatu metode sahaja, seperti al-Manhaj al-Naqli, al-Manhaj al-‘Ilmi, al-Manhaj al-Falsafi, al-Manhaj al- Haraki dan al-Manhaj al-Lughawi. Namun apabila membahaskan metode yang terdapat di dalam tafsir tertentu, menjadi kelaziman para sarjana menggabungkannya kepada beberapa metode seperti; Manhaj al-Athari al-Nazari165 yang dipelopori oleh al-Tabari dalam tafsirnya Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an. Manhaj al-Haraki al-Da‘wi al- Tarbawi pula dinisbahkan kepada manhaj yang digunakan dalam tafsir Hasan al- Banna166, Tafsir Ibn Badis167, Tafsir al-Asas fi al-Tafsir karangan Sa’id Hawa168 dan Tafsir fi Zilal al-Qur’an karangan Sayyid Qutb169.


Manakala terdapat pendapat menyebut bahawa Tafsir al-Sha‘rawi menggunakan manhaj ‘Aqliyyah Ijtima‘iyyah170 dan Tafsir al-Razi juga dikatakan berorientasikan manhaj al-‘Aqli al-Falsafi171. Penggabungan pelbagai metode dalam sebuah tafsir atau lebih kerana didapati wujudnya kepelbagaian bentuk metode yang diterapkan, sudah pasti penetapan satu jenis metode sahaja tidak memadai kerana corak lain juga sangat


164  Musthafa Umar, “Metode “Aqliyyah Ijtimai‘yyah: Kajian Terhadap Tafsir al-Sha‘rawi”, 78.
165  Manhaj ini ialah manhaj yang mengutamakan ma’thur, disusuli dengan ijtihad, istinbat dan istidlal. Muhammad al-Fadil, al-Tafsir wa Rijaluhu (Qaherah: Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah, 1990), 30.
166  Fadhl Hassan ‘Abbas, al-Mufassirun Madarisuhum wa Manahijuhum, 676.
167  Tafsir ini ditulis oleh seorang ulama bernama ‘Abd al-Hamid al-Mustafa al-Makki bin Badis. Ibid., 601-603.
168 Lihat sebuah artikel yang ditulis oleh anak beliau menerusi lawan web rasmi Sa‘id Hawwa. Muhammad Sa’id Hawwa, “Aham Samat al-Manhaj al-Fikri al-Da‘wi ‘inda Shaykh Sa‘id”, laman sesawang Shaykh Sa‘id Hawwa, dicapai 13 Februari 2014, http://www. saidhawwa.com/Portals/Content/?info=YVdRO U5UUTFKbk52ZFhK alpid UMVRk V0pRWVdkbEpu    UjVjR1U5TVNZPSt1.plx.
169  Fadhl Hassan ‘Abbas, al-Mufassirun Madarisuhum wa Manahijuhum, 366.
170  Musthafa Umar, “Metode “Aqliyyah Ijtimai‘yyah: Kajian Terhadap Tafsir al-Sha‘rawi”, 70.
171   Muhammad  Zaghlul Hamd,  al-Tafsir  bal-Ra’yQawa‘iduhwa  Dawabituhwa  A’lamuhu
(Dimasyq: Maktabah al-Farabi, 1999), 204.


dominan di dalam setiap pentafsiran dan kriteria setiap metode ini juga bergantung kepada matlamat dan perspektif yang ingin dilihat oleh pengkaji.


Perbezaan yang paling utama rumusan manhaj ‘Aqliyyah Ijtima‘iyyah172 dan manhaj al-‘Ilmi, al-Naqli al-Ijtimai yang disimpulkan oleh pengkaji ialah pada aspek objektif utama pengkajian. Ini kerana, sintesis Musthafa Umar adalah menjurus kepada metode umum yang digunakan oleh al-Sha‘rawi dalam pentafsiran beliau sedangkan berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji iaitu rumusan daripada penelitian terhadap implementasi saintifik al-Sha‘rawi dalam mentafsirkan al-Qur’an.


Justeru manhaj al-‘Ilmi, al-Naqli al-Ijtimai ini sekali gus membawa satu pendekatan baru dalam pentafsiran al-Qur’an yang berperanan mengungkap penjelasan, perincian, kemukjizatan dan penemuan ilmiah mengenai kepelbagaian ilmu pengetahuan yang terkait dengan pengkajian saintifik berteraskan mesej utama al- Qur’an menerusi Tafsir al-Sha‘rawi. Dalam erti kata lain, sintesis metode ini berfungsi sebagai al-Tabyin (menjelaskan ilmu) al-I‘jaz (membuktikan kemukjizatan) dan istikhraj al-‘Ilm173 (mengeluarkan ilmu baru).


  1. Identifikasi Hubungkait Elemen I‘jaz Dalam Tafsir Al-Sya‘rawi



Berdasarkan analisis metode al-Sha‘rawi dalam pentafsiran al-Qur’an, pengkaji telah mengidentifikasikan hubung kait harmoni di antara komponen berikut; Pertama, Metode pentafsiran; al-‘Ilmi al-Naqli al-Ijtimai. Kedua, Komponen perbahasan utama dalam pentafsiran al-Sha‘rawi yang dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu;



172  Musthafa Umar, “Metode “Aqliyyah Ijtimai‘yyah: Kajian Terhadap Tafsir al-Sha‘rawi”, 70.
173  Fadl Hassan ‘Abbas, I‘jaz al-Qur’an al-Karim, 237-239.


saintifik ketuhanan (divine science), saintifik sosial (social science) dan saintifik tabii (natural science). Ketiga, Elemen i‘jaz; i‘jaz al-Ilahi, i‘jaz al-Tashrii dan i‘jaz al- ‘Ilmi. Keempat, Perbahasan tema utama dalam al-Qur’an iaitu; ketuhanan, alam semesta dan manusia, menerusi gambar rajah berikut.


Rajah 3.1 : Hubungkait Elemen I‘jaz Dalam Tafsir Al-Sha‘rawi






Melalui gambar rajah di atas, pendekatan metode al-‘Ilmi al-Naqli al-Ijtimai al-Sha‘rawi adalah bersesuaian dengan konteks perbahasan utama dalam pentafsiran beliau. Selain mendedahkan  kemukjizatan al-Qur’an menerusi elemen i‘jaz terpilih yang terangkum di dalamnya perbahasan  utama tema dalam al-Qur’an iaitu aspek ketuhanan, alam semesta dan manusia. Al-Sha‘rawi berpandangan dalam mendepani dinamik sosial dewasa ini, umat Islam perlu menguasai pelbagai lapangan ilmu dalam pelbagai pendekatan bertujuan untuk memahami teks-teks al-Qur’an, kerana penguasaan  elemen teologi semata-mata tanpa melihat fungsi dan kepentingan


sosiologi,   antropologi dan   fenomena tabii adalah   merupakan kesilapan dalam memahami metodologi ilmiah teks al-Qur’an174.


Justeru penekanan dan pendekatan baru yang dirumuskan oleh pengkaji bukan sahaja menyerlahkan kehebatan al-Qur’an melalui kredibiliti pentafsiran yang dilakukan oleh al-Sha‘rawi, malah telah mengidentifikasikan konsep ilmu yang lebih jelas serta menyatupadukan kepelbagaian bidang ilmu dalam konteks saintifik al-Qur’an. Walaupun penemuan dan bidang kajian ini masih baru, legitimasi intelektual mendapati usaha ini telah membuka satu ruang baru dalam pentafsiran al-Qur’an.


  1. Elemen Saintifik Dalam Tafsir Al-Sha‘rawi



Dalam bahagian ini, pengkaji akan membahaskan setiap elemen saintifik yang diterapkan oleh al-Sha‘rawi dalam tafsir beliau, meliputi definisi umum setiap pecahan elemen yang telah ditetapkan.


  1. Isu Saintifik Ketuhanan (Devine Science)



Pengkajian saintifik ketuhanan dalam kajian ini adalah berdasarkan perspektif pemikiran falsafah sains al-Qur’an; iaitu implementasi pemikiran, falsafah Islam dan penemuan ilmiah terhadap inti pati ayat-ayat khusus yang bersifat ketuhanan. Bukannya
174 Ahli sosiologi di kalangan orientalis sendiri mengakui kepentingan ini seperti analisis Max Weber. Beliau berpandangan perlunya pendekatan teologi dalam memandu kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah institusi sosial. Paradigma ini dikukuhkan menerusi firman Allah SWT dalam surah al- Qasas ayat 77. Ayat ini menyatakan agar manusia sentiasa memerhatikan kehidupan akhirat dan tidak lalai dengan segala kenikmatan di dunia. Ayat ini menggambarkan paradigma teologi memainkan peranan penting dalam membentuk dan memahami realiti sosial yang lebih terancang. Bryan S. Tunner, Sosiologi Islam: Suatu Telaah Analisis dan Tesa Sosiologi Weber, terj. G.A Ticoalu (Jakarta: Rajawali, 1984), 3-5. Ligat juga Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 18:11015-11016.


berdasarkan konsep sains yang berkonsepkan kaedah uji kaji semata-mata, seperti yang diperincikan pada bab sebelumnya. Berikut adalah merupakan isu terpilih berdasarkan pentafsiran al-Qur’an yang dilakukan al-Sha‘rawi yang akan mendedahkan perspektif saintifik beliau.

Jadual 3.1 : Sampel Ayat Kajian Dalam Saintifik Ketuhanan Berdasarkan Perspektif al-

Sha‘rawi.

Bil.
Sampel Ayat
Komponen Saintifik
01.
Surah Al-‘Alaq: 16
Al-Uluhiyyah/ I‘jaz al- al-Ilahi
02.
Surah Al-Sajadah: 9
Al-Rububiyyah/ I‘jaz al-Ilahi
03.
Surah Al-Ra‘d: 28
Al-Ghaybiyyah/ I‘jaz al-Ilahi





  1. Surah Al-‘Alaq Ayat 16.

َخا ِطئٍَة ﴿16
َ۵ ِصٍَِة َكا ِذبٍَة


Maksudnya: “Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah”.

Surah al-‘Alaq (96) : 16



Dalam Surah al-‘Alaq ayat 16 ini, pengkaji akan melihat beberapa konsep yang dikaitkan antara elemen ketuhanan (al-Uluhiyyah) menerusi arahan Allah SWT pada ayat 13 Surah al-‘Alaq dan korelasi saintifik yang diperoleh daripada pengamatan rinci terhadap kesan dan akibat pendustaan dan keingkaran terhadap perintah dan arahan daripada Allah SWT melalui kalimah ‘Nasiyah’ yang Allah SWT gunakan di dalam ayat 16 pada surah yang sama. Ini kerana, pengkaji melihat wujudnya justifikasi kukuh dan i’jaz dalam setiap pemilihan kalimah al-Qur’an serta bentuk suruhan dan larangan


yang Allah SWT nyatakan di dalam al-Qur’an175. Dengan ini, akan membuktikan setiap arahan Allah SWT menepati objektif keperluan dan kemaslahatan manusia176.

Perbahasan mengenai implikasi akibat pendustaan terhadap perintah Allah SWT yang dipaparkan dalam Surah al-‘Alaq ayat 16 ini adalah merupakan salah satu komponen perbahasan dalam saintifik ketuhanan yang berteraskan tauhid al-Uluhiyyah. Iaitu satu sudut pandang tauhidik177, sistematik dan saintifik terhadap korelasi erat di antara elemen ‘suruhan’ atau ‘ketaatan’ dan kaitannya dengan saintifik178 yang menyatakan bahawa implikasi negatif akan wujud sekiranya manusia mengabaikan setiap suruhan tersebut. Dalam erti kata lainnya, menyerlahkan kemukjizatan al-Qur’an menerusi ayat yang berkait rapat dengan perbincangan al-Uluhiyyah.


Saintifik ketuhanan dimensi al-Uluhiyyah dalam kajian ini adalah merupakan satu perbahasan yang masih belum lagi diterokai secara meluas, tetapi secara konseptual pernah disebut oleh Fadl Hassan ‘Abbas179, Sayyed Houssein Nasr180, Osman Bakar181.



175 Hal yang sama pernah diungkapkan oleh tokoh besar dalam bidang I’jaz al-Qur’an antaranya ialah; al- Rummani (al-Nukat fi I’jaz al-Qur’an), al-Baqillani (I’jaz al-Qur’an) dan Fadhl Hassan ‘Abbas (I‘jaz al-Qur’an al-Karim). Lihat Al-Rummani, al-Nukat fi I’jaz al-Qur’an (Qaherah: Dar al-Ma’arif, t.t.), 75, al-Baqillani, I’jaz al-Qur’an (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2008), 28-37, Fadhl Hassan ‘Abbas, I‘jaz al-Qur’an al-Karim, 151.
176 Sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Qamar ayat 49 yang menyebut bahawa “sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut kadar (takdir yang telah ditentukan)”. Dan oleh sebab itu, di samping wujudnya amaran dan tegahan, Allah juga selitkan peringatan agar “…manusia tidak melampaui batas…(Surah al-A’raf ayat 31). Kesemua ini agar manusia mampu mencapai tingkat kemuliaan hasil daripada kepatuhan pada setiap suruhan, seperti yang dinyatakan oleh SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud; “Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu”.
177 Seperti yang dibahaskan oleh Prof Dr Mohd Yusof Othman dalam bab ‘Sains Tauhidik’. Lihat Mohd Yusof Othman, Pengenalan Sains Tauhidik (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), 125, 261.
178  Sayyed Hossein Nasr, “The Question of Cosmogenesis-The Cosmos as a Subject of Scientific Study”,
Islam & Science: Journal of Islamic Perspective on Science 4, bil. 1 (Summer 2006), 61-78.
179  Fadl Hassan ‘Abbas, I‘jaz al-Qur’an al-Karim, 239.
180  Sayyed Hossein Nasr, “The Question of Cosmogenesis-The Cosmos as a Subject of Scientific Study”,
61-78.


Dapatan awal mendapati al-Sha‘rawi cuba membawa beberapa kelainan ketika mentafsirkan al-Qur’an dengan melihat beberapa perspektif yang agak asing dalam kalangan mufassir masa kini. Justeru, tidak dinafikan kelainan ini membawa kepada wujudnya golongan pro dan kontra dalam isu ini. Namun pengkaji tidak akan mengulas konflik tersebut dalam kajian ini.


Seperti yang pernah dibincangkan dalam bab sebelumnya, isu saintifik ketuhanan ini fokus kepada ayat-ayat al-Qur’an yang membincangkan mengenai al- Uluhiyyah atau yang disebut oleh Solah ‘Abd Fattah al-Khalidi182 sebagai ayat yang terkandung i‘jaz al-Ilahi183. Objektifnya ialah untuk melihat bahawa setiap ayat yang berbentuk al-Uluhiyyah ini bukan sahaja sebagai satu bentuk arahan yang wajib ditaati, malah terkandung pelbagai bentuk hikmah misalnya dalam konteks saintifik jika diteliti hubung kaitnya dalam tiga elemen utama iaitu; ketuhanan, manusia dan alam semesta. Sekali gus menyerlahkan prospek pengkajian saintifik al-Qur’an yang lebih luas dan menyempurnakan pengkajian sains Barat184, malah menjawab tuduhan dan tohmahan musuh mengenai ajaran Islam yang tidak bersifat universal dan inklusif.


Korpus tradisi disiplin ilmu pengajian Islam meyakini dan mengimani sepenuhnya tanpa sebarang keraguan  Tawhid al-Uluhiyyah (Keesaan Allah sebagai







181  Osman Bakar, Tawhid and Science Islamic Perspectives on Religion and Science, 22-24.
182 Temubual pengkaji bersama Shaykh Dr. Solah ‘Abd Fattah al-Khalidi di Suwayleh, Jordan. Solah ‘Abd Fattah al-Khalidi (Professor Tafsir dan pendakwah terkemuka, Universiti Jordan), dalam temu bual dengan penulis, 10 Julai 2012.
183 Temubual pengkaji bersama Shaykh Dr. Solah ‘Abd Fattah al-Khalidi di Suwayleh, Jordan. Solah ‘Abd Fattah al-Khalidi (Professor Tafsir dan pendakwah terkemuka, Universiti Jordan), dalam temu bual dengan penulis, 10 Julai 2012.
184 Muhammad Kamil ‘Abd al-Samad, Mukjizat Ilmiah Dalam Al-Qur’an, terj. Alimin et al. (Jakarta: Akbar Media Eka Sarana, 2007), 12.
221


Tuhan yang disembah) seperti yang dinyatakan oleh Ramadhan al-Buti185. Namun antara persoalan yang timbul ialah; Bukankah Islam adalah sebuah agama yang meraikan akal dan kepelbagaian proses untuk mengenal keesaan dan kewujudan Allah SWT selagi berada dalam landasan syariat yang telah ditetapkan? Daripada persoalan ini, timbul pertanyaan bagaimanakah dan apakah proses atau inisiatif lain yang digunakan untuk membuktikan dan meyakini kebenaran tersebut?.


Pengkaji sependapat dengan pernyataan yang dikemukakan oleh Shaykh ‘Abdul Halim Mahmud186 iaitu; Adapun kebenaran kewujudan Allah SWT itu dapat dibuktikan dengan dua argumen, iaitu argumen yang diambil daripada al-Qur’an (dalil naqli) dan argumen falsafah atau argumen rasional (dalil ‘aqli)187.” Justeru pembuktian saintifik menerusi ayat di atas menjelaskan secara teori dan praktikal bahawa akibat daripada pendustaan perintah Allah SWT, manusia akan menerima akibat buruk dalam setiap keingkaran yang dilakukan. Dalam isu ini juga, pengkaji akan menganalisis hikmah di sebalik pemilihan kalimah al-Nasiyah (Ubun-ubun) dan perkaitannya terhadap komponen akal yang menjadi pusat terpenting manusia membuat keputusan. Keterkaitan komponen  inilah yang akan menguak kemukjizatan al-Qur’an. Hal ini sekali gus menyatupadukan dalil naqli dan dalil ‘aqli dalam memahami makna al- Qur’an berdimensi ketuhanan.






185  Muhammad Sa‘id Ramadhan al-Buti, Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah (Beirut: Dar al-Fikr al-
Ma‘asir, 2010), 77.
186 Beliau adalah merupakan salah seorang ulama al-Azhar yang banyak membahaskan isu tentang penggunaan akal dalam Islam. Abdul Halim Mahmud, Islam Dan Akal, terj. Mohd Fakhruddin (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), 152-153.
187 Ibrahim Madkour, Fi al-Fikr al-Islami (Qaherah: Samirko li al-Tab‘ah wa al-Nashr, t.t.),134-142. Lihat juga Mohd Fakhruddin Abdul Mukhti, “Isu Ketuhanan Dalam Bicara Falsafah”, Jurnal Usuluddin 9 Kuala Lumpur: Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (Julai 1999), 42-49. Abdul Halim Mahmud, Islam Dan Akal, 152-153.


Jika disoroti keseluruhan ayat al-Qur’an sudah pasti lebih banyak penemuan yang akan diperoleh mengenai isu ini. Misalnya ayat lain yang turut  mempunyai hubung kait dengan perbahasan ini ialah; Surah al-Rum ayat 3, Surah al-Qamar ayat 45, Surah al-Qalam ayat 16, Surah al-Lahab ayat 1 hingga 5, Surah al-Kahf ayat 9 dan sebagainya. Elemen i’jaz al-Ilahi dalam setiap ayat adalah berbeza berdasarkan tema yang dibincangkan dan skop pengkajian yang dilakukan. Namun tumpuan utama dalam kajian ini adalah pada Surah al-‘Alaq ayat 16. Penjelasan rinci menangani isu ini akan dibahaskan oleh pengkaji pada bab seterusnya.



  1. Surah Al-Sajadah Ayat 9.






ۚ قَلًِِ٘ َّما تَ ْش ك رو َن ﴿9
َصاَر َوآَْفْئِ َدَة
َو َجَع َل لَ ك م ال َّس ْم َع َوآَْبْ


Maksudnya: “Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
Surah al-Sajadah (32) : 9



Dalam perbahasan tafsir Surah al-Sajadah ayat 9 ini, pengkaji akan membahaskan hikmah di sebalik kekuasaan Allah SWT yang terdapat dalam kalimah al-Sam‘a dan al- Absar. Perincian akan dilihat dalam konteks ayat ini sebagai ayat al-Rububiyyah yang menjelaskan kebesaran Allah SWT melalui penciptaanNya. Ayat ini juga akan menerangkan mengenai hubung kait komponen pendengaran dan penglihatan sebagai teras utama terhadap proses pemahaman inti pati ajaran Islam yang merupakan hal mendasar bagi terbentuknya sebuah konsep pengabdian (ta‘abbudi) kepada Tuhan. Pengkaji akan melihat dari pelbagai prospek pentafsiran al-‘Ilmi   bagi membuktikan
kemukjizatan ayat al-Rububiyyah dalam surah ini.


Pemilihan ayat ini sebagai sampel  kajian dalam isu saintifik ketuhanan al- Rububiyyah adalah berkait rapat dengan isu yang sering dikemukakan oleh al-Sha‘rawi di dalam kebanyakan penulisan beliau. Iaitu penekanan terhadap aspek akidah sebagai asas utama terhadap pemahaman agama seperti yang diungkapkan oleh beliau dalam kitab al-Islam ‘Aqidah wa Minhaj188. Menurut beliau, kefahaman yang kukuh terhadap konsep tauhid akan menyerlahkan bukti kebesaran Allah SWT selain menjadi teras utama terhadap pengkajian-pengkajian baharu yang membawa kepada pembuktian kewujudan Allah SWT, atau diistilahkan oleh al-Sha‘rawi dengan; ( ودٗلتوا الكينِة اٗ۶ت

)189.علٌ وجيد ڮ تعاىل



Misalnya, ayat 9 daripada Surah al-Sajadah ini bukan sekadar sebagai pelengkap perbahasan terhadap kesempurnaan kejadian manusia190, malah terkandung korelasi erat dalam konteks bagaimana proses manusia mampu mencapai kefahaman terhadap ajaran Islam. Contohnya, persoalan pertama; Mengapakah penekanan terhadap  proses menuntut ilmu sangat ditekankan oleh Allah SWT sehingga kalimah iqra’ (bacalah) dipilih menjadi ayat pertama dalam wahyu yang pertama? Dan sejauh manakah hubung kait makna al-Sam‘a dan al-Absar terhadap proses kefahaman yang menjadi hierarki utama dalam menuntut ilmu? Sehingga Allah SWT meletakkan kedua-dua kalimah ini saling beriringan di dalam al-Qur’an. Kesemua persoalan ini memiliki objektif yang tersendiri  dan sama sekali tidak terkait dengan istilah ‘kebetulan’. Ia hanya dapat




188  Al-Sha ̒rawi, al-Islam ‘Aqidah wa Minhaj (Qaherah: Maktabah al-Qur’an, 2005), 29.
189 Perbahasan panjang lebar mengenai isu ini oleh al-Sha‘rawi dapat dilihat menerusi karya beliau al- Ayah al-Kawniyyah wa Dilalatuha ‘ala Wujud Allah Ta‘ala. Al-Sha ̒rawi, “al-Ayah al-Kawniyyah wa Dilalatuha ‘ala Wujud Allah Ta‘ala”, ed. Ahmad al-Raghbi, lihat laman sesawang Islammi8m, dicapai 3 September 2014, http://www.islammi.8m.com/.
190 Yang menjadi  salah satu topik perbahasan dalam isu ketuhanan al-Rububiyyah. Dan bertepatan dengan ayat sebelumnya yang menyebut mengenai ruh yang ditiup ke dalam diri manusia.


difahami melalui analisis kritis sekali gus akan mendedahkan kemukjizatan al-Qur’an dalam pelbagai perspektif. Allah SWT berfirman:



ََل ْم أَنَّ ُه ا َْحَُۚ
َح ََّّٰت ُ َتَ بَ َََّّي
َسن ِرُ ِو ْم آَ۶تِنَا ِِف اّْفَا ِق َوِِف أَن ف ِس ِو ْم


Maksudnya: “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar”.
Surah Fussilat (41) : 53


Menurut al-Tabari, daripada ayat di atas, Allah SWT memberikan petunjuk bukti kebesaranNya dalam pelbagai bentuk sama ada bukti di langit dan di bumi, secara langsung dan tidak langsung. Ayat ini juga menjadi bukti kebenaran risalah yang di bawa oleh Rasulullah SAW kepada seluruh manusia, seperti riwayat yang dinukilkan oleh al-Tabari daripada Abu Kurayb191. Manakala al-Qurtubi192 juga sependapat dengan al-Tabari sambil membuat beberapa penambahan dalam pentafsiran dengan mengatakan bahawa kalimah ayatina ialah apa sahaja yang terkandung di dalam alam ini yang membawa kepada bukti kebesaran Allah SWT193.


Apabila diteliti di dalam al-Qur’an terdapat ayat lain yang berkait rapat dengan elemen al-Rububiyyah ini antaranya ialah; Surah al-Mu’minun ayat 84, Surah al-Isra’ ayat 111, Surah al-A‘raf ayat 54 dan Surah al-Ahqaf ayat 26. Namun tumpuan utama difokuskan dala kajian ini ialah pada ayat 9 Surah al-Sajadah. Penjelasan lebih lanjut mengenai ayat ini akan dibahaskan oleh pengkaji pada bab seterusnya.



191  Tafsir ini di tahqiq oleh Mahmud Ahmad Shakir. Lihat al-Tabari, Tafsir al-Tabari, j. 16 (Qaherah: Dar al-Ma‘arif, 2008), 16:493.
192  Al-Qurtubi, Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, 11:334.
193  Bukti-bukti ini juga menurut Ibn ‘Ashur sebagai jawapan Rasulullah SAW kepada pertanyaan yang
dikemukan oleh kaum Quraish pada zaman Baginda. Ibn ‘Ashur, Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir


  1. Surah Al-Ra‘d Ayat 28.



أََٗ بِ ِذْكِر ا َِّڕ تَطْ َمئِ ن الْ قل ي ب ﴿9
Maksudnya:  “ Ketahuilah  dengan zikr  Allaitu,  tenang
tenteramlah hati manusia”.

Surah al-Ra‘d (13) : 28



Isu saintifik ketuhanan ketiga dalam kajian ini adalah perincian terhadap Surah al-Ra‘d ayat 28. Dalam ayat ini, pengkaji akan meneliti korelasi saintifik terhadap proses ketaatan sebagai asas kepada ketenangan dan kecemerlangan manusia. Pemilihan ayat ini juga sebagai mewakili perbahasan elemen al-Ghaybiyyah dalam konteks mendedahkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT melalui nilai ketaatan yang dilakukan oleh manusia. Dalam erti kata lain, bahagian ini akan menganalisis korelasi pada makna kalimah ‘zikr Allah’ dan ketenangan yang telah dijanjikan seperti yang disebutkan dalam frasa ‘tatma’innu’ pada ayat yang sama.


Pengamatan terhadap ayat ini akan melihat perspektif saintifik al-Sha‘rawi ketika mentafsirkan ayat al-Qur’an yang menjelaskan hikmah di sebalik ketaatan yang dilakukan, dan sejauh mana sudut pandang al-Sha‘rawi ketika mentafsirkan ayat ini. Kerana pada pengamatan pengkaji, kaedah yang digunakan oleh al-Sha‘rawi ketika mentafsirkan ayat ini memiliki keunikan yang tersendiri berbanding sarjana tafsir yang sezaman dengannya194.


194 Rola Muhammad Ahmad Husin, “Manhaj Shaykh Muhammad Mutawalli Al-Sha’rawi fi al-Qur’an al- Karim”, 47. Lihat juga Badruzzaman Yunus, “Tafsir Al-Sha’rawi ; Tinjauan Terhadap Sumber, Metode Dan Ittijah” (Disertasi Sekolah Pasca Sarjana, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, 2009), 8. dan Ibn Al-Hajj Jul, “Al-Tafsir Al-‘Ilmi Li Al-Qur’an Bayna Shaykh Tantawi Jauhari Wa Shaykh Muhammad Mutawalli Al-Sha‘rawi, Dirasah Muqaranah” (Tesis Kedoktoran


Misalnya ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan ayat ini, beliau mengatakan ayat ini membawa satu mesej khusus mengenai elemen ketenangan dan kecemerlangan seorang Muslim adalah berkait rapat dengan proses ketaatan individu tersebut terhadap setiap perintah Allah SWT. Timbul persoalan, bagaimanakah amalan ketaatan mampu memberikan nilai ketenangan pada pengamalnya? Al-Sha‘rawi mengaitkan hal ini melalui  amalan-amalan soleh seperti solat yang diterjemahkan oleh beliau melalui
kalimah zikr Allah (َّڕِ ا ْكِر ِذ). Sudah pasti proses perlaksanaan ibadah yang khusyuk dan

sempurna akan membawa kepada ketenangan rohani dan jasmani. Seperti yang telah dibincangkan pada bab pertama mengenai pendekatan holistik seperti ilham dan kaedah gnostik atau kahsf sebagai metodologi saintifik alternatif yang diketengahkan oleh Ibn Sina membantu dalam menyelesaikan masalah saintifik195. Hal ini juga telah terbukti melalui kajian-kajian saintifik terkini seperti kajian Fatimah Ibrahim et al.196 yang membuktikan bahawa ibadah solat adalah merupakan salah satu ‘kaedah’ terbaik penjagaan sistem tubuh badan.


Selain itu, al-Sha‘rawi juga mengaitkan konsep ketenangan ini dari aspek psikologi manusia, kerana individu yang produktif dan cemerlang dalam setiap bidang yang dilakukan berkait rapat dengan kompetensi dalam psikologi dalaman manusia. Dalam Islam setiap amalan kebaikan yang dilakukan sudah tentu memberikan ‘nilai tambah’ dari segi ‘ruhiyyah’, dan amalan solat adalah jauh lebih besar hikmahnya










195  Ibid.,7.
196  Fatimah Ibrahim et al., Solat Kebaikan dari Perspektfi Sains (Kuala Lumpur: Jabatan Kejuruteraan Bio-perubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, 2009).


kerana solat adalah merupakan ibadah secara langsung hamba kepada TuhanNya. Iaitu wujudnya hubungan dua hala yang disebut sebagai hubungan vertical dan horizontal197.


Justeru, pengamatan yang terperinci, sistematik dan tauhidik terhadap setiap makna al-Qur’an akan memberikan hujah kukuh terhadap kebesaran Allah SWT, selain mendedahkan kemukjizatan al-Qur’an dalam pelbagai lapangan ilmu, sesuai dengan perkembangan keilmuan semasa. Analisis terperinci mengenai Surah al-Ra‘d ayat 9 ini akan dibahasakan oleh pengkaji pada bab selanjutnya.


  1. Isu Saintifik Sosial (Social Science)



Beberapa isu yang diketengahkan di bawah adalah merupakan sebahagian elemen saintifik sosial yang terdapat di dalam Tafsir al-Sha‘rawi. Pemilihan elemen ini adalah berdasarkan kecenderungan dan penekanan al-Sha‘rawi terhadap isu ini, sehingga beliau bukan sahaja membahaskannya menerusi tafsir beliau, malah turut memperincikannya dalam karyanya yang lain sesuai dengan perbahasan yang diketengahkan.

Jadual 3.2 : Sampel Ayat Kajian Dalam Saintifik Sosial Berdasarkan Perspektif al-

Sha‘rawi.



Bil.

Sampel Ayat

Komponen Saintifik
01.
Surah Al-Hujurat: 10
Sosiologi/ I‘jaz al-Tashrii




197 Iaitu saling berkait antara satu sama lain, kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Malah mempunyai konsep penekanan terhadap keesaan Allah SWT (God Centred), bukannya penekanan terhadap keperluan manusia (Man Centred). Wayne Mcdill, 12 Essential Skill - Great Preaching (Tennessee: B&H Publishing Group, 2006), 106.
228


02.
Surah al-Ma’idah: 8
Psikologi/Sosiologi/ I‘jaz al-Tashrii



  1. Surah Al-Hujurat Ayat 10.





ۚ َوات َّ قيا ا َّڕَ لََعلَّ ك ْم ت ْرََح ي َن﴿10
ْصلِ حيا بَْ ََّي أَ َخَيُْ ك ْم
إََِّّنَا الْ مْؤِمن ي َن إِ ْخَيةٌ فَأَ


Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah kedua saudaramu dan bertaqwalah kamu kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat.

Surah Al-Hujurat (49) : 10


Dalam perbahasan tafsir Surah al-Hujurat ayat 10 ini, pengkaji akan mengulas beberapa teori serta konsep dasar social capital (modal sosial) yang terdapat dalam surah ini berdasarkan perspektif al-Sha‘rawi. Surah al-Hujurat ayat 10 ini menerangkan tentang konsep ukhuwah (persaudaraan) yang merupakan hal mendasar bagi terbentuknya sebuah modal sosial dalam institusi masyarakat. Dari ukhuwah tersebut akan terbentuknya beberapa elemen modal sosial iaitu norms, network, trust dan reciprocity198.


Perbahasan modal sosial ini adalah merupakan salah satu aspek utama dalam perbincangan elemen sosiologi, yang berperanan sebagai salah satu asas utama keutuhan hubungan nilai sosial (social relation) dalam kerangka sosiologi sesebuah masyarakat. Hal ini turut diperkuatkan menerusi kajian Kate Senkey dalam karyanya







198 Abdul Wahid al-Faizin et al., “Social Capital Dalam Al-Qur'an”, dalam Tafsir Ekonomi Kontemporer: Kajian Tafsir al-Qur'an tentang ekonomi Islam, ed. Nashr Akbar (Jakarta: Madani Publishing House, 2010), 133.
229


Social Capital, Lifelong Learning and the Management of Place: An International Perspective.199


Elemen sosiologi adalah pengkajian yang paling luas skop kajiannya berbanding bidang-bidang yang lain. Penekanan yang terdapat dalam sosiologi adalah tentang perhubungan manusia antara kelompok dan juga dalam kalangan institusi masyarakat200. Bahan kajian utama ialah masyarakat manusia, iaitu mengenali pola dan susunan masyarakat, proses bagaimana masyarakat berkembang dan berubah, bagaimana pola dan proses tersebut memberi kesan pada tingkah laku individu dan kelompok201.


Dalam erti kata lain, disiplin sosiologi sebenarnya dapat dibezakan daripada disiplin-disiplin lain dalam saintifik sosial ini secara keseluruhannya. Ahli-ahli sosiologi memberi lebih banyak tumpuan kepada tingkah laku kelompok dan kurang kepada tingkah laku individu seperti yang menjadi tumpuan dan minat ahli psikologi contohnya.


Al-Qur’an banyak membahaskan tentang perhubungan aspek sosiologi antaranya; hubungan manusia antara satu sama lain, atau watak manusia dalam masyarakat sejak dari dahulu lagi. Malah apabila diteliti, al-Qur’an menjelaskan komponen  sosiologi antaranya sosiologi kekeluargaan, sosiologi pendidikan yang



199  Kate Sankey et al., Social Capital, Lifelong Learning and the Management of Place: An International Perspective (USA and Canada: Routledge, 2007), 15.
200  Rohana Yusoff, Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2010), 5.
201  Ibid. Hal ini turut dijelaskan oleh Sayyid Qutb ketika memperincikan konsep keadilan bermasyarakat dalam Islam. Sayyid Qutb, al-‘Adalah al-Ijtima‘iyyah fi al-Islam (Qaherah: Dar al-Shuruq, 1980), 66.
230


bermatlamatkan  menyempurnakan kehidupan  manusia. Antara ayat al-Qur’an  yang menyentuh komponen ini ialah:



  1. Surah al-Rum ayat 21202.
ِ ِ ِ
ِ ِِ


َخلَ َ ُ لَ كم م ْن أَن فس ك ْم أَْزَوا ًجا ل تَ ْس كن يا إِلَِْ َوا َو َجَع َل ب َِْ نَ كم َّمَيَّدةً َوَرَْحَةًۚ
َوم ْن آَ۶ت ُه أَ ْن


ٰذَلِ َك ََّ۶ ٍت ل َِقْيٍم ُ َتَ َف َّك رو َن
إِ َّن ِِف


Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”

Surah al-Rum (30) : 21


  1. Surah al-Tawbah ayat 122203.



ِ ِ ِ
ِ ِ ِ ٍِِ


ۚ فَ لَْيَٗ ن ََفَر من ك ِ ل فْرقَة مْن و ْم طَائَفةٌ ل َِ تَ َفَّق ويا ِِف الدُ ِن
َوَما َكا َن الْ مْؤمن ي َن لَِنِف روا َكافَّةً
ِ


ََْي َذ رو َن
َولِ ن ِذ روا قَ ْيَم و ْم إِذَا َر َجع يا إِلَِْ ِو ْم لََعلَّ و ْم


Maksudnya: “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang- orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”

Surah al-Tawbah (9) : 122









202 Ayat ini menjelaskan setiap manusia terdiri daripada lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain dan menjelaskan peranan suami isteri untuk mewujudkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Penciptaan Manusia dari Kaum Sejenis).
203 Ayat ini menjelaskan keutamaan belajar dan Allah SWT menghendaki ada di kalangan manusia yang pergi belajar untuk memahami hal agama (Strategi Dalam Membangunkan Negara).


Berdasarkan kedua-dua contoh di atas, al-Sha‘rawi menjelaskan bahawa hikmah penerangan yang Allah SWT kemukakan menerusi ayat 21 daripada Surah al-Rum ialah menunjukkan betapa hubungan kemanusiaan itu bukan sahaja bersifat penyempurnaan fitrah semata-mata, malah ianya menjadi asas utama pembinaan masyarakat yang lebih kompleks204, seperti yang dirakamkan dalam Surah al-Layl ayat 1 hingga 4 mengenai penciptaan siang dan malam sebagai pelengkap kepada keseimbangan alam205. Manakala pada ayat yang kedua206, al-Sha‘rawi menjelaskan bahawa kejayaan sesebuah negara tidak memadai hanya dengan penguasaan sesetengah bidang sahaja, sebaliknya keupayaan mengeksploitasi ruang dan peluang keilmuan dalam setiap bidang serta mencipta inovasi dan idea baru untuk maslahah dan pembangunan ummah207.


Perincian elemen sosiologi dalam al-Qur’an ditemui dalam pelbagai aspek seperti yang diketengahkan oleh al-Sha‘rawi melalui tafsir dan karya-karya beliau208. Jadual di bawah menunjukkan beberapa isu lain yang dirumuskan melalui ayat-ayat al- Qur’an terpilih yang menyentuh elemen sosiologi berdasarkan Tafsir al-Sha‘rawi.


















204  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 18:11356-11359.
205  Ibid., 11356.
206  Surah al-Tawbah (9): 122
207  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5569-5573.
208  Antaranya ialah Haza Dinuna. Al-Sha ̒rawi, Haza Dinuna (Qaherah: Akhbar al-Yawm, 1999).


Jadual 3.3 : Ayat Al-Qur’an Berkaitan Saintifik Sosiologi Berdasarkan Tafsir al-
Sha‘rawi209


Bil.

Surah & No. Ayat
Tema210
01.
Al-Baqarah: 221, 232211

Sosiologi Kekeluargaan
02.
Al-Nisa’: 1, 3, 22, 25, 34,
36,212
03.
Al-Nur: 3, 32
04.
Al-Nahl: 43213

Sosiologi Pendidikan
05.
Al-‘Imran: 18214
06.
Al-Mujadalah: 11215
07.
Al-Zumar: 9216












209 Ayat ini adalah merupakan sebahagian daripada taburan ayat lain yang turut dikupas oleh al-Sha‘rawi dalam Tafsir beliau. Lihat Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5569-5573. Al-Sha‘rawi, Mu‘jizat al- Qur’an, 1:22. Pengkaji juga mendapati terdapat ayat al-Qur’an lain yang menyentuh aspek sosiologi atau lebih mudah jika dirujuk menerusi teks al-Qur’an melalui kalimah Ummah (أمة) berdasarkan
perspektif Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi. Kalimah ini disebut sebanyak 64 kali dalam pelbagai bentuk  kata kerja dalam surah al-Qur’an, antaranya; Ummah  (أمة)  disebut  sebanyak 49  kali,
Ummatukum (أمتكم) sebanyak 2 kali, Umam (أمم) disebut sebanyak 11 kali, manakala Umama (أمما)
sebanyak 2 kali. Kepelbagaian bentuk ini adalah berdasarkan teks dan kontekstual perbahasan yang diketengahkan dalam ayat al-Qur’an. Lihat Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi, al-Mu‘jam al-Mufahras li al-Faz al-Qur’an al-Karim (Qaherah: Dar al-Hadith, 2007), 98-99.
210 Selaras dengan sebuah kitab tafsir yang bersifat ‘mengislah’ masyarakat, al-Sha‘rawi banyak mengemukakan ayat-ayat lain meliputi tema-tema tertentu dalam perbahasan sosiologi antaranya sosiologi politik, antropologi, akhlak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Antaranya ialah: Surah al-Baqarah: 213, 247, Surah ali-‘Imran: 102, 110, Surah al-Nisa’: 54, 58-59, Surah al- A‘raf: 56, 199, Surah al-Nahl: 90, Surah al-Isra’: 23, Surah al-Hujurat: 10-13, Surah al-Shu‘ara’: 151- 152, Surah al-Anfal: 4. Surah Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, jilid 1-4: 903, 1045, 1657, 1675, 2320, 2346-2355.
211  Ibid., 2:957, 1002.
212  Ibid., 4:1985, 1997, 2090, 2118, 2192, 2205.
213  Ibid., 13:7947.
214 Ibid., 3:1344.
215 Ibid., 24:15011.
216 Ibid., 21:13053.


ii) Surah Al-Ma’idah Ayat 8.





َعلَ ٌٰ
َشنَآ ن قَ ْيٍم
ََْيِرَمنَّ ك ْم
ۚ َوَٗ
ِ۲لِْق ْس ِط
ش َو َداءَ
ََّي َِِّڕ
كين يا قَ َّياِم
َ۶ أَُ َوا الَّ ِذُ َن آَمن يا


َخبِريٌ ِِبَا تَ ْع َمل ي َن
ۚ إِ َّن ا َّڕَ
ۚ َوات َّ قيا ا َّڕَ
هَي أَقْ َر ب لِلتَّ ْقَي ٰى
ۚ ا ْع ِدل يا
أََّٗ تَ ْع ِدل يا


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan  kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah al-Ma’idah (5) : 8



Isu kedua saintifik sosial dalam kajian ini ialah mengenai keadilan sosial dalam bentuk jaminan dan perlindungan yang terdapat pada ayat 8 Surah al-Ma’idah. Membahaskan konsep keadilan dalam masyarakat, al-Qur’an dan al-Sunnah telah menggariskan prinsip-prinsip umum dalam konteks penyusunan dan pembangunan sosial agar bersesuaian dengan masa dan tempat. Di samping itu, tidak dapat dinafikan juga bahawa al-Qur’an dan al-Sunnah telah menetapkan dasar spesifik untuk kehidupan manusia. Berpandukan kepada falsafah dan etika tauhid, al-Qur’an menganjurkan agar prinsip al-‘Adl wa al-Ihsan (keadilan dan muafakat) menjadi asas dan teras yang utama dalam menyusun dan membangun sebuah masyarakat bernegara217. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan,  serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan



217 Prinsip yang sama turut dikemukakan oleh Nik Mustapa Nik Hassan dalam kajian beliau. Lihat Nik Mustapha Nik Hassan, “Pendekatan Keadilan Sosial Dalam Membangun Negara”, dalam Keadilan Sosial Dari Perpektif Islam, ed. Khairul Azhar Idris (Kuala Lumpur: MPH Group Publishing dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2007), 2.


melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”

Surah al-Nahl (16) : 90



Ketika al-Sha‘rawi menjelaskan ayat ini, beliau menyatakan bahawa sumbangan Islam dalam mewujudkan gagasan prinsip keadilan memiliki asas yang dinamik untuk mengatur dan melaksanakan urusan sosial dalam negara. Justeru pemahaman dan pelaksanaan berbentuk kafah (menyeluruh) konsep keadilan sosial akan mampu mewujudkan suasana yang harmoni iaitu kesemua individu dapat berfungsi secara positif, optimis dan kontributif218.


Imam Jalal al-Din al-Mahalli219 dan Imam al-Shawkani220 menyatakan di dalam penulisan tafsir mereka, kalimah al-‘Adl dan al-Ihsan yang sentiasa beriringan dalam ayat di atas menunjukkan bahawa konsep keadilan perlu dilakukan secara menyeluruh oleh setiap individu Muslim. Hal ini kerana muafakat yang dimainkan oleh semua individu di dalam masyarakat akan menghasilkan impak yang lebih optimum dalam membangunkan sesebuah institusi mahupun negara. Berdasarkan pengamatan pengkaji, ia sekali gus berbeza dengan falsafah ideologi sekular yang hanya menekankan perbezaan dan minat seseorang individu dengan memberi justifikasi kepada semangat dan pendekatan individualisme dalam menyusun masyarakat bernegara.






218  Lihat Bab al-Islam Yahma al-Mujtama’ min al-Wuqu’ fi Akl al-Huquq. Al-Sha ̒rawi, Haza Dinuna, 473.
219  Ja lal al-Din al-Mahalli dan al-Suyuti, Tafsir al-Jalalyn, 359.
220  Al-Shawkani, Tafsir Fath al-Qadir, 3:223.


Oleh sebab itu, penekanan terhadap dasar keadilan sosial khususnya dalam bentuk jaminan atau perlindungan amat ditekankan dalam kajian ini. Selaras dengan kompetensi masyarakat Islam yang terdiri di atas asas bahawa setiap  anggotanya bersifat lindung-melindungi antara satu sama lain untuk menuju ke arah kehidupan yang lebih baik. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana221.


Rasulullah SAW pula menegaskan dalam sebuah hadith yang bermaksud; “(Hubungan) seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, setengahnya menguatkan setengah yang lain222. Dalam hadith yang lain baginda bersabda yang bermaksud; “(Hubungan) orang-orang Islam seperti seorang lelaki, jika matanya mengadu sakit, mengadu sakit semua (anggota)nya, dan jika kepalanya mengadu sakit, mengadu sakit semua (anggota)nya223. Berdasarkan daripada kedua- dua hadith ini, dapat difahami bahawa setiap anggota masyarakat Islam bertanggungjawab antara satu sama lain dalam memberi perlindungan, tolong- menolong sama ada secara kebendaan ataupun dalam bentuk lindung melindungi dalam menegakkan kebenaran dan kebaikan. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang




221  Surah al-Tawbah (9) : 71
222 Muslim, “Sahih Muslim”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al- ‘Aziz al-Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 1130 (Kitab al-Bir wa al-Sillah wa al-Adab, Bab Tarahum al-Mu’minin wa Ta‘atufihim wa Ta‘adudihim, no. hadith 6685).
223 Muslim, “Sahih Muslim”, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Ibn al- ‘Aziz al-Shaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 1130 (Kitab al-Bir wa al-Sillah wa al-Adab, Bab Tarahum al-Mu’minin wa Ta‘atufihim wa Ta‘adudihim, no. hadith 6689).


bermaksud; “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan224.

Perincian elemen keadilan sosial dalam al-Qur’an ditemui dalam pelbagai aspek seperti yang diketengahkan oleh al-Sha‘rawi melalui tafsir dan karya-karya beliau225. Jadual di bawah menunjukkan beberapa isu lain yang dirumuskan melalui ayat-ayat al- Qur’an terpilih yang menyentuh elemen keadilan sosial berdasarkan Tafsir al- Sha‘rawi.


Jadual 3.4 : Ayat Al-Qur’an Berkaitan Keadilan Sosial Berdasarkan Tafsir al-
Sha‘rawi226


Bil.

Surah & No. Ayat
Tema227
01.
Al-Baqarah: 195228


Perlindungan Individu
02.
Al-Shams: 7-10229
03.
Al-Isra’: 15230
Perlindungan Individu Terhadap Keluarga
04.
Al-Nisa’: 10231
Perlindungan Individu Terhadap Masyarakat
05.
Al-Nahl: 7232
Keadilan Ekonomi




224 Surah al-Maidah (5) : 2
225 Lihat juga al-Sha ̒rawi, Haza Dinuna, 473.
226  Ayat yang dinyatakan oleh pengkaji adalah merupakan sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur’an yang
terpilih yang diperoleh menerusi pengamatan terhadap Tafsir al -Sha’rawi.
227 Rangkuman tema ini juga seperti yang pernah disebut oleh Malik Bennabi dalam tulisan beliau berjudul On The Origins of Human Soceity (Berdasarkan terjemahan dan penjelasan dalma buku versi bahasa Inggeris oleh Mohamed el-Tahir el-Masawi). Lihat Malik Bennabi, Asal Usul Masyarakat Manusia: Rangkaian Hubungan Sosial ‘On The Origins of Human Society’, terj. (Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara, 2007), 81.
228  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 2:830.
229  Al-Sha‘rawi, Juzu’ ‘Amma, 383.
230  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 4:8463-8465.
231  Ibid., 2: 830, 2021-2022.
232  Ibid., 13:8065-8067.


  1. Isu Saintifik Tabii (Natural Science)


Pengkajian saintifik natural atau tabii (al-Kawniyyah) ini lebih banyak dibahaskan oleh para sarjana mahupun mufassir dalam pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an. Ini kerana perkembangan gerak kerja saintifik dan teknologi dari semasa ke semasa membawa kepada penemuan-penemuan ilmiah yang belum ditemui sebelum ini. Hal ini bukan sahaja menyerlahkan kemukjizatan al-Qur’an, malah membuktikan kebenaran perkhabaran yang dibawa oleh al-Qur’an233 dalam pelbagai dimensi ayat mengenai penciptaan alam semesta meliputi kejadian langit, bumi, penciptaan manusia dan sebagainya. Justeru pengkaji telah memilih beberapa komponen berikut sebagai sampel kajian untuk menjelaskan kaedah pentafsiran al-Sha‘rawi menerusi mandala saintifik.



Jadual 3.5 : Sampel Ayat Kajian Dalam Saintifik Tabii Berdasarkan Perspektif al-
Sha‘rawi.


Bil.

Sampel Ayat

Komponen Saintifik
01.
Surah Al-Waqi’ah : 75-76
Astronomi/ I‘jaz al-‘Ilmi
02.
Surah Al-Naba’: 6-7
Geologi/ I‘jaz al- ‘Ilmi
03.
Surah Al-Rahman: 19-22
Oseanografi/ I‘jaz al- ‘Ilmi




  1. Surah  Al-Waqi‘ah Ayat 75-76.





َع ِظِ ٌم ﴿76
فََ٘ أ قْ ِس م ِِبََياقِِع الن جيِم ﴿75﴾ َوإِنَّ ُه لََق َس ٌم لَّْي تَ ْعلَ مي َن







233  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:9.


Maksudnya: “Maka Aku (Allah) bersumpah: demi tempat beredarnya bintang-bintang. Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya.”

Surah Al-Waqi‘ah (56) : 75-76



Isu pertama saintifik tabii dalam bahagian ini ialah mengenai sumpah Allah SWT terhadap tempat peredaran bintang seperti yang disebut pada ayat 75 Surah al-


Waqi‘ah. Pengkajian tentang tempat peredaran bintang ini (جيِم الن
َمَياقِِع) (Zodiacal)234


adalah merupakan salah satu komponen dalam perbahasan ilmu astronomi. Ilmu astronomi mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Pengkajian ilmu ini telah bermula sejak era sains purba sebelum Yunani, dan perkembangannya didorong oleh keperluan masyarakat kepada takwim dan perkembangan geometri kepada keperluan kejuruteraan sivil dan pembinaan pada ketika itu235. Penyerapan sains asing dalam pengkajian sains Islam menjadikan bidang kajian ilmu ini semakin berkembang dan dimurnikan selaras dengan kriteria yang digariskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah236, dan ilmu ini juga diklasifikasikan dalam perbahasan Sains Propaedeutik237.


Hakikat kepentingan ilmu astronomi terbayang dalam ayat-ayat al-Qur’an yang menyentuh mengenai ciptaan Allah di langit (satu perlapan dalam ayat al-Qur’an berkaitan persoalan tersebut)238. Ilmu ini merupakan satu bidang yang mengkaji secara





234  Laman sesawang Space.Com, dicapai pada 29 Mei 2014, http://www.space.com/25131-zodiacal-light- march-night-sky.html.
235  Ibid.
236  Ibid.
237  Antara  bidang kajian  lain Sains propaedeutik  ialah mengenai aritmetik (arimatiqi),  geometri (jumatriya), muzik (musiqi). Lihat Hairudin Harun, Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, 6.
238  Sami Ahmad al-Musili, al-I’jaz al-‘Ilmi fi al-Qur’an: Ta’sil Fikri wa Tarikh wa Manhaj (‘Amman: Dar al-Nafais, 2001), 45.


kuantitatif atau simbolik fenomena kausal239 tabii dan objek fizik alam. Kesemua usaha ini adalah bertujuan untuk memahami fenomena alam secara rasional khasnya ilmu kaji bintang. Ia turut mempunyai kaitan dengan peranan alam tabii sebagai  instrumen penting manusia bagi melaksanakan tasawur al-Din Islam.


Kepentingan ilmu ini dari segi kehidupan rohaniah dan intelek juga mendorong umat Islam menghasilkan pelbagai bidang ilmu yang berkaitan sehingga melahirkan ramai cendekiawan Muslim. Justeru, perbahasan ilmu astronomi juga adalah merupakan ayat Allah (termasuk penciptaan di bumi dan manusia), iaitu media kedua bagi ayat- ayat al-Qur’an yang juga berperanan sebagai pelengkap kepada al-Qur’an  sebagai media pertama. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu mengingati, membantu dan memudahkan manusia melaksanakan suruhan pensyariatan dalam Islam240.
Jika diteliti, perbahasan komponen ilmu ini banyak ditemui dalam al-Qur’an. Misalnya, Zaghlul al-Najjar berdasarkan karya beliau Tafsir al-Ayah al-Kawniyyah fi al-Qur’an al-Karim telah membahaskan sebanyak 159 ayat berkaitan alam semesta, manakala selebihnya ayat berkenaan penciptaan manusia (32 ayat) dan kesihatan (4 ayat)241. Penemuan atau isyarat ini membuktikan bahawa penelitian rencam terhadap



239  Bersebab. Kamus Dewan, ed. ke-4, 638, entri “kausal”.
240 Misalnya fenomena alam yang dijelaskan menerusi Surah al-Isra’ ayat 78 menjelaskan isyarat tentang batasan waktu solat tertentu. Hal ini bukan sahaja menunjukkan kebenaran al-Qur’an menerusi fenomena alam, malah hikmah pensyariatan dalam Islam terangkum melalui korelasi antara Allah, manusia dan alam.


ۚ إِ َّن ق ْرآ َن الَْف ْجِر َكا َن َم ْش ويًدا
أَقِِم ال َّصََ٘ة لِ دل يِك ال َّش ْم ِس إَِٰىل َغ َس ِ ُ اللَِِّْل َوق ْرآ َن الَْف ْجِر


Maksudnya: “Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).” (Surah al-Isra’ (17): 78).
241 Melalui analisis topikal, penulis mendapati beliau hanya mentafsirkan ayat-ayat tertentu yang terdapat di dalam 66 buah surah sahaja iaitu; Al-Baqarah, Ali- ‘Imran, Al-Nisa’, Al-Ma’idah, Al-An’am, Al- A’raf, Al-Tawbah, Yunus, Hud, Yusuf, Al-Ra’d, Al-Hijr, Al-Nahl, Al-Isra’, Al-Kahf, Taha, Al-Anbiya’,


hikmah penceritaan dalam al-Qur’an mengenai alam semesta khasnya ilmu astronomi perlu dilakukan dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Hal ini bukan sekadar membuktikan kemukjizatan al-Qur’an, malah menguatkan keimanan melalui pengamatan dan penelitian. Hal yang sama juga turut dinyatakan oleh al-Sha‘rawi di samping turut menjelaskan bahawa  ayat-ayat Allah SWT mengenai fenomena alam perlu dikaji kerana ia bukan hanya membawa manhaj sahaja (seperti kitab yang diturunkan sebelumnya)242, tetapi mendatangkan mukjizat sebagai bukti kebenaran risalah yang diturunkan243.

Antara ayat lain yang menyentuh komponen astronomi dalam al-Qur’an ialah; Surah Yasin ayat 37-40244, Surah Yunus ayat 5245, Surah al-Furqan ayat 46246, Surah al- Baqarah ayat 22247, dan surah al-Takwir ayat 15-16248. Allah SWT berfirman:



ِِبَُْ ٍد َوإَِّ۵ لَ ميِسع ي َن
َوال َّس َماءَ ب َنَ ِْ نَا َها


Maksudnya: “Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan




Al-Hajj, Al-Mu’minun, Al-Nur, Al-Furqan, Al-Naml, Al-‘Ankabut, Al-Rum, Luqman, Al-Sajdah, Al- Ahzab, Saba’, Fatir, Yasin, Al-Safat, Al-Zumar, Ghafir, Fussilat, Al-Shura, Al-Hashiah, Al-Ahqaf, Al- Fath, Qaf, Al-Zariyat, Al-Tur, Al-Najm, Al-Qamar, Al-Rahman, Al-Waqi’ah, Al-Hadid, Al-Tolaq, Al- Mulk, Al-Haqqah, Al-Ma’arij, Nuh, Al-Qiyamah, Al-Insan, Al-Mursalat, Al-Naba’, Al-Nazi’at, ‘Abasa, Al-Takwir, Al-Infitar, al-Buruj, Al-Tariq, Al-Ghasyiah, Al-Syams, Al-Tin, Al-‘Alaq, Al- Qaria’h.. Zaghlul al-Najjar, Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Qur’an Al-Karim (Qaherah: Maktabah al-Syuruq al-Dauliyyah, Jilid 1-4, 2007) 9. Lihat juga Selamat Amir et al., “Scientific Assimilation In The Interpretation Of The Qur’ān: An Approach To Zaghlūl  El-Najjār’s Work Entitled ‘Tafsīr Al-Ayah Al-Kawnīyyah Fī Al-Qur’ān Al-Karīm’” Al-Bayan Journal (Journal of Al- Qur’an & Al-Hadith), Department of Al-Qur’an & Al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, v. 10, no. 2 (December 2012), 49-68.
242  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:16.
243  Ibid.,16.
244  Ayat mengenai kumpulan benda  atau objek yang mengelilingi matahari. Lihat Muhammad Kamil
‘Abd al-Samad, Mukjizat Ilmiah Dalam Al-Qur’an, 28.
245  Ayat ini memberikan isyarat tentang fungsi bulan dan matahari dalam penentuan bilangan tahun dan perhitungan waktu. Ibid., 32.
246  Ayat ini menjelaskan mengenai fenomena gerhana matahari. Ibid., 36.
247  Menjelaskan tentang kejadian langit dan fungsi-fungisnya. Ibid., 48.
248  Ayat yang menunjukkan isyarat kewujudan komet. Ibid., 41.


sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas
tidak terhingga.”
(Surah al-Zariyat (51) : 47)





Dalam ayat ini Allah SWT menggunakan perkataan musi’un (َن ِسعُو
ُمو )  yang


berasal daripada kalimah wasa‘a (وسع). Menurut The Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan menterjemahkan kalimah wasa’a (وسع) sebagai to be wide, roomy, spacious, extensive yang bermaksud; menjadi besar, luas249. Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim menterjemahkan ayat ini dengan maksud “Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru (langit) dan kami meninggikannya tanpa tiang”250. Hal yang sama juga ditafsirkan oleh Sayyid Qutb dalam Tafsir fi Zilal al- Qur’an dan membuat sedikit penambahan bahawa; “Mungkin juga keluasan di sini diisyaratkan dengan makna lain iaitu berkenaan dengan tempat  penyimpanan rezeki.251”. Manakala Zaghlul al-Najjar252 dalam tafsir beliau menyatakan bahawa ayat ini adalah merupakan isyarat kebenaran keluasan alam ini. Fenomena sebenar berkaitan ayat ini tidak diketahui oleh para intelektual melainkan selepas kurun ke-20 apabila para saintis mendapati korelasi ayat ini dengan konsep pengembangan alam dalam teori fenomena Big Bang253 yang telah diterima oleh pakar-pakar sains pada hari ini.


Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan pentafsiran oleh Sa’id Hawa dalam

Tafsir al-Asas fi al-Tafsir. Beliau berkata: “Maksud ayat ini adalah langit ini Allah




249 J. Milton Cowan, The Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, 3rd Edition (New York: Spoken Language Service, 1976), 1068.
250  Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 13:221
251 Pernah dikatakan sebelumnya bahawa rezeki itu berada di langit, walaupun dalam konteks di atas, langit hanya sekadar lambang untuk menunjukkan rezeki yang ada di sisi Allah SWT. Lihat Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Qur’an, 6:3371.
252  Zaghlul al-Najjar, Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Qur’an Al-Karim, 3:421.
253 Mengikut teori ini, diperingkat awal selepas berlakunya letupan Big Bang, alam ini mengembang 10 kuasa 50 daripada saiznya yang asal.


SWT jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan atau Allah SWT jadikan ia luas. Ayat ini secara mukjizat berhubung dengan kejadian alam. Ia juga menunjukkan ilmu al-Qur’an jauh ke hadapan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal dengan al-Qur’an kerana sombong dengan ilmu sains yang dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat”254.

Perbahasan ayat mengenai pengkajian astronomi banyak disebut di dalam al- Qur’an, sama ada secara umum atau khusus. Jadual berikut adalah sebahagian ayat al- Qur’an yang membahaskan fenomena astronomi berdasarkan tema-tema tertentu.


Jadual 3.6 : Ayat Al-Qur’an Berkaitan Saintifik Astronomi Berdasarkan Tafsir al-Sha‘rawi 255


Bil.

Surah & No. Ayat
Tema256
01.
Fussilat: 11257
Teori Kejadian Alam
02.
Hud: 7258
Tempoh Penciptaan Alam
03.
Al-Nazi‘at: 28-30259
Fenomena Kosmologi
04.
Al-A‘raf: 54260
Kejadian Bintang



254  Sa’id Hawa, Al-Asas fi al-Tafsir,10:5522.
255 Ayat yang dinyatakan oleh pengkaji adalah merupakan sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur’an yang terpilih yang diperoleh menerusi pengamatan terhadap Tafsir al -Sha’rawi. Lihat Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5569-5573. Al-Sha‘rawi, Mu‘jizat al-Qur’an, 1:22.
256 Pembahagian tema setiap ayat adalah berdasarkan pentafsiran yang dilakukan oleh al-Sha‘rawi dalam tafsir beliau dan penjelasan yang dimuatkan oleh beliau di dalam karya lain seperti kitab Mu’jizat al- Qur’an dan diselaraskan oleh pengkaji berdasarkan perbahasan ilmu astronomi menurut pandangan sarjana terkini. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 4:903. Lihat juga Al-Sha‘rawi, Mu‘jizat al-Qur’an, jilid 1, 2, 5. Lihat juga Michael A. Seeds et al., Perspective on Astronomy (Belmont: Thomoson Books/Cole, 2008).
257  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 2:957, 1002.
258  Ibid., 3:13506.
259  Ibid., 10:6325.
260  Al-Sha‘rawi, Juzu’ ‘Amma, 93-94.


05.
Al-Tariq: 1-3261
Fenomena Komet (al-Najm al-Thaqif)
06.
Al-Anbiya’: 33262, Yasin: 38263
Putaran Bumi, Matahari dan Bintang pada paksinya



Justeru pemilihan Surah al-Waqi‘ah ayat 75-76 sebagai sampel kajian utama dalam komponen sains astronomi ini memiliki signifikan yang tersendiri berdasarkan perspektif al-Sha ̒rawi. Perincian lanjut akan dibahaskan dalam bab empat berikutnya.



  1. Surah Al-Naba’ Ayat 6-7.





َوا ْْلِبَا َل أَْوَ۳ ًدا ﴿ 7
َ ِم َوا ًدا ﴿ 6
أَََلْ َْن َع ِل آَْْر


Maksudnya: “Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasaknya.

Surah Al-Naba’ (78) : 6-7



Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengulas beberapa teori serta konsep dasar berkaitan keseimbangan bumi meliputi bidang kajian gunung sebagai pasak bumi. Pengkajian ini adalah berdasarkan pentafsiran yang dilakukan oleh al-Sha‘rawi di dalam tafsir beliau. Surah al-Naba’ ayat 6 hingga 7 ini adalah merupakan isharah mengenai ilmu kaji bumi yang disebut sebagai ilmu geologi oleh para saintis, ianya juga termasuk










261  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 7:4160.
262  Ibid., 15:9533.
263  Ibid., 20:12660.


di dalam perbahasan alam deria (‘Alam Shahadah)264 merupakan segala yang wujud di sekitar manusia dan ia boleh dikaji menggunakan pemikiran dan deria.


Ilmu geologi adalah merupakan salah satu bidang kajian saintifik mengenai bumi; komposisi, struktur, bentuk fizikal, sejarah dan proses pembentukannya265. Menurut pendapat Prof Dr Ibrahim Komoo266, geologi adalah suatu ilmu yang mengkaji keadaan, perkembangan dan kandungan bumi serta kajian terhadap kejadian, perkembangan dan evolusi hidupan di bumi. Pada masa kini, geologi merangkumi juga kajian mengenai cakerawala seperti planet dan satelit. Sebahagian daripada ilmu berkenaan menggunakan antara lain prinsip, hukum dan pengetahuan bidang biologi, fizik, kimia dan matematik. Namun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui kepentingan dan prospek bidang geologi kepada masyarakat dan negara.


Ilmu ini juga berkait rapat dengan alam sekitar fizikal dan sejarah alam semesta dan hidupan yang terdapat di permukaan bumi, dengan melihat apakah telah berlaku sejak 4,600 juta tahun lampau, dan boleh meramal apakah yang akan berlaku pada masa hadapan. Geologi tidak sahaja mengenai sains tulen, tetapi banyak membabitkan aspek




264 Abu Hassan Ali et al., Ensiklopedia Pendidikan Sains Dalam al-Qur’an (Kuala Lumpur: Emedia Publication, 2005), 1:51. Lihat juga Mohamed Akhiruddin Ibrahim, “Pentafsiran Ayat Kawniyyah : Kajian Terhadap Metodologi Muhammad Al-Amin Al-Harari Dalam Tafsir Hada'iq al-Rawh wa al- Rayhan fi Rawabi 'Ulum al-Qur'an” (Tesis Kedoktoran Jabatan al-Qur’an al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2013), 31.
265 Alan D. Sills, Earth Science the Easy Way (New York: Barron Educational Series, 2003), 6, 9, 95. Creative Media Application, Earth Science, v. 3 (New York: Greenwood Publishing Group, 2004), 43.
266 Pensyarah Jabatan Geologi (kini Program Geologi), Fakulti Sains Fizik dan Gunaan (FSFG) (kini Fakulti Sains dan Teknologi (FST)), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mendapat pendidikan ijazah pertama dalam bidang geologi dari UKM pada 1976. Meraih ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Geologi Kejuruteraan pada 1979. Pernah bertugas sebagai pengurus kanan di Petronas pada 1990 hingga 1993 dan kini berkhidmat sebagai pensyarah dan Professor di UKM .Temu bual penulis pada 18 Mei 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia.


sains gunaan267. Justeru, pemilihan ayat 6 hingga 7 daripada Surah al-Naba’ adalah interpretasi terhadap pengkajian saintifik terhadap alam seperti yang disebut oleh al- Sha‘rawi sebagai ‘hikmah tersembunyi’268 dalam kemukjizatan al-Qur’an yang perlu pengkajian rinci pada hari ini berdasarkan perspektif saintifik moden, walaupun dahulunya isharah (ًدا أَْوَ۳ َل ْْلِبَا َوا) difahami secara saintifik bayani269.
Secara umumnya, al-Qur’an telah menyebut ayat berkaitan ilmu kaji bumi atau geologi (al-Ard) sebanyak 375270 kali meliputi dalam pelbagai dimensi sama ada mendatangkannya secara mufrad atau mengaitkannya dengan ayat-ayat al-Kawniyyah yang lain untuk menjelaskan fungsi dan peranannya. Antaranya Allah SWT menyatakan bahawa antara tanda kebesaran Allah SWT ialah langit dan bumi tegak mengikut perintahnya; (Surah al-Rum ayat 25)271, bumi menumbuhkan biji-bijian; (Surah Yasin ayat 33)272, bumi tempat tinggal manusia; (Surah al-A’raf ayat 128)273, bumi terdiri daripada gunung-ganang dan sungai-sungai; (Surah al-Ra’d ayat 3)274. Selain itu, Allah SWT juga mencipta bumi asalnya kering, kemudian Allah SWT turunkan hujan untuk menyuburkan bumi yang dapat menumbuhkan berbagai-bagai jenis tanaman yang dapat memberikan manfaat kepada manusia; (Surah al-Hajj ayat 5)275.











267  Ibid.
268  Al-Sha‘rawi, Juzu’ ‘Amma, 33-34.
269  Ibid.
270  Lihat Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi, al-Mu‘jam al-Mufahras li al-Faz al-Qur’an al-Karim, 33-40.
271  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 17:16788.
272 Ibid., 20:12645
273 Ibid., 7:4306
274 Ibid., 12:7186.
275 Ibid., 16:9702-9704.


Manakala dalam Surah al-A‘raf ayat 41276 dijelaskan tentang ilmu geologi yang berkaitan dengan asal kejadian bumi dengan menunjukkan proses pembentukan bumi. Al-Qur’an menegaskan bumi ini diciptakan dengan tanah yang rata, gunung-gunung dan sungai-sungai dengan bermacam-macam-macam jenis  tanaman yang semuanya memberi manfaat kepada manusia dan hidupan lain277. Ketika mentafsirkan ayat ini, Zaghlul al-Najjar menjelaskan bahawa Allah SWT secara tersirat menjelaskan keadaan bentuk bumi seperti yang terkandung di dalam Surah al-Anbiya’ ayat 44278. Kerana


أَطَْرافَِوا( kalimah
ِم ْن
ص َوا
ق نَن) mempunyai pertalian rapat dengan perubahan bentuk dan


diameter bumi apabila diteliti melalui dimensi ilmu geologi279. Walaupun Ibn Kathir280 dan al-Maraghi281 ketika mentafsirkan ayat ini tidak menjelaskan secara saintifik istilah nanqusuha, tetapi menyeru untuk mendalami secara rinci makna di sebalik ayat ini kerana sudah pasti terdapat hikmah di sebalik simbolik perkaitan kekuasaan Allah SWT dengan fenomena geo-fizik bumi sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan manusia.


Terdapat   beberapa contoh   lain isharah   berdimensi   geologi yang   turut diketengahkan oleh al-Sha‘rawi dalam tafsir beliau, antaranya ialah;






ِ ِ َ ِ ِ


276
ۚ َو هَي َسِرُ ع ا َْحِ َسا ِب
ۚ َوا َّڕ َْي ك م َٗ م َعق ََ َح ْك ِمُِه
أََوََلْ ُ ََرْوا أََّ۵ ََنِِْت آَْْر َ نَن ق ص َوا م ْن أَطَْراف َوا


Maksudnya : “Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya? Dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa yang dikehendakiNya; tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukumNya, dan dia lah juga yang amat cepat hitungan hisabNya.” (Surah al-A‘raf (13) :41).
277  Lihat juga Yahya Jusoh et al., Pendidikan Falsafah Sains al-Qur’an (Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2007), 221.
278  Zaghlul al-Najjar, Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Qur’an Al-Karim, 1:241.
279  Ibid., 242-243.
280  Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 7:169-170.
281  Ahmad Mustafa al-Maraghi, Tafsir al-Maraghi, 13:117-118.


Jadual 3.7 : Ayat al-Qur’an Berkaitan Saintifik Geologi Berdasarkan Tafsir al-
Sha‘rawi 282


Bil.

Surah & No. Ayat
Tema283
01.
Al-Ghashiah: 19284

Geomorfologi285
02.
Al-Tur: 7286
03.
Al-Nazi‘at: 32287
Petrologi288
04.
Fatir: 27-28289
Mineralogi290
05.
Al-Naml: 88291
Geofizik292













282 Pembahagian ayat berserta tema ini adalah berdasarkan pengamatan pengkaji terhadap pentafsiran al- Sha‘rawi dalam Tafsir al-Sha‘rawi mengenai beberapa ayat terpilih yang berkaitan dengan ilmu kaji bumi dan korelasi yang dilakukan terhadap penemuan saintifik semasa tentang ilmu kaji bumi. Ia juga dikuatkan dengan pentafsiran al-‘Ilmi yang dilakukan oleh Zaghlul al-Najjar dalam tafir beliau.
283 Pembahagian tema setiap ayat adalah berdasarkan pentafsiran yang dilakukan oleh al-Sha‘rawi dalam tafir beliau dan penjelasan yang dimuatkan oleh beliau di dalam karya lain seperti kitab Mu’jizat al- Qur’an dan diselaraskan oleh pengkaji berdasarkan perbahasan ilmu astronomi menurut pandangan sarjana terkini. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1, 2, 4:903. Lihat juga Muhammad Mutawalli al- Sha‘rawi, Mu’jizat al-Qur’an, 1, 2, 5. Lihat juga Michael A. Seeds et al., Perspective on Astronomy.
284  Al-Sha‘rawi, Juzu’ ‘Amma, 338-340.
285 Kajian tentang asal usul, struktur dan perkembangan ciri-ciri topografi kerak bumi. Rosnah Salleh et al., Geografi Fizikal (Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd, 2007), 114.
286  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 23:14630.
287  Al-Sha‘rawi, Juzu’ ‘Amma, 95
288 Kajian tentang asal usul, komposisi, pembentukan, struktur batuan. Lihat laman sesawang Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, dicapai September    2014, http://www.jmg.gov.my/pelanggan/perkhidmatan-makmal/mineralogi-dan-petrologi.
289  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 20:12490-12499.
290 Kajian mengenai pembentukan mineral, kristalografi, kimia mineral, sifat-sifat fizikal mineral serta kaedah asas pengelasan mineral. Laman sesawang Universiti Sains Malaysia, dicapai September 2014, http://mineral.eng.usm.my /web% 20halaman%20mineral/ebs209.htm.
291  Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 17:10857-10859.
292 Cabang geologi yang menggunakan ilmu fizik untuk mengkaji sifat-sifat bumi, termasuk meteorologi, oseanografi, dan seismologi. Richard S. Selley, Unsur Geologi Petroleum, terj. Ariffin Samsuri (Johor Baru: Universiti Teknologi Malaysia, 1999), 85.


Walau bagaimanapun, dalam kajian  ini, pengkaji hanya akan memfokuskan kepada Surah al-Naba’ ayat 6 hingga 7 sesuai dengan pembahagian komponen saintifik neutral. Analisis terperinci akan dibahaskan pada bab selanjutnya.



  1. Surah Al-Rahman Ayat 19-21.





َربِ ك َما
آَِٗء
فَبِأَ ِ ي
20﴿
ُ َْبغَِِا ِن
َّٗ
ب َِْ نَ و َما ب َْرَزٌخ
19﴿
ُ َْلتَِقَِان
الْبَ ْحَرُْ ِن
َمَرَج


ت َك ِذَ۲ ِن﴿ 21

Maksudnya: “Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?.

Surah Al-Rahman (55) : 19-21



Isu ketiga saintifik tabii dalam kajian ini ialah mengenai perbahasan pemisah dua lautan yang disebutkan di dalam al-Qur’an. Tumpuan utama adalah terhadap fenomena yang disebut sebagai ‘garisan pemisah air’ (َْرَزٌخ ب) yang terdapat dalam Surah al-Rahman ayat 19 hingga 21. Fenomena ini adalah merupakan sebahagian daripada penemuan yang membawa kepada pengkajian yang lebih rencam terhadap ilmu kelautan atau dari segi saintifiknya disebut ilmu oseanografi berdasarkan isyarat yang ditemui di dalam al-Qur’an. Kepelbagaian fenomena alam menerusi perincian terhadap ayat-ayat al-Kawniyyah yang terdapat di dalam al-Qur’an adalah sebagai bukti kukuh kebenaran kemukjizatan al-Qur’an sehingga hari kiamat.


Perlu difahami, fenomena yang berlaku dalam ilmu oseanografi khasnya berdasarkan ayat-ayat al-Kawniyyah di dalam al-Qur’an adalah merupakan satu bidang kajian yang masih baru kerana ulama dan mufassir terdahulu kurang menekankan aspek ini selaras dengan disiplin ilmu pengetahuan pada ketika itu293. Justeru, pendekatan al- Sha‘rawi ketika mentafsirkan ayat ini telah membuka ruang yang lebih luas agar isu-isu dalam saintifik tabii al-Qur’an perlu diteliti sesuai dengan pengetahuan semasa yang berautoriti dan diyakini kesahihannya.


Berdasarkan pandangan Zaghlul al-Najjar, keluasan dan kepelbagaian hidupan di laut seperti yang diketahui dan diperkukuhkan dengan penemuan para saintis menjadi bukti kewujudan pelbagai rahsia yang mampu menjadi bukti kebesaran Allah SWT. Penguasaan ilmu ini bukan sahaja menjadi penguat keimanan, malah menjadi dalil kebenaran al-Qur’an tentang alam oseanografi294.

Fenomena chemical oceanography yang membentuk ‘garisan pemisah air’ (َْرَزٌخ ب) di lautan adalah merupakan salah satu komponen dalam perbahasan ilmu oseanografi yang menjadi perhatian sarjana ilmu kelautan kerana wujudnya korelasi dengan ayat al- Qur’an yang memberikan gambaran awal fenomena ini. Hal ini sekali gus membawa kepada penemuan-penemuan baru yang lain yang belum pernah diterokai sebelum ini.


Apabila diteliti dalam al-Qur’an, perbahasan mengenai ilmu oseanografi tidak dibahaskan secara khusus keseluruhannya, sebaliknya Allah SWT mendatangkan pelbagai bentuk isharah atau petunjuk untuk manusia memikirkan makna di sebalik



293  Quraish  Shihab, Mukjizat  al-Qur’an:  Ditinjau dari  Aspek Kebahasaan,  Isyarat Ilmiah dan Pemberitaan Ghaib (Bandung: Penerbit Mizan, 1997), 169.
294  Zaghlul al-Najjar, Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Qur’an Al-Karim, 1:9.


ayat  tersebut.  Situasi ini  menurut al-Qaradawi295   bertujuan  untuk meraikan  akal manusia berfikir mengenai kejadian alam.


Berdasarkan pengamatan pengkaji, terdapat beberapa ayat al-Qur’an mendedahkan rahsia dan penemuan penting yang terkandung di dalam perbahasan ilmu oseanografi.
  1. Allah  telah membuktikan  dan menceritakan bagaimana  laut telah berfungsi sebagai tentera Allah. Peristiwa ini dirakamkan dalam kisah Nabi Musa dan
Firaun. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 50:

َوإِ ْذ فَ َرقْ نَا بِ ك م الْبَ ْحَر فَأَنَِْ نَا ك ْم َوأَ ْغَرقْ نَا آ َل فِْرَعْي َن َوأَنت ْم تَنظ رو َن
Maksudnya: “ Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya”.
(Surah al-Baqarah (1) : 50)



Menurut Jamal ‘Afifi dalam kajian beliau296, kesinambungan ayat ini turut ditemui dalam Surah Yunus ayat 90-91297, Surah al-Shu‘ara’ ayat 61-63298, Surah Taha ayat 77-78299, Surah Yunus ayat 22300 dan Surah al-Isra’ ayat 67301.






295  Al-Qaradawi, Bagaimana Berinteraksi Dengan al-Qur’an, 440.
296  Jamal ‘Afif, “al-Bahr fi al-Qur’an”, Laman sesawang al-Alukah al-Shar‘iyyah, dicapai pada 9 Julai 2014.   http://www.alukah.net/sharia/0/8603/


َحََّّت إِذَا أَْدَرَك ُه الْغََر ق قَا َل آََمنْ ت أَنَّ ُه َٗ إِلَ ُهَ إَِّٗ الَّ ِذي آََمنَ ْت بُِِه ب َن ي إِ ْسَرائِِ َل { 297
}آَّْ َن َوقَ ْد َع َصِْ َت قَ بْ ل َو كنْ َت ِم َن الْ مْف ِس ِدُ َن{ - }َوأََ۵ ِم َن الْ م ْسلِ ِمَّي
َو َجاَوْزَ۵ بِبَِِن إِ ْسَرائِِ َل الْبَ ْحَر فَأَتْ بَ َع و ْم فِْرَعْي ن َو جن ي ده ب َغًِْا َو َع ْدًوا


}فَانْ َفلَ َ ُ فَ َكا َن ك ل فِْرٍق َكالطَّْيِد الَْع ِظِِم                  َسَِ ْو ِدُ ِن* فَأَْو َحِْ نَا إَِىل مي َسٌ أَِن ا ْضِر ْب بَِع َصا َك الْبَ ْحَر { 298
فَ لَ َّما تَ َراءَى ا ْْلَْم َعا ِن قَا َل أَ ْص َحا ب مي َسٌ إَِّ۵ لَ م ْدَر كي َن* قَا َل َكَّ٘ إِ َّن َمعِ ََ َرِ ّب


  1. Allah SWT juga menjelaskan antara fungsi laut ialah sebagai sumber rezeki

(Surah al-Nahl ayat 14)302  dan laluan pengangkutan bagi kapal-kapal berlayar

(Surah al-Jathiyah ayat 12)303.

  1. Laut juga adalah merupakan medan ujian bagi golongan tertentu seperti yang

dikisahkan dalam peristiwa Bani Israel. Allah SWT berfirman:



َسْبتِِو ْم
ِحِتَان و ْم ُ َْيَم
ِت إِ ْذ َأْتِِ ِو ْم
َحا ِضَرَة الْبَ ْحِر إِ ْذ ُ َ ْع دو َن ِِف ال َّسْب
َع ِن الَْقْرَُِة الَِِّت َكانَ ْت
َوا ْسأََْل ْم


ۚ َك َٰذلِ َك ن َْب ل ي هم ِِبَا َكان يا ُ َْف س قي َن
ۚ َٗ َأْتِِ ِو ْم
شَّرًعا َوُ َْيَم َٗ َُ ْسبِت ي َن


Maksudnya: “Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai
(penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan- ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang  kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik”.

(Surah al-A‘raf (7) : 163)



  1. Fenomena yang terjadi di lautan juga menjadi wasilah bukti kebesaran Allah SWT melalui penemuan-penemuan ilmiah (العلمِة اكتشافات) seperti fenomena


pertemuan  dua laut (َْلتَِقَِان ُ
الْبَ ْحَرُْ ِن
َمَرَج)  dalam  Surah al-Rahman  ayat 19-22,






ِ ِ ِ ِِ


}الِِْم َما َغ ِشَِ و ْم            ف َدَرًكا َوَٗ ََتْ َشٌ{ 299
*َولََق ْد أَْو َحِْ نَا إ َىل مي َسٌ أَ ْن أَ ْسِر بعبَاِدي فَا ْضِر ْب ََل ْم طَِرًُقا ِِف الْبَ ْحِر ُ َبَ ًسا َٗ ََتَا
فَأَتْ بَ َع و ْم فْرَعْي ن ِب ن يِدهِ فَ غَ ِشَِ و ْم ِم َن


َجاءَتْ َوا ِرُ ٌٌ َعا ِص ٌٌ َو َجاءَ ه م الْ َمْي ج ِم ْن ك ِ ل { 300
َحََّّت إِذَا كنْ ت ْم ِِف الْ فلْ ِك َو َجَرُْ َن ِِِْم بِِرُ ٌٍ طَِ ِبٍَة َوفَِر حيا َِِا
هَي الَّ ِذي ُ َسِ ري ك ْم ِِف الْبَ ِر َوالْبَ ْحِر


}َم َكا ٍن َوظَن يا أَن َّ و ْم أ ِحِ َط ِِِْم َد َع يا ا َّڕَ ُمْلِ ِص ََّي لَ ُه ال ِدُ َن لَئِ ْن أَْنَِْ تَ نَا ِم ْن َه ِذهِ لَنَ كينَ َّن ِم َن ال َّشاكِِرُ َن


َجاءَتْ َوا ِرُ ٌٌ َعا ِص ٌٌ َو َجاءَ ه م الْ َمْي ج ِم ْن ك ِ ل { 301
َحََّّت إِذَا كنْ ت ْم ِِف الْ فلْ ِك َو َجَرُْ َن ِِِْم بِِرُ ٌٍ طَِ ِبٍَة َوفَِر حيا َِِا
هَي الَّ ِذي ُ َسِ ري ك ْم ِِف الْبَ ِر َوالْبَ ْحِر


}َم َكا ٍن َوظَن يا أَن َّ و ْم أ ِحِ َط ِِِْم َد َع يا ا َّڕَ ُمْلِ ِص ََّي لَ ُه ال ِدُ َن لَئِ ْن أَْنَِْ تَ نَا ِم ْن َه ِذهِ لَنَ كينَ َّن ِم َن ال َّشاكِِرُ َن


ِِِِ
ِ ِ ِ ِ ِ


ََحًْما طَِرا۶ َوتَ ْستَ ْخِر جيا منْ ُه حلَِْةً تَ لْبَ سين ََوا َوتَ َرى الْ فلْ َك َمَياخَر فِ ُه َولتَ بْ تَ غ يا ِم ْن فَ ْضلُِِه َولََعلَّ ك ْم { 302
}تَ ْش ك رو َن
َس َّخَر الْبَ ْحَر لتَأْ  كل يا منْ ُه 
َو هَي الَّذي


ِ ِ ِ ِ ِ


َس َّخَر لَ ك م الْبَ ْحَر لتَ ْجِر َي الْ فلْ ك فِ ُه ِِبَْمِرهِ َولتَ بْ تَ غ يا ِم ْن فَ ْضلُِِه َولََعلَّ ك ْم تَ ْش ك رون{ 303
الَّذي َّڕ ا}. Lihat juga Surah al-Isra’ ayat 66.


fenomena kegelapan dan kedalaman laut (ٍض
ْع َ ب َق ْي فَ َوا ض ْع بَ ٌت َما ل ظ) dalam Surah al-




Nur ayat 40 dan istilah (ۚ 
جير ْس َم الْ ْحِر َوالْبَ) yang dinyatakan dalam Surah al-Tur ayat


6. Penemuan-penemuan saintifik sebegini yang ditemui menerusi isharah al- Qur’an telah menjadi titik tolak kepada penemuan baru yang membuktikan kebenaran kemukjizatan ayat al-Qur’an seperti yang diketengahkan oleh Shaykh Muhammad Mutawalli al-Sha‘rawi dalam tafsir beliau.
Jadual 3.8 : Ayat al-Qur’an Berkaitan Saintifik Oseanografi Berdasarkan Tafsir al-Sha‘rawi304


Bil.

Surah & No. Ayat
Tema305
01.
Al-Rahman: 19-22

Chemical Oceanography306
02.
al-Furqan: 53
03.
Al-Nur: 40

Physical Oceanography307
04.
Al-Nahl: 14
05.
Al-Tur: 66
Biological Oceanography308









304 Pembahagian ayat berserta tema ini adalah berdasarkan pengamatan pengkaji terhadap pentafsiran al- Sha‘rawi dalam Tafsir al-Sha‘rawi mengenai beberapa ayat terpilih yang berkaitan dengan ilmu kaji bumi dan korelasi yang dilakukan terhadap penemuan saintifik semasa tentang ilmu oseanografi. Ia juga dikuatkan dengan pentafsiran al-‘Ilmi yang dilakukan oleh al-Zindani dan Zaghlul al-Najjar dalam tafsir beliau.
305 Pembahagian tema setiap ayat adalah berdasarkan pentafsiran yang dilakukan oleh al-Sha‘rawi dalam tafsir beliau dan penjelasan yang dimuatkan oleh beliau di dalam karya lain seperti kitab Mu’jizat al- Qur’an dan diselaraskan oleh pengkaji berdasarkan perbahasan ilmu astronomi menurut pandangan sarjana terkini. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1, 2, 4:903. Lihat juga Muhammad Mutawalli al- Sha ̒rawi, Mu’jizat al-Qur’an, 1, 2, 5. Lihat juga Ross, D. A, Introduction to Oceanography (New Jersey: Prentice Hall Inc, Englewood Clift’s, 1977), 438.
306  Reaksi kimia yang terjadi dan unsur-unsur kimia di permukaan laut dan dasar laut. Ibid.
307 Iaitu aspek fizik air laut seperti gerakan air laut, unsur dan suhu air, transmisi cahaya, bunyi, unsur tenaga yang terhasil di dalam laut serta kondisi udara di dalam laut. Ibid.
308  Mengetahui jenis-jenis kehidupan di laut serta hubung kaitnya dengan keadaan sekeliling. Ibid.


Penemuan saintifik yang semakin banyak ditemui dalam ilmu kelautan menunjukkan korelasi utuh ayat al-Qur’an sebagai asas utama terhadap perkembangan ilmu telah mengembangkan bidang kajian oseanografi dari semasa ke semasa. Dalam kajian ini, penulis tidak akan memperincikan kesemua komponen ilmu oseanografi, sebaliknya hanya tertumpu pada perbahasan ayat 19 hingga 21 dalam Surah al-Rahman.

No comments:

Post a Comment

 
back to top