- Tujuan Penulisan Tafsir Al-Sha‘rawi
Adapun tujuan penulisan dan penyusunan tafsir ini ialah agar keilmuan al- Sha‘rawi tidak hilang ditelan zaman selain mampu disebarkan ke seluruh dunia untuk dimanfaatkan oleh umat Islam khususnya. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, keseluruhan tafsir ini adalah merupakan rakaman kuliah tafsir al-Qur’an beliau. Walaupun cetakan audio seperti dalam bentuk MP38 dan video dalam bentuk cakera padat9 telah dihasilkan, ia masih belum memadai, kerana ketika al-Sha‘rawi menyampaikan tafsir al-Qur’an beliau turut mencampur adukkan penggunaan bahasa Arab ‘ammi (bahasa perbualan/pasar) yang hanya difahami oleh masyarakat Mesir amnya. Justeru anggota lajnah khas melihat manfaat yang lebih besar jika ia diterbitkan dalam bentuk buku. Ini kerana perkara yang lebih mustahak ialah agar isi kandungannya dapat diolah ke dalam bahasa Arab fushah untuk lebih mudah difahami di samping proses takhrij dan tahqiq dapat dilakukan sekali gus mampu memberikan manfaat kepada umat Islam seluruhnya.
- Metode Al-Sha‘rawi Dan Hubung Kait Dengan Pentafsiran Saintifik
- Sumber Utama Penulisan Tafsir Al-Sha’rawi
Berdasarkan analisis pengkaji, al-Sha‘rawi tidak menyenaraikan secara khusus dalam tafsir beliau sumber rujukan yang digunakan seperti yang dilakukan oleh segelintir mufassir lain yang menyatakan sumber rujukan seperti Sayyid Qutb dalam
8 “Tafsir al-Qur’an al-Karim li Fadilah al-Shaykh Muhammad Mutawalli al-Sha‘rawi”, Muassasah al- Muhammadi li al-Tijarah Madinah al-Munawwarah, 2009, MP3.
9 “Tafsir al-Qur’an al-Karim li Fadilah al-Shaykh Muhammad Mutawalli al-Sha‘rawi”, Muassasah al- Muhammadi li al-Tijarah Madinah al-Munawwarah, 2009, video.
tafsirnya Fi Zilal al-Qur’an10, Sa‘id Hawa menerusi tafsirnya al-Asas fi al-Tafsir11, dan sebagainya. Namun berdasarkan penelitian rinci yang dilakukan pengkaji terhadap tafsir beliau, didapati uslub dan metode penerangan dalam tafsir ini adalah sintesis12 atau rangkuman daripada kepelbagaian bidang ilmu sama ada meliputi sumber al-Naqliyyah dan sumber al-‘Aqliyyah. Justeru tidak hairanlah wujudnya argumentasi yang menyatakan Tafsir al-Sha‘rawi adalah merupakan tafsir al-‘Ilmi, tafsir al-Ijtima‘i, tafsir al-Mawdhu‘i, tafsir al-Lughawi, tafsir al-Fiqhi, tafsir al-Tarbawi dan tafsir al-Wa‘zi,13 kerana setiap aspek ini didapati turut dibahaskan dengan panjang lebar oleh al-Sha‘rawi dalam tafsir beliau ketika mentafsirkan ayat yang berkaitan. Hal ini jelas membuktikan legitimasi keilmuan beliau sebagai seorang ulama yang setanding dengan mufassir yang sebelumnya.
Penemuan ini juga sekali gus memberikan dapatan intelektual bahawa metodologi al-Sha‘rawi ketika mentafsirkan ayat-ayat terpilih dalam al-Qur’an telah melalui satu dimensi baru dalam pentafsiran al-Qur’an. Iaitu kemampuan beliau mengadaptasi pemikiran saintifik semasa ketika mengolah ayat al-Qur’an. Pada pengamatan pengkaji, interpretasi baru yang beliau lakukan adalah untuk; menyerlahkan kemukjizatan al-Qur’an dalam pelbagai disiplin ilmu, mendedahkan al- Qur’an sebagai solusi terbaik dalam menangani isu semasa yang berlaku, dan menjadikan al-Qur’an sebagai sumber utama dalam tradisi perkembangan ilmu semasa.
10 Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur’an (Beirut: Dar al-Shuruq, 1995), 1:11.
11 Sa‘id Hawa, al-Asas fi al-Tafsir (Qaherah: Dar al-Salam, 1993), 1:3.
12 Sintesis ialah proses menyatukan pelbagai unsur, bahagian, elemen untuk membentuk kesatuan yang lebih padu dan kompleks. Lihat Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2007), 1502, entri “sintesis”
13 ‘Umar Ya‘qub Jamil al-Solihi, Madrasah al-Shaykh al-Sha’rawi fi al-Tafsir (‘Amman: Dar al-Arar li al-Nashr wa al-Tawzi’, 2009), 282.
Menerusi analisis yang dilakukan, penulis membahagikan sumber rujukan Tafsir al-Sha‘rawi kepada dua komponen utama iaitu :
- Rujukan yang disebut secara tidak langsung dan
- Rujukan yang tidak dinyatakan dalam tafsir beliau.
- Rujukan Yang Disebut Secara Tidak Langsung
Penulis mendapati komponen yang pertama ini adalah terdiri daripada rujukan yang sering dinyatakan oleh al-Sha‘rawi ketika membahaskan sesuatu ayat yang berkaitan bertujuan untuk menguatkan lagi pandangan yang beliau kemukakan. Dengan
menggunakan istilah “صاحب” yang membawa erti “pemilik” atau penulis bagi sesuatu
karya yang dirujuk, seperti “الكشاف
صاحب” dan “الظالل صاحب ” bererti pemilik atau
penulis kitab tafsir al-Kashshaf dan kitab tafsir al-Zilal. Antaranya ialah:
- Tafsir al-Kashshaf karya al-Zamakhshari.
Ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi serta binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah”,14 beliau mengambil pandangan al- Zamakhshari dengan menyatakan “Berdasarkan pendapat penulis Tafsir al- Kashshaf iaitu al-Zamakhshari beliau berkata: ‘aku bersumpah aku makan
14 Surah al-Baqarah ayat 173.
apa yang kalian makan seperti daging dan ikan melainkan apa yang telah ditegah sepertimana yang telah disepakati oleh ijma‘ ‘ulama”15.
- Tafsir Fi Zilal al-Qur’an karya Sayyid Qutb.
Menurut al-Sha‘rawi pemilihan argumen yang dibawa oleh Sayyid Qutb ketika mentafsirkan Surah al-Nisa’ ayat 7 yang bermaksud : “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat”16 adalah sangat relevan dan menarik untuk diketengahkan. Ini kerana Sayyid Qutb membawa satu analogi sangat menarik untuk difikirkan, iaitu: “Bagaimanakah keadaan waris orang yang telah meninggal dunia yang terdiri daripada kanak-kanak atau wanita? Adakah perlu untuk dipertimbangkan berbanding seorang lelaki dewasa. Sedangkan jika difikirkan seorang lelaki dewasa adalah lebih mampu untuk berdikari dan berkuasa berbanding kanak-kanak dan wanita. Kerana apabila dirujuk pada “Teori Mendel” (Mendels Law)17 didapati bahawa kanak-kanak akan mewarisi pelbagai aspek daripada ibu, ayah dan datuknya sama ada meliputi perkara baik ataupun buruk. Seperti penyakit dan bentuk penciptaan. Justeru mengapa hak mereka tidak seimbang?”.18
- Kitab Kalimat al-Qur’an karya Husnin Makhluf.
Ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan Surah al-Anfal ayat 25 yang membincangkan soal fitnah (bala yang membawa bencana), beliau
15 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:715.
16 Surah al-Nisa’ ayat 7.
17 Mendels Law adalah merupakan satu teori yang membincangkan aspek genetik secara saintifik. Diasaskan oleh Gregor Johann Mendel pada tahun 1865. Lihat Peter J. Bowler, The Mendelian Revolution: The Emergence of Hereditarian Concepts in Modern Science and Society (Maryland: Johns Hopkins University Press, 1989), 8. Lihat juga Hasan Heather, Mendel And The Law Of Genetics (New York: The Roses Publishing Group Inc, 2005), 24.
18 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 2:2015.
mengatakan “Guru kami Husnin Makhluf pernah menyebut inti pati ayat ini ialah sifat berhati-hati daripada melakukan dosa yang menjadi sebab kepada turunnya bala”19
- Karya lain yang turut dijadikan rujukan oleh al-Sha‘rawi ialah kitab Bi Hujjah al-Sudur20 karya Haidar ‘Ali al-Bihai, kitab Nuqtah al-Kaf21 karya al-Kashani dan kitab al-Aqdas22
- Rujukan Yang Tidak Dinyatakan Dalam Tafsir
Rujukan yang tidak dinyatakan dalam tafsir beliau ini meliputi kepada beberapa bahagian:
Pertama, al-Sha‘rawi hanya menyebut hadith yang berkaitan dengan ayat yang dibahaskan tanpa menyatakan sumber hadith tersebut. Pengesahan dilakukan selepas proses ‘takhrij hadith’ dilakukan.
Kedua, al-Sha‘rawi hanya menyebut nama penulis mahupun tokoh tanpa menyatakan nama kitab yang dirujuk. Pengesahan diperoleh selepas semakan pada rujukan asal yang dilakukan.
Ketiga, rujukan yang dikenal pasti berdasarkan skop dan tema tertentu seperti perbahasan asbab al-Nuzul, aspek linguistik dan perbincangan sejarah.
19 Ibid., 8:4654.
20 Al-Sha‘rawi mendatangkan contoh kitab ini sebagai sebuah kitab yang telah menyeleweng dari landasan Islam. Bertepatan ketika beliau mensyarahkan Surah al-Ma’idah ayat 51. Ibid., 5:3226.
21 Ibid., 5:3225.
22 Kitab ini adalah merupakan sebuah kitab suci bagi penganut agama Bahai yang diasaskan oleh Mirza Husayn Ali Nuri (Bahaullah 1817 - 1892). Ibid., 5:3226.
- Kitab Hadith
Antara kitab hadith yang dikenal pasti dijadikan rujukan dalam Tafsir al- Sha‘rawi ialah kitab Sahih al-Bukhari23, kitab Sahih Muslim, kitab Musnad Imam Ahmad24, kitab al-Muwatta’25, kitab Sunan Abu Dawud26, dan kitab Sunan Ibn Majah27.
- Kitab Tafsir Bi Al-Ma’thur
Kitab Tafsir bi al-Ma’thur yang dijadikan rujukan oleh al-Sha‘rawi ialah Tafsir al-Qur’an al-‘Azim atau dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir28 dan Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an atau Tafsir al-Tabari29.
- Kitab Tafsir Bi Al-Ra’yi
23 Ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan surah Yunus ayat 86, beliau mendatangkan sebuah hadith iaitu ( ال لنفسه يحب ما ألخيه يحب حتى أحدكم يؤمن). Muhammad Ismail Abu Abd Allah al-Bukhari, Sahih al-Bukhari (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1992), 1:11 (Kitab al-Iman”, Bab Min al-Iman An Yuhibbu li Akhihi Ma Yuhibbu Li Nafsihi, no. hadith 13). Lihat juga Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 10:6156.
24 Penulis mendapati petikan hadith daripada Musnad Ahmad menerusi penerangan Surah Yunus ayat
90. (استقم ثم باهلل امنت قل). Ahmad Muhammad Hambal, Musnad Ahmad (Beirut: Tab‘ah ‘alim al-Kitab, 1998), 6:6181. Lihat juga Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 10:6156.
25 Ketika mentafsirkan Surah Yunus ayat 93, al-Sha‘rawi telah memetik sebuah hadith bersumberkan
kitab Muwatta’ Imam Malik. Hadith tersebut berbunyi ( اال؟ ِباًلي َ
َج َبا اًن؟ قَا َل: نَ َع ْم، فَ ِقي َل َ َُل: َأيَ ُكو ُن الْ ُم ْؤِم ُن
َأيَ ُكو ُن الْ ُم ْؤِم ُن
َك َّذا اب؟ فَ َقا َل: ال.
َأيَ ُكو ُن الْ ُم ْؤِم ُن
َ َُل:
َل ِقي فَ :قال ْم، َع نَ :َل قَا). Lihat Imam Malik, al-Muwatta’ (Beirut: Muassasah al-
Risalah, 1998), 2:169 (Bab Bin Salim Ma Jaa fi al-Sidq, no. hadith 2088). Lihat juga Al-Sha‘rawi,
Tafsir al-Sha‘rawi, 10:6189.
26 Ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan surah Yunus ayat 86, beliau mendatangkan sebuah hadith ( أوالدكم مروا المضاجع في بينهم وفرقوا سنين لعشر عليها واضربوهم سنين لسبع بالصالة) bersumber daripada Sunan Abu Dawud. Abu Dawud Sulaiman bin al-Sh‘ath, Sunan Abu Dawud (Beirut: Muassasah al-Rayyan li al-Taba‘ah wa al-Nashr, t.t.), 1:385 (Kitab al-Solah, Bab Mata Yu’min al-Ghulam bi al-Sillah). Lihat juga Al- Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 10:6233.
27 Ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan Surah Yunus ayat 100, beliau telah memetik potongan hadith daripada kitab Sunan Ibn Majah iaitu (عليه استكرهوا وما والنسيان الخطأ أمتي عن تجاوز هللا إن). Abū ʻAbdillāh Muḥammad ibn Yazīd Ibn Mājah al-Rabʻī al-Qazwīnī, Sunan Ibn Majah (Beirut: Dar al-Ma‘rifah, 1996), 2:514 (Kitab al-Talaq, bab Talaq al-Nas al-Mukrih). Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 10:6233.
28 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5510. Abu Al-Fida, 'Imad Ad-Din Isma'il bin 'Umar bin Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, ed. ke- 2 (Beirut: Dar al-Ma‘rifah, 2000), 2: 406. Al-Sha‘rawi, Tafsir al- Sha‘rawi, 2:2558.
29 Ibid., 8:4616. LIhat juga Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir al-Tabari, Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-
Qur’an (Qaherah: Dar al-Fikr, 2000), 9:135.
186
Manakala tafsir bi al-Ra’yi yang dijadikan sumber rujukan al-Sha‘rawi antaranya Kitab Tafsir Mafatih al-Ghayb (Tafsir al-Razi) karya Imam al- Razi30, Tafsir al-Bahr al-Muhit karya Abu Hayyan al-Andalusi,31 Tafsir al-Futuhat al-Ilahiyyah Bi Tawdih Tafsir al-Jalalayn li al-Daqaiq al- Khafiyyah karya Imam Sulayman al-‘Ijili al-Shafi‘i,32 al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an tulisan Imam al-Qurtubi,33 Tafsir al-Qur’an al-‘Azim karangan al-Tustari34, kitab Haqaiq al-Tafsir karya al-Silmi,35 kitab Lataif al-Isharat tulisan al-Qushayri,36 kitab Ruh al-Bayan karya Shaykh Isma‘il Haqi al-Barraswayh,37 al-Bahr al-Madid fi Tafsir al-Qur’an al- ‘Azim karangan Ibn ‘Ajibah,38 Tafsir Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim karya al-Alusi39 dan kitab Zahrah al-Tafasir karangan Abu Zahrah.40
30 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5510. Al-Razi, al-Tafsir al-Kabir “Mafatih al-Ghayb” (Beirut: Dar al-Ma‘rifah, 1998), 16:175.
31 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 5:5464. Lihat juga Abu ‘Abd Allah Bin Muhammad Yusuf ‘Ali Bin Hayyan al-Andalusi, Tafsir al-Bahr al-Muhit (Beirut: Dar al-Fikr li al-Taba‘ah wa al-Nashr, t.t.), 5:498.
32 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:18. Lihat Sulayman al-‘Ijili al-Shafi‘i, Tafsir al-Futuhat al- Ilahiyyah Bi Tawdih Tafsir al-Jalalayn li al-Daqaiq al-Khafiyyah (Beirut: Dar al-Kutub al-Matbu‘ah, 1996), 1:16.
33 Al-Sha‘rawi menjadikan tafsir rujukan yang lebih menjurus kepada perbahasan hukum fiqh. Lihat Al- Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:6012. Lihat juga Abu ‘Abd Allah Muhammad al-Andalusi al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (Qaherah: Dar al-Hadith, 1996), 17:63.
34 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 18:11472. Al-Tustari, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah, 2002), 121.
35 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 18:1128. Lihat juga al-Silmi, Haqaiq al-Tafsir (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2001), 1:234.
36 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:145. ‘Abd al-Karim al-Qushayri, Lataif al-Isharat (Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah, 1999), 121.
37 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 17:10675. Shaykh Isma‘il Haqi al-Barraswayh, Ruh al-Bayan
(Qaherah: Matba‘ah ‘Uthmaniyyah, t.t.).
38 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 17:11297. Ibn ‘Ajibah, al-Bahr al-Madid fi Tafsir al-Qur’an al-
‘Azim (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2004), 1:121.
39 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 17:11264. Al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim
(Beirut: Dar al-Fikr, 1987), 39.
40 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 17:11264. Abu Zahrah, Zahrah al-Tafasir (Qaherah: Dar al-Fikr, t.t.), 4:1720.
- Kitab Asbab Al-Nuzul
Kitab Asbab al-Nuzul tulisan al-Wahidi al-Naysabur41 dan kitab Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul karya Imam al-Suyuti42 menjadi sumber utama al-Sha‘rawi ketika membuat korelasi antara sebab dan hikmah penurunan ayat.
Selain daripada rujukan yang dinyatakan, penulis juga menemui beberapa disiplin ilmu lain yang dijadikan rujukan ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan ayat al- Qur’an. Antaranya kitab Sirah Ibn Hisham43 dan al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah44 mengenai perbahasan sejarah Islam. Manakala kitab al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an45, Lisan al-‘Arab46 dan Mu‘jam al-Wasit47 yang lebih menjurus kepada aspek ‘ulum al- Qur’an dan linguistik.
Kendatipun, pengkaji mendapati pelbagai lapangan keilmuan lain yang meliputi aspek saintifik ketuhanan, sosial dan natural berdasarkan gaya perbahasan dan hujah yang dipersembahkan serta teknik penyampaian oleh al-Sha‘rawi ketika mentafsirkan al-Qur’an. Misalnya, pengkaji mendapati ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan beberapa ayat terpilih yang mempunyai hubung kait dengan keilmuan semasa, beliau cuba
41 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:502. Abi al-Hasan ‘Ali bin Ahmad, Asbab al-Nuzul (Beirut: Dar Kutub al-‘Ilmiyyah, 1995), 39.
42 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5510. Jalal al-Din al-Suyuti, Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul
(Beirut: Dar Ihya’ al-‘Ulum, 1998), 126.
43 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5445. Ibn Hisham, Sirah Ibn Hisham (Beirut: al-Maktabah al-
‘Ilmiyyah, t.t.), 4:398.
44 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5345. Lihat Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Isabah fi Tamyiz al-
Sahabah (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1995), 1:599
45 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 9:5502. Al-Suyuti, al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an (Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.), 281.
46 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:162. Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab (Qaherah: Dar al-Fikr, 2000), 13:519.
47 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:162.
mentafsirkan ayat tersebut dengan menggunakan pendekatan al-Tajdid; iaitu memahami usul perbahasan dari perspektif turath serta menginterpretasikan dengan penemuan semasa (Iktishafat al-‘Ilmiyyah) yang terdiri daripada aspek penemuan ilmiah, pemikiran, isu-isu semasa yang meliputi sosio budaya, pendidikan, pentadbiran dan sebagainya. Contoh akan dikemukakan dengan terperinci pada Bab Empat analisis ayat- ayat terpilih.
Contoh yang paling ketara ialah ketika beliau mentafsirkan beberapa tema al- Qur'an, antaranya isu mengenai; al-Qur’an wa Qawanin al-Qur’an-Kawn48, al-Qur’an farq Hawajiz al-Kawn49, Allah wa al-Kawn50, Mu‘jizah al-Isra’ wa al-Mi‘raj51, Mu‘jizah al-Khalq52, al-Qur’an- wa al-Nafs al-Bashariyyah53, Harakah al-Hayah fi al- Kawn54.
- Metodologi Penulisan Dan Pentafsiran Tafsir Al-Sha’rawi
Metodologi adalah merupakan satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan dan ia juga diertikan sebagai disiplin55. Manakala Aziz Yahya mengatakan kalimah metodologi memiliki maksud yang luas
48 Al-Sha‘rawi, Mu‘jizah al-Qur'an, 1:83.
49 Ibid., 101.
50 Ibid., 2:7.
51 Ibid., 2:113.
52 Ibid., 3:125.
53 Ibid., 5:5.
54 Ibid., 5:95.
55 Kamus Dewan, ed. ke-4, 1030, entri “metodologi”.
berkaitan prosedur dan cara pengolahan bagi menjelaskan sesuatu perkara mahupun data56.
Berdasarkan Kamus Oxford, metodologi boleh membawa dua makna, iaitu pertama: The science of method, manakala makna kedua: A body of method used in particular branch of activity57. Erti metodologi merujuk kepada Colling English Dictionary adalah: the system of method and participles used in particular activity58.
Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa metodologi ialah satu prinsip dan prosedur tertentu yang digunakan dalam sesuatu kajian. Ia merupakan satu sistem yang digunakan secara berterusan bagi mengenal pasti prinsip dan cara dalam menjalankan sesuatu aktiviti dan kajian. Dalam perspektif kajian terhadap pentafsiran ini, ia lebih fokus kepada prinsip dan kaedah yang digunakan secara berterusan oleh Muhammad Mutawalli al-Sha‘rawi ketika mentafsirkan tema- tema terpilih terhadap ayat elemen saintifik berkaitan Divine Science, Social Science dan Natural Science.
Berdasarkan pemerhatian dan analisis rinci yang dilakukan terhadap Tafsir al- Sha‘rawi, penulis mendapati beliau mempunyai metode tersendiri ketika mentafsirkan al-Qur’an khususnya tiga komponen elemen saintifik yang dibahaskan. Ini bukanlah bermaksud beliau membuat keputusan tersendiri sehingga mengabaikan metode yang diaplikasi oleh para ulama terdahulu, sebaliknya usaha beliau dalam mengambil
56 Aziz Yahya et al., Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, 2006), 17.
57 Judy Pearsall & Bill Trumble, Oxford English Reference Dictionary, ed. ke- 2 (New York: Oxford
University Press, 2002), 909, entri “method”.
58 Sandra Anderson, Colling English Dictionary, ed. ke- 9 (New York: Collins, 2007), 861, entri
“method”.
pendekatan dalam mentafsirkan ayat berkenaan menampakkan sedikit kelainan dari ahli tafsir yang lain.
Untuk mengenal pasti metodologi yang diguna pakai oleh al-Sha‘rawi, penulis menyenaraikan metode al-Sha‘rawi secara umum berdasarkan telahan rinci yang telah dilakukan. Pengkaji telah mengenal pasti metode-metode yang telah digunakan oleh pengarang ini dalam menyusun dan mentafsirkan ayat tersebut di dalam karyanya, iaitu:
i. Menyusun Tafsir Berdasarkan Turutan Surah
Tafsir al-Sha‘rawi yang berjumlah 23 jilid ini keseluruhannya disusun secara konsisten mengikut turutan surah seperti kebanyakan mufassir sebelumnya59. Iaitu dimulakan dengan Surah al-Fatihah, dan di akhiri dengan Surah al-Nas60.
- Tafsir Dimulakan Dengan Mukaddimah
Tafsir dimulakan dengan pendahuluan ringkas setebal 29 halaman meliputi perbincangan pelbagai aspek, antaranya ialah berkaitan pengertian al-Qur’an61, kepentingan ilmu dan amal62, kaedah berhadapan musuh Islam berdasarkan manhaj al- Qur’an63, kepentingan al-Qur’an dalam kehidupan, Isharah I‘jaz al-Qur’an seperti i‘jaz
59 Lihat Metode Tafsir Al-Tabari, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilal Al-Qur’an, Tafsir al-Suyuti. Al-
Tabari, Tafsir Al-Tabari (Qaherah : Dar Al-Ma`arif, 1985), j. 1-5. Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-
`Azim : al-Ma`Ruf bi-Tafsir Ibn Kathir (Riyad : Dar al-Salam li al-Nashr Wa-al-Tawzi’, 2004), j. 1-5. Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilal al-Qur'an: Di Bawah Bayangan al-Qur'an, terj. (Kota Bharu : Pustaka Aman Press, 2000), j. 1-5. Al-Suyuti, Tafsir al-Durr al-Manthur Fi al-Tafsir al-Ma'thur (Baeirut :Dar al-Fikr, 1993).
60 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:23.
61 Ibid,10.
62 Ibid,11-13.
63 Ibid,10-14.
al-Bayani, i‘jaz al-‘Ilmi yang perlu dikuasai dan difahami oleh umat Islam64 serta pengertian dan signifikan terhadap kewujudan ta‘awwuz dalam al-Qur’an65. Selain itu, al-Sha‘rawi juga menekankan kepentingan tadabbur secara berterusan terhadap ayat- ayat al-Qur’an mendedahkan lagi kemukjizatan dan rahsia yang terkandung di dalamnya.
- Menyatakan Sebab Penamaan Setiap Surah
Pada setiap awal permulaan surah, al-Sha‘rawi akan membahaskan sebab-sebab penamaan pada setiap surah. Misalnya ketika beliau menceritakan bagaimana Allah SWT meletakkan kalimah al-Maidah itu sebagai salah satu nama surah dalam al- Qur’an, al-Sha‘rawi mengatakan: “Sesungguhnya surah ini dinamakan dengan Surah al-Ma’idah rentetan daripada peristiwa Nabi ‘Isa berdoa kepada Allah SWT setelah didesak oleh golongan al-Hawariyyun66 untuk menurunkan al-Ma’idah kepada mereka”. Doa nabi ‘Isa ini dirakamkan oleh Allah dalam Surah al-Ma’idah ayat 11467,
.اللَّو َّم رب َّنَا أَنِزْل علَِ نَا مائَِدًة ِم َن ال َّس َماِء68 iaitu:
َ َ ْ َ
- Perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an
Selain itu, pengkaji juga mendapati al-Sha‘rawi turut membahaskan persoalan- persoalan berkaitan ‘ulum al-Qur’an ketika mentafsirkan ayat al-Qur’an. Pendekatan ini menyerlahkan lagi keunikan pengolahan ayat al-Qur’an berdimensi dalam tafsir ini.
64 Ibid,14-26.
65 Ibid, 27.
66 Al-Hawariyyun adalah jamak dari kata Hawari, yaitu pengikut setia Nabi ‘Isa, yang selalu mendampingi beliau berdakwah menegakkan agama Allah di kalangan Bani Israil. Al-Qur’an menyebut mereka sebagai Ansar Allah, yaitu para penolong agama Allah (Mujahid). Lihat kalimah (حور), Ahmad Faris Zakariya, Mu’jam Maqayis al-Lughah (Dimashq: Dar al-Fikr, 1979), 2:162, Lihat
juga Muhammad Saed Abdul-Rahman, The Meaning and Explanation of the Glorious Qur'an (United Kingdom: MSA Publication, 2009), 3:47-48.
67 Surah al-Ma’idah : 114.
68 Lihat juga Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 5:2887
192
Antara elemen ‘ulum al-Qur’an ialah Asbab al-Nuzul, al-Makki wa al-Madani, ilmu al- Qiraat, al-Nasikh wa al-Mansukh, al-Muhkam wa al-Mutashabih dan ilmu Israiliyyat.
- Asbab Al-Nuzul
Menurut Ibn Taymiyyah ilmu Asbab al-Nuzul menggambarkan pemahaman terhadap nas al-Qur’an dalam konteks luaran iaitu aspek suasana, tempat dan masa69. Selain itu, ilmu ini membantu untuk memahami sebahagian perbahasan hukum hakam dalam al-Qur’an. Sebagai contoh ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan ayat 94 daripada Surah al-Nisa’ bermaksud: “Dan janganlah kamu (terburu- buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadah): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal)”70. beliau menjelaskan sebab turunnya ayat ini berdasarkan riwayat daripada Ibnu ‘Abbas yang bermaksud: “seorang lelaki yang memiliki harta rampasan perang telah memberi salam kepada sekumpulan lelaki Muslim, lalu lelaki tersebut di bunuh dan hartanya telah dirampas”71, lalu Allah menurunkan ayat ini menegur perbuatan mereka72.
b) Al-Makki Wa Al-Madani
Al-Sha‘rawi bukan sekadar menetapkan pembahagian ayat al-Makki wa al- Madani seperti yang diterangkan dalam Surah al-Baqarah ayat 67-7373, malah
69 Ibn Taymiyyah, Muqaddimah fi Usul al-Tafsir (Qaherah: Maktabah al-Turath al-Islami, t.t.), 129.
70 Surah al-Nisa’ : 94
71 Imam Bukhari, Sahih Bukhari (Riyad: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’, 2000), 378 (Kitab al- Tafsir”, no. hadith 4591)
72 Lihat juga Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 4:2561
73 Ibid., 1:96
193
beliau turut mendefinisikan takrif al-Makki wa al-Madani74, hal ini kerana ulama berselisih pendapat berkenaan persempadanan Mekah dan Madinah dan juga sebahagian tempat yang terletak di antara keduanya. Selain itu, pengkaji mendapati beliau turut memberikan komentar terhadap kelebihan signifikan penurunan ayat al-Qur’an sama ada di Mekah atau Madinah75.
- Ilmu Al-Qiraat
Dalam hal ini, al-Sha‘rawi menjelaskan kepentingan bacaan Qiraat kerana penetapannya adalah bersifat tawqifi76. Walaupun terdapat perbezaan dalam beberapa aspek, ianya adalah thabit daripada Rasulullah SAW. Justeru ulama seperti al-Suyuti, Subhi Saleh, al-Zarkashi telah menetapkan tiga syarat utama penerimaan qiraat, iaitu : Pertama, Sanad yang sahih daripada Rasulullah SAW. Kedua, qiraat hendaklah bertepatan dengan salah satu mushaf uthmaniyyah dan ketiga, bertepatan dengan kaedah bahasa Arab77. Antara contoh qiraat yang dikemukakan oleh beliau ialah ketika menerangkan, ayat ke-4 daripada Surah al- Fatihah. Al-Sha‘rawi menyatakan kalimah “الدين يوم ملك” boleh dibaca dalam dalam dua bentuk qiraat iaitu: ملك dan مالك78. Contoh lain ialah dalam Surah al- An‘am ayat 12279 dan Surah al-Maidah ayat 11280.
- Al-Nasikh Wa Al-Mansukh
74 Ibid., 1:99
75 Ibid., 1:98-100.
76 Ibid., 4:2559.
77 Al-Suyuti, al-Dur al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur, 138. Al-Zarkashi, al-Burhan fi ‘Ulum al-
Qur’an, 318. Subhi Saleh, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an (Beirut: Dar ‘Ilm wa al-Malayin, 1996), 18.
78 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:68.
79 Ibid., 7:3913.
80 Ibid., 6:3416.
Ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan ayat 65 daripada Surah al-Anfal yang bermaksud:”Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu);”81. Beliau menjelaskan bahawa ayat ini telah dinasakhkan oleh ayat yang seterusnya iaitu ayat 66 dalam surah yang sama iaitu: “Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang”82. Hal ini menurut beliau sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas kemampuan hambaNya dan sebagai renungan kepada kaum muslimin seluruhnya83. Konsep nasakh menurut pandangan beliau adalah bertepatan dengan para ulama sebelumnya yang telah membahaskan perkara ini, iaitu bermaksud menghilangkan, penggantian dan pemindahan ayat yang sedia ada dengan ayat yang lain. Ianya bukan bermaksud pembatalan nas, tetapi ia bermaksud masa untuk fungsi sesuatu hukum telah tamat84.
- Al-Muhkam Wa Al-Mutashabih
Elemen ini juga turut ditekankan oleh al-Sha‘rawi ketika mentafsirkan ayat al- Qur’an, dan hal ini telah menjadi kebiasaan para ulama tafsir sebelumnya agar matlamat inti pati utama yang ingin disampaikan menerusi tafsir dapat difahami.
81 Surah al-Anfal (8) : 65.
82 Surah al-Anfal (8) : 66.
83 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 1:514.
84 Lihat al-Suyuti, al-Tahbir fi ‘Ilm al-Tafsir (Qaherah: Dar al-Manar, 1986), 251. Ibn Taimiyyah, Muqaddimah fi Usul al-Tafsir, 22. Salamah, al-Nasikh wa al-Mansukh fi al-Qur’an al-Karim (Qaherah: Dar al-Hikmah li al-Taba‘ah wa al-Nashr, 1994), 15.
Antara contoh ialah seperti yang terkandung dalam Surah ali-‘Imran ayat 785,
Surah al-Maidah ayat 3886 dan Surah Taha ayat 587
- Ilmu Israiliyyat.
Dalam membincangkan hal ini, pengkaji mendapati al-Sha‘rawi memiliki metode tersendiri ketika berinteraksi dengan ayat al-Qur’an yang terangkum elemen Isra’iliyyat. Beliau akan membahaskan aspek ini apabila terdapat 3 elemen yang utama iaitu: Pertama, apabila tidak terdapat satu riwayat yang menyebut kisah Isra’iliyyat tersebut. Kedua, riwayat tersebut tidak dinyatakan sumbernya seperti tidak memiliki sanad88, dan ketiga, apabila kisah Isra’iliyyat yang diceritakan dalam al-Qur’an memerlukan huraian dan penjelasan lebih lanjut89.
- Pentafsiran Al-Qur’an Dengan Al-Qur’an
Metode ini juga dikenali dengan pentafsiran bi al-Ma’thur, iaitu kaedah terbaik ketika mentafsirkan al-Qur’an berdasarkan pandangan jumhur ulama’90. Dan metode ini juga sinonim dengan mufassir terdahulu ketika mentafsirkan al-Qur’an, antaranya; al- Tabari91, al-Samarqandi92, al-Tha‘labi93, al-Baghawi94, Ibn ‘Atiyyah95, Ibn Kathir96 dan
85 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 2:1237..
86 Al-Sha‘rawi menyatakan ayat ini sebagai contoh bagi ayat Muhkam. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 2:1237..
87 Manakala ayat ini pula contoh kepada ayat Mutashabih. Ibid., 15:9218
88 Sebagai contoh dapat dilihat dalam Surah al-Haj ayat 52 dan Surah al-Najm ayat 19 dan ayat 22. Ibid., 16:9873-9880, 1:415.
89 Ibid., 1:495. Surah al-Maidah ayat 115. Ibid., 6:3467.
90 Ibn Taymiyah, Muqaddimah fi Usul al-Tafsir, 93. Al-Zahabi, al-Tafsir wa al-Mufassirun (Beirut: Dar al-Yusuf, 2000), 163. Manna’ Khalil Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, ed. ke- 11 (Qaherah: Maktabah Wahbah, 2000), 340.
91 Al-Tabari, Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an, 2:290-291.
92 Al-Samarqandi, Bahr al-‘Ulum, 1:40.
al-Suyuti97. Pengkaji mendapati al-Sha‘rawi menggunakan metode ini pada hampir keseluruhan ayat yang beliau bahaskan. Contohnya ketika beliau mentafsirkan Surah ali-‘Imran ayat 32, al-Sha‘rawi menjelaskan sesungguhnya apabila Allah SWT menyeru untuk melakukan ketaatan, ia merangkumi tiga komponen utama iaitu ketaatan kepada Allah, ketaatan kepada Rasul dan ketaatan kepada uli al-Amri (pemerintah yang bertaqwa). Elemen ini sering kali diulang dalam al-Qur’an kerana ianya saling berkait untuk membentuk kehidupan manusia yang lebih teratur dan sempurna”98. Contoh lain dapat dilihat dalam Surah al-An‘am ayat 12199, Surah al-Nisa’ ayat 125100.
- Pentafsiran Al-Qur’an Dengan Al-Sunnah
Metode ini juga tergolong dalam kelompok pentafsiran bi al-Ma’thur101, pentafsiran al-Qur’an dengan al-Sunnah berdasarkan pendapat al-Sha‘rawi adalah sebagai pelengkap makna tersurat dan tersirat yang terkandung dalam al-Qur’an. Misalnya, ketika al-Sha‘rawi mentafsirkan Surah al-Nisa’ ayat 80102, beliau menjelaskan erti sebenar ketaatan kepada Rasul itu adalah dengan mengikuti sunnah yang ditinggalkannya. Menurut beliau, walaupun bilangan rakaat dalam solat tidak dinyatakan secara khusus dalam al-Qur’an, sebagai mukmin wajib untuk mengimani segala apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan mengikuti segala apa yang
93 Al-Tha‘labi, al-Kashf wa al-Bayan ‘an Tafsir al-Qur’an (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 2002), 1:125.
94 Al-Baghawi, Ma‘alim al-Tanzil fi Tafsir al-Qur’an (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, t.t.), 1:294.
95 Ibn ‘Atiyyah, al-Muharrir al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1995), 1:604.
96 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an bi al-Qur’an, 110-111.
97 Al-Suyuti, al-Dur al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, 245.
98 Ketika mentafsirkan ayat ini beliau menguatkan hujahnya dengan membawakan Surah al-Nur ayat 54 dan Surah al-Nisa’ ayat 59. Lihat Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 3:1422-1426.
99 Ibid, 7:3909.
100 Ibid, 5:2666.
101 Ibn Taymiyah, Muqaddimah fi Usul al-Tafsir, 93.
102 Bermaksud; “Barangsiapa yang mentaati Rasul, maka dia telah mentaati Allah”. Surah al-Nisa: 80.
terkandung dalam al-Qur’an103. Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangan tersebut”104. Hal ini kerana manhaj Rasulullah SAW adalah manhaj terbaik dan terhindar dari segala penyelewengan105.
- Penekanan Terhadap Aspek Linguistik Al-Qur’an
Berdasarkan analisis, penulis mendapati al-Sha‘rawi konsisten terhadap penekanan aspek linguistik al-Qur’an. Hal ini sekali gus membuktikan kredibiliti beliau terhadap aspek bahasa Arab yang menjadi kriteria utama106 seorang mufassir dalam mentafsirkan al-Qur’an. Al-Sha‘rawi akan menerangkan kalimah yang sukar difahami dengan menggunakan bahasa yang paling mudah107, beliau juga menjelaskan sebab- sebab penggunaan sesuatu kalimah dalam sebuah ayat. Seperti signifikan penggunaan kalimah al-Nur (النور) berbanding menggunakan kalimah al-Daw’(الضوء) dalam Surah al- Baqarah ayat 17108.
Selain itu, pengkaji juga mendapati al-Sha‘rawi menerangkan secara terperinci elemen al-Taqdim dan al-Ta’khir dalam sesetengah ayat yang dibahaskan109. Manakala
103 Lihat al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi (Qaherah: Maktabah Mustafa al-Halabi, 1975), 5:35 (Kitab al-‘Ilm, Bab Ma Naha an Yuqal), Menurut al-Tirmizi hadith ini adalah hadith hasan sahih.
104 Surah al-Hashr: 7.
105 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 4:2462.
106 Al-Zarkashi, al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an, 173. Lihat juga al-Suyuti, al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an, 1199.
107 Sebagai contoh dalam Surah al-Ma’idah ayat 3. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 4:2992. Ibid., 1:180- 181, 1:68, 1:299, 1:234, 2:915, 2:1298.
108 Ibid., 1:171.
109 Sebagai contoh dalam Surah al-Baqarah ayat 58, al-Sha‘rawi menjelaskan (ا َغد َر
ِشئْتُ ْم
ُث ْي َح ) manakala
dalam ayat yang lain Allah menggunakan istilah ( ْم ِشئْتُ
َح ْي ُث
ا َغد َر ). Ayat pertama menunjukkan terdapat
pelbagai hidangan makanan yang tersedia, sedangkan pada ayat yang kedua ialah bermaksud hanya terdapat satu jenis makanan sahaja. Ibid., 1: 353.
dalam keadaan tertentu, beliau melakukan I‘rab (إعراب) pada kalimah yang memerlukan penjelasan yang lebih lanjut110. Penekanan ini bersesuaian dengan pendekatan metode pentafsiran al-Sha‘rawi yang berusaha menyerlahkan kemukjizatan al-Qur’an dalam pelbagai aspek, salah satu kaedah ialah menguak kemukjizatan melalui semantik bahasa Arab.
- Perbahasan Hukum-Hakam
Shaykh Muhammad Mutawalli al-Sha‘rawi menyentuh perbahasan ayat-ayat hukum selepas beliau menerangkan aspek linguistik al-Qur’an dalam sesebuah ayat. Pengkaji melihat al-Sha‘rawi lebih gemar untuk membahaskan aspek hukum yang sinonim dengan masyarakat sesuai dengan konsep khawatir imaniyyah yang ingin tonjolkan dalam tafsir ini. Seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 229 berkaitan hukum hakam dalam hal ehwal rumah tangga111. Dan al-Sha‘rawi sama sekali tidak membebankan pembaca dengan perbahasan berbentuk usul dan perbahasan yang menjadi perdebatan dalam kalangan fuqaha’.
Pengkaji juga mendapati setiap perbahasan hukum yang dibawa oleh beliau turut dinyatakan pendapat pelbagai mazhab seperti Mazahib al-Arba‘ah, fuqaha’ al-Sab‘ah agar pembaca dapat menilai dengan rinci setiap elemen perbahasan menerusi pelbagai pandangan yang berautoriti, dan di hujung perbahasan tersebut al-Sha‘rawi membuat kesimpulan yang lebih mudah difahami berdasarkan keilmuan yang beliau miliki.
110 Contohnya dalam Surah al-Baqarah ayat 177, surah al-Nisa’ ayat 159 dan surah al-Maidah ayat 60.
Ibid., 2: 741, 2:756, 5:2952.
111 Ibid., 2:971, 990.
Sebagai contoh berkenaan isu pentakrifan al-Kalalah (الالكةل)112. Manakala pendapat yang jelas bertentangan dengan nas akan ditolak serta-merta, seperti pandangan Khawarij113 yang menafikan hukuman rejam kepada perempuan Islam yang telah berkahwin114 dan pendapat Shi‘ah Imamiyyah115 yang menghalalkan mut‘ah116.
- Munasabat Al-Qur’an
Pengkaji mendapati, al-Sha‘rawi juga turut menyatakan munasabat pada setiap surah, hal ini dapat dilihat pada awal setiap surah yang dibahaskan. Munasabat ayat adalah merupakan salah satu bukti mukjizat al-Qur’an. Kerana bidang ini membuktikan korelasi yang signifikan setiap surah mahupun ayat dalam al-Qur’an. Al-Suyuti menjelaskan jika ilmu asbab al-Nuzul menjelaskan konteks sejarah penurunan al- Qur’an, maka ilmu munasabat adalah fokus kepada pertautan antara ayat dan surah al- Qur’an berdasarkan turutan teks al-Qur’an117.
Misalnya, al-Sha‘rawi menjelaskan hubungan antara ayat 189 dan ayat 190 daripada surah al-Baqarah. Jika dilihat ayat 189 surah al-Baqarah menceritakan tentang anak bulan sebagai tanda dan waktu perlaksanaan ibadah haji, manakala ayat 190 pula menjelaskan perintah menyerang kepada orang-orang yang menyerang umat Islam.
112 Surah al-Nisa’ ayat 176. Ibid., 5:2880, 1:931, 2:932.
113 Al-Shahrastani, al-Milal wa al-Nihal (Qaherah: Dar al-Ma‘rifah, 1995), 114-117. Hamzah, al-Ta’lif al-Farq al-Islamiyyah (Beirut: Dar al-Fanniyyah, 1985), 30.
114 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 4:2125.
115 ‘Abd Allah Salum, al-Guluw wa al-Firaq al-‘Aliyah fi al-Hadarah al-Islamiyah (Qaherah: Dar Wasit li al-Nasyr, t.t.), 259.
116 Golongan ini mengharuskan mut‘ah berdasarkan dalil daripada Surah al-Nisa’ ayat 24 ( ِه بِ ْعتُم ْمتَ ْستَ ا َما فَ َّن ُه َر ُجو أُ َّن ُه فَآتُو َّن ُه ْن ِم ). Lihat Ibid., j.2, h. 971, 990. Lihat juga Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunah (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Islami, 1990), 41.
117 Al-Suyuti, al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an, 60. Lihat juga al-Zarkashi, al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an, 256-262. Lihat juga Abu Zayd, Nasr Hamid, Tekstualitas Al-Qur'an : Kritik Terhadap Ulumul Qur'an, terj. (Yogyakarta : LKiS, 2002), 197.
Persepsi zahir dan logik menunjukkan kedua-dua ayat tersebut tidak memiliki korelasi, namun apabila pengamatan rinci dari aspek ilmu munasabat al-Qur’an, didapati wujudnya hubung kait yang sangat erat, kerana pada musim haji tegahan kepada umat Islam untuk berperang, melainkan apabila musuh Islam menyerang maka seruan untuk berperang demi mempertahankan diri dan maruah Islam118.
- Interaksi Dengan Pelbagai Disiplin Ilmu Dan Saintifik Semasa
Perekayasaan119 yang dilakukan oleh al-Sha‘rawi menerusi penerapan pelbagai dimensi ilmu dalam tafsir beliau adalah merupakan salah satu proklamasi120 kesarjanaan yang beliau miliki. Pengkaji mendapati beliau bukan sekadar menjelaskan makna ayat al-Qur’an berdasarkan perspektif ‘ilmu-ilmu syariat’ seperti yang diungkapkan oleh Prof. Dr. Mahmood Zuhdi121, tetapi asimilasi dan kombinasi perbahasan saintifik ilmu dalam pentafsiran al-Qur’an juga ditekankan oleh beliau. Tujuannya adalah mengharmonikan penemuan ilmiah semasa yang tuntas jelas kesahihan dan autoritinya dengan makna ayat al-Qur’an untuk membentuk kesepaduan ilmu pengetahuan yang digarap berlandaskan manhaj al-Qur’an. Hal ini turut diperkuatkan menerusi komentar Prof. Dr Solah al-Khalidi122 tentang kekaguman beliau terhadap interpersonal al- Sha‘rawi menghubung jalin elemen saintifik dengan ayat al-Qur’an.
118 Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 2:820-822. Lihat juga contoh lain dalam Al-Sha‘rawi, Tafsir al-
Sha‘rawi, 2:1255.
119 Berasal daripada kalimah rekayasa, bermaksud penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dalam perancangan dan mekanisme sesuatu kerja. Kamus Dewan, ed. ke-4, 1305, entri “rekayasa”.
120 Bermaksud pemberitahuan, pengisytiharan, pemakluman. Ibid., 1234, entri “proklamasi”.
121 Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003), 11.
122 Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, al-Bayan fi I‘jaz al-Qur’an, ed. ke- 3 (‘Amman: Dar ‘Amman, 1992), 365.
Jika diteliti dalam tafsir ini, al-Sha‘rawi tidak mentafsirkan ayat dalam surah mengikut topik dan tema tertentu, beliau hanya mentafsirkan berdasarkan turutan ayat dalam surah. Justeru berdasarkan tinjauan analisis kualitatif, penulis membahagikan tema ayat yang dipilih oleh beliau berdasarkan 3 elemen123 utama iaitu:
- Saintifik Ketuhanan: iaitu meliputi ayat-ayat berkaitan metafizik
iluhiyyah, rububiyyah, metafizik nubuwwah dan metafizik Sam‘iyyah124.
- Saintifik Sosial: ayat yang berkaitan tema ini merangkumi elemen sosiologi keluarga dan masyarakat, sosiologi pendidikan, bidang antropologi dan psikologi125.
- Saintifik Tabii: ia merangkumi penciptaan alam semesta, penciptaan manusia dan kesihatan126.
Perbahasan terperinci mengenai asimilasi elemen saintifik olahan al-Sha‘rawi ini akan dijelaskan oleh pengkaji pada bab berikutnya.
- Keistimewaan Tafsir Al-Sha‘rawi
Kelebihan dan keistimewaan sesebuah karya bergantung kepada kehebatan dan kredibiliti keilmuan penulis itu sendiri. Pada pandangan penulis, Tafsir al-Sha‘rawi adalah merupakan salah satu karya yang hebat dan perlu diketengahkan kepada
123 Perincian elemen ini turut ditemui dalam kerya beliau berjudul “Mu‘jizat al-Qur’an”. Al-Sha‘rawi,
Mu‘jizat al-Qur’an (Qaherah: Dar Akhbar al-Yawm, 1993), j. 1-10.
124 Antara contoh ialah dalam Surah al-Mu’minun ayat 100. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 16:10150- 10153.
125 Contoh lain juga dapat ditemui dalam Surah al-Nur ayat 33. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 16:10263-10267.
126 Misalnya dalam Surah al-Hajj ayat 5. Al-Sha‘rawi, Tafsir al-Sha‘rawi, 16:9702-9712.
masyarakat, kerana perekayasaan yang telah dilakukan oleh Shaykh al-Sha‘rawi dalam pelbagai multi disiplin ilmu menerusi tafsir beliau menjadi legitimasi ketokohan beliau sebagai seorang ulama Islam. Justeru di antara kelebihan tafsir ini ialah:
- Konsisten Dengan Manhaj Mufassir Muktabar Sebelumnya
Secara keseluruhan, asas metode Tafsir al-Sha‘rawi adalah berlandaskan metode mufassir sebelumnya. Iaitu penekanan kepada pentafsiran bi al- Ma’thur (al-Qur’an dengan al-Qur’an, al-Qur’an dan al-Sunah), pandangan para sahabat r.a, dan riwayat yang ma’thur. sekiranya terdapat pandangan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, beliau akan mengemukakan hujah sebab penolakan berdasarkan bukti ilmiah.
- Pentafsiran Secara Lisan
Penyampaian secara lisan juga adalah merupakan satu kelebihan kepada tafsir ini, kerana tafsir ini adalah tafsir pertama yang disampaikan secara lisan sepenuhnya merangkumi 30 juzu’ keseluruhannya. Seperti yang telah dibincangkan pada bahagian sebelumnya, tafsir ini adalah merupakan sedutan rakaman daripada kuliah yang beliau sampaikan di masjid-masjid dan rancangan TV. Penyampaian yang bertenaga disusuli dengan antonasi dan gerak-geri membuatkan penonton tertarik dengan gaya penyampaian al-Sha‘rawi. Ini kerana metode persembahan tafsir al- Qur’an melalui pengucapan dan penulisan adalah berbeza kerana para pendengar akan tertumpu pada gaya penyampaian dan isi penting perkara yang disampaikan.
Dari aspek lain, pentafsiran secara langsung membuktikan kehebatan al- Sha‘rawi dalam mentafsirkan al-Qur’an. Kerana tidak semua orang memiliki kemampuan tersebut. Tambahan pula, penyampaian dengan lisan memerlukan persediaan rapi dan bersungguh-sungguh agar pentafsiran lebih tepat, jelas dan teratur.
- Memiliki Manhaj Tersendiri
Al-Sha‘rawi juga dilihat memperkenalkan manhaj beliau tersendiri iaitu manhaj al-‘Ilmi al-Naqli al-Ijtima‘i ketika mentafsirkan ayat-ayat al- Qur’an. Pada pandangan beliau, asimilasi perkembangan ilmu pengetahuan harus dijana selaras dengan setiap seruan yang terkandung dalam al-Qur’an demi untuk membangunkan nilai kemanusiaan sejagat. Justeru pengkaji melihat penggabungan elemen-elemen saintifik dalam konteks memahami ayat al-Qur’an seperti yang diketengahkan oleh al- Sha‘rawi adalah merupakan satu metode yang sangat unik. Lebih-lebih lagi pada zaman beliau apabila nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin luntur.
- Interpretasi Tafsir Menarik Minat Masyarakat
Pengkaji juga mendapati al-Sha‘rawi menggunakan metode penyampaian yang sesuai dengan masyarakat pada ketika itu sama ada dari segi pendekatan, kefahaman dan keperluan. Kaedah ini bukan sekadar menarik minat masyarakat untuk kembali kepada manhaj al- Qur’an, malah membuktikan isi kandungan al-Qur’an sesuai pada setiap
zaman sehingga hari kiamat. Hal ini sejajar dengan konsep khawatir imaniyyah yang beliau tekankan ketika mentafsirkan ayat al-Qur’an.
- Gaya Bahasa Yang Mudah
Penulis juga mendapati al-Sha‘rawi menggunakan bahasa yang agak mudah difahami dalam tafsir beliau. Sekiranya sesuatu tema menyentuh aspek yang merumitkan sehingga mampu membebankan pembaca, beliau akan menerangkan dengan menggunakan contoh yang paling mudah agar pembaca mampu memahami perkara yang ingin disampaikan. Selain itu juga, beliau turut menerangkan dengan terperinci aspek bahasa agar pengertian sebenar al-Qur’an dapat dikuasai.
- Kepelbagaian Dimensi Ilmu
Apabila diteliti secara keseluruhannya, tafsir ini terangkum pelbagai bidang ilmu, antaranya elemen falsafah, elemen fiqh semasa, elemen saintifik, elemen linguistik dan pelbagai lagi. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Rola Muhammad Ahmad Husin menerusi kajian ilmiah beliau, iaitu: Madrasah Tafsir127 al-Sha‘rawi sangat unik kerana ia juga dikenali sebagai Madrasah Tafsir al-Lughawi, Madrasah Tafsir al-Mawdu‘i, Madrasah Tafsir al-Fiqhi, Madrasah Tafsir al-‘Ilmi, Madrasah Tafsir al-Ijtima‘i dan Madrasah Tafsir al-Wa‘zi128. Justeru tidak menghairankan apabila para pembaca akan menemui banyak perbahasan dalam pelbagai dimensi ilmu dalam tafsiran sesuatu ayat.
127 Yang dimaksudkan dengan Madrasah Tafsir ialah ruang lingkup perbahasan yang diketengahkan oleh al-Sha‘rawi ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an.
128 Rola Muhammad Ahmad Husin, “Manhaj Shaykh Muhammad Mutawalli Al-Sha’rawi fi al-Qur’an al- Karim”, 282.
- Menolak Dakwaan Musuh
Keistimewaan lain yang terkandung dalam Tafsir al-Sha‘rawi ialah menjawab pelbagai dakwaan musuh yang memandang buruk terhadap Islam. Beliau menggunakan metode ini ketika mentafsirkan ayat-ayat al- Qur’an yang diguna pakai oleh pihak musuh Islam sebagai bukti membenarkan tuduhan mereka. Namun dengan kehebatan al-Sha‘rawi dalam menjelaskan ayat-ayat tersebut, ayat tersebut bukan menjadi alasan bagi mereka tetapi menjadi alasan terhadap kesilapan mereka sendiri. Contohnya ketika mentafsirkan surah al-Baqarah ayat 179, 209, dan ayat 246.
- Meninggalkan Perdebatan Dan Khilaf Yang Panjang
Selain itu, pengkaji juga mendapati al-Sha‘rawi tidak gemar untuk membahaskan isu yang melibatkan banyak perdebatan dan khilaf di kalangan ahli ilmu. Kerana beliau berpendapat, perbahasan yang mendalam bukan sahaja membebankan masyarakat, malah isu dan tema utama yang ingin disampaikan kadangkala tersasar dari perbincangan sebenar. Khasnya ayat berkaitan hukum-hakam dan aqidah.
Konklusi makronya, al-Sha‘rawi berjaya menggabung jalin pelbagai elemen ilmu pengetahuan sama ada meliputi ilmu ilmu Shar‘iyyah dan Ghayr Shar‘iyyah129, penerangan yang jelas dan kemas ketika membuat pentafsiran dengan pelbagai elemen
129 Ilmu Shar‘iyyah dan Ghayr Shar‘iyyah adalah teori yang diperkenalkan oleh Imam al-Ghazali, ia merupakan ilmu yang terdiri daripada pengetahuan yang terbina dalam kerangka epistemologi Islam dan epistemologi Barat. Al-Ghazali, Tahafut al-Falasifah (Qaherah: Dar al-Ma‘arif, 1961), 80, Al-
ilmu menjadi bukti kemampuan beliau sebagai seorang mufassir yang hebat sehingga berjaya menarik minat masyarakat khasnya pada zaman beliau untuk menjadikan al- Qur’an sebagai panduan hidup. Oleh sebab itu, Ibrahim ‘Abd al-‘Aziz menggelar al- Sha‘rawi sebagai al-Da‘iyah al-Mujaddid130 (Tokoh dakwah yang membawa pembaharuan) sebagai satu bentuk legitimasi di atas sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan keilmuan Islam.
No comments:
Post a Comment